Yusry bin Abdul Halim
| Yusry Abdul Halim | |
Yusry & Saiful Apek |
|
| Lahir | 15 Jun 1973 (umur 38) Negeri Perak |
|---|---|
| Pekerjaan | Pengarah, Penyanyi, Pelakon, Komposer, dan Penerbit |
| Agama | Islam |
Yusry bin Abdul Halim merupakan salah seorang daripada anggota Kumpulan KRU. Beliau dilahirkan pada 15 Jun 1973 di Perak. Bersama dua orang adik-beradiknya yang juga ahli kumpulan KRU, mereka menghasilkan beberapa buah album sejak 1992. Pada tahun 2004, beliau menghasilkan sebuah album solo. Beliau juga ialah seorang komposer, produser, direktor dan pelakon.
Isi kandungan |
[sunting] Perkahwinan
Beliau pernah berkahwin dengan Erra Fazira pada 15 Jun 2003. Akad nikah dibuat di Masjid al-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail. Terdapat dua majlis persandingan yang diadakan selepas itu, satu terbuka kepada peminat, dan satu lagi acara tertutup.
Majlis pertama diadakan pada 21 Jun di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Seri Permaisuri dan disertai beribu peminat. Majlis berlangsung dengan lancar walaupun hujan lebat. Majlis kedua pula dilangsungkan pada 22 Jun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur - Acara tertutup bagi para keluarga, sahabat-handai dan tetamu kehormat. Walau bagaimanapun, terdapat 300 orang peminat bertuah diberi masuk.
Pada Jun 2006, perkahwinan mereka disahkan berakhir apabila Yusri mengaku di hadapan hakim syari'e pada 14 Jun 2006 bahawa beliau sendiri melafazkan talak satu kepada isterinya pada 26 April 2006 di kediaman mereka.
[sunting] Album solo
- Yusry
[sunting] Lagu-lagu
- Dekat Padamu
- Warna Kehidupan
- Jika Kau Tiada (bersama Erra Fazira)
- 3 Minggu
- Bermimpi Lagi
- Hari ini
- Mengapa
- Tamat
- Terbang Tinggi
- Tertewas Lagi
- Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi (Runut bunyi Cicak-Man)
- Dibius Cinta
[sunting] Filem lakonan
| Filem | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Judul & Arahan | Peranan | Nota |
| 1995 | Awas
Medanmas |
Yusry
Watak Utama
|
|
| 1995 | Cinta Metropolitan
Medanmas |
Irwan
Watak Utama
|
|
| 2002 | Gerak Khas The Movie 2
Skop Production |
Fahmi
Watak Pembantu
|
|
| Mr. Cinderella
Skop Production & Kuasatek |
Hakimi
Watak Utama
|
||
| 2003 | Cinta Kolestrol
Metrowealth |
Ahmad Yusri Hj Zaini
Watak Utama
|
|
| Mr. Cinderella 2
Skop Production & Kuasatek |
Hakimi
Watak Utama
|
||
| 2004 | Kuliah Cinta
Metrowealth |
Faramy
Watak Utama
|
|
| Hingga Hujung Nyawa
Metrowealth |
Dr. Aniq Kamil & Kamil
Watak Utama
|
||
| 2005 | Lady Boss
Metrowealth |
Mazlan
Watak Utama
|
|
| 2006 | Cicakman
KRU Studios |
Danny
Watak Utama
|
|
| 2007 | Cintaku Forever
PT Kanta Indah Films |
Joe
Watak Utama
|
|
| 2008 | Cicakman 2: Planet Hitam
KRU Studios |
Danny
Watak Undangan |
|
| 2009 | Rasukan Ablasa
Line Clear MP & Grand Brilliance |
Ishak
Watak Pembantu
|
|
| 2010 | Ratu
Line Clear |
Pengacara Program Realiti Ratu
Watak Pembantu |
|
| Magika
KRU Studios |
Pokok Bersaudara
Watak Utama |
||