Kanibalisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kanibalisme merupakan sebuah fenomena di mana satu makhluk hidup makan makhluk sejenis yang lain. Misalannya anjing yang memakan anjing atau manusia yang memakan manusia. Kadang-kala fenomena ini juga disebutanthropophagus(Bahasa Yunanianthrôpos, "manusia" danphagein, "makan"). Secara etimologi kata "kanibal" merupakan kata pungutan dari Bahasa Belanda yang pada gilirannya memungut dari [[Bahasa Sepanyol] "canibal" yang bererti orang dari Caribbean.

Selain di Caribbean, di Amerika, pada zaman dahulu kala kejadian ini banyak terjadi , misalnya di antara suku Anasazi, Bangsa Maya dan Aztek. Selain itu di Asia-Pasifik, kanibalisme juga pernah ditemui. Antara lain di antara suku Batak di Sumatera Utara, suku Dayak di Kalimantan, suku Asmat di Papua, beberapa suku lain di Papua Barat mahupun Timur, Fiji dan daerah Melanesia lainnya. Di Papua New Guinea di antara suku Fore, kanibalisme menimbulkan penyakit kuru.

Ada beberapa petunjuk bahawa kanibalisme secara ritual juga pernah muncul di pulau Jawa, Bali dan Sulawesi. Jadi secara praktikal hampir di seluruh Indonesia.

Pada zaman moden, kanibalisme dalam kes terpencil, pernah muncul di Amerika Syarikat, pada kes Ekspedisi Donner, Ukraine pada tahun 1930-an, di [[Leningrad] ] pada Perang Dunia II dan di Andes ketika ada kemalangan kapal terbang pada tahun 1972. Kes terakhir ini pernah difilemkan dengan judul Alivepada tahun 1992.

Kes-kes di atas ini merupakan kes keterpaksaan dengan kata lain, fenomena ini berlaku kerana mereka yang terlibat dalam kanibalisme kehabisan bahan makanan. Lain pula halnya dengan kematian anak leleki seoreng jutawan Rockefeller di Irian Barat atau Papua pada tahun 1965 di antara suku Asmat dan kes-kes kecelaruan jiwa di seluruh dunia yang dibincangkan di bawah ini.

Kes-kes kanibalisme[sunting | sunting sumber]

Patung karya Leonhard Kern (1650) yang menggambarkan seorang wanita kanibal

Selain kes kanibalisme kerana keadaan terpaksa, ada pula beberapa kes yang terjadi kerana pelakunya terkena pengaruh kelainan jiwa.

Beberapa nama:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]