Karak (filem)
| Karak | |
|---|---|
Poster filem Karak |
|
| Pengarah | Yusry Abd Halim |
| Penerbit | Norman Abdul Halim Yusry Abd Halim Edry Abdul Halim |
| Pengarang | Yusry Abd Halim (Lakon layar) Norman Abdul Halim (Cerita Asal) |
| Lakonan | Shahir AF8 Shera Aiyob Kilafairy Md Eyzendy |
| Penyuntingan | Hafizan Malek |
| Mula ditayang | 26 Mei 2011 |
| Negara | |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Perbelanjaan | RM 1.14 juta |
| Pulangan kasar | RM 4.28 juta |
Karak merupakan sebuah filem genre ngeri Malaysia yang mula ditayangkan di pawagam pada 26 Mei 2011.
Isi kandungan |
[sunting] Jalan cerita
Sekumpulan empat sahabat yang terdiri daripada Nik, Zura, Ida dan Jack sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan melalui Lebuhraya Karak
. Namun, kesesakan luar biasa di lebuh raya tersebut di Persimpangan Karak menyebabkan mereka memilih untuk keluar dari lebuh raya dan sebaliknya melalui Laluan Persekutuan
. Semasa berhenti rehat di pekan Karak, Nik dan Jack diganggu hantu semasa berada di sebuah tandas yang usang dan tidak terurus. Semasa mereka meneruskan perjalanan di jalan raya persekutuan itu, sekali lagi mereka diganggu hantu sehingga menyebabkan kereta yang dipandu Jack hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung. Setelah Zura berjaya mendapatkan rakan-rakannya, mereka menjumpai sebuah rumah di dalam hutan yang didiami oleh Tok Malam serta sepakat untuk menumpang di rumah tersebut sementara menunggu hari siang untuk mendapatkan bantuan. Namun demikian, pelbagai kejadian seram berlaku semasa mereka berada di rumah tersebut. Adalah didedahkan bahawa hantu-hantu yang mengganggu mereka selama ini asalnya merupakan hantu belaan arwah isteri Tok Malam, manakala pada penghujung cerita pula didedahkan bahawa Nik, Ida dan Jack sebenarnya sudah mati akibat kemalangan tersebut; "rakan-rakan" Zura semasa di rumah Tok Malam pula adalah hantu-hantu yang mahu menyesatkan Zura.
[sunting] Pengarah
- Yusry Abd Halim
[sunting] Pelakon
- Shahir AF8 - Nik
- Shera Aiyob - Zura
- Kilafairy - Ida
- Md Eyzendy - Jack
[sunting] Lihat juga
[sunting] Pautan luar
- Karak di Sinema Malaysia
- Filem 2011 di FINAS