Kehamilan palsu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kehamilan palsu, atau biasanya dikenali sebagai pseudocyesis bagi manusia dan kehamilanpseudo bagi mamalia lain, adalah tanda luaran dan/atau tanda-tanda dan gejala klinikal atau sub-klinikal yang berkait dengan kehamilan apabila manusia atau haiwan sebenarnya tidak mengandung. Secara klinikal, kehamilan palsu biasa dalam perubatan veterinarian (terutama anjing dan tikus). Kehamilan palsu bagi manusia agak jarang dan kadang kala semata-mata psikhologi.

Bagi manusia (pseudocyesis)[sunting | sunting sumber]

Pseudocyesis
Pengelasan dan sumber luaran
P. Data Penyakit 29264
MeSH D011555
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kes pseudocyesis telah direkod dejak zaman purba. Hippocrates memberikan rekod bertulispertama sekitar 300 B.C. apabila dia merekodkan 12 kes wanita dengan masaalah tersebut. Ratu England, Mary I (1516-1558), kemungkinannya contoh watak sejarah barat paling terkenal, yang beberapa kali percaya bahawa dia mengandung, sungguhpun sebenarnya tidak. Sesetengah menyandarkan keganasan yang memberikan gelarannya "Mary Berdarah" sebagai reaksi pada kekecewaan apabila menyedari dia tidak mengandung. Sejarahwan perubatan lain mempercayai bahawa doktor Ratu tersilap mengenal pasti ketumbuhan fibroid dalam uterusnya sebagai kehamilan. John Mason Good mencipta istilah pseudocyesis dari bahasa Greek pseudes (palsu) dan kyesis (hamil) pada 1923.

Pada masa kini, pseudocyesis telah mendapat perhatian dalam kebudayaan popular. Ia telah ditonjolkan dalam siri television CSI: Crime Scene Investigation, Law and Order SVU, The Simpsons, Shameless, General Hospital: Night Shift, Glee, Grey's Anatomy, The Young and the Restless, dan Mental, dalam filem Who's Afraid of Virginia Woolf? dan Oldboy, dan pada album Kaleidoscope, dari kumpulan White Faced Lady.

Tanda dan gejala[sunting | sunting sumber]

Gejala pseudocyesis menyerupai gejala kehamilan sebenar dan sering kali sukar dibezakan antara keduanya. Tanda-tanda semulajadi seperti amenorrhoea, mabuk pagi, puting sensitif, dan kenaikan berat badan mungkin hadir. Ramai pengamal perubatan profesional terkeliru oleh gejala yang dikaitkan dengan pseudocyesis. Penyelidik menunjukkan bahawa 18% wanita yang mengalami pseudocyesis pernah pada satu masa didiagnosis sebagai mengandung oleh pengamal perubatan profesional.

Ciri-ciri yang melambangkan pseudocyesis yaitu yang berlaku pada semua kes adalah kesemua pesakit yang mengidapnya yakin bahawa dirinya mengandung. Perut buncit adalah gejala fizikal biasa bagi pseudocyesis (60–90%). Perut membuncit dalam cara yang sama seperti kehamilan, dengan itu wanita yang mengidapnya kelihatan mengandung. Gejala ini sering kali pulis di bawah bius umum dan perut wanita kembali susut kepada saiz normal.

Tanda fizikal kedua paling biasa bagi pseudocyesis adalah haid tidak menentu (50–90%). Wanita turut melaporkan mengalami perasaan pergerakan fetus yang dikenali sebagai menendang, sungguhpun tidak ada kehadiran fetus (50%–75%). Tanda dan gejala biasa yang lain termasuk sindrom berkaitan dengan perut ("gastrointestinal", perubahan payu dara atau rembesan, sakil bersalin, bengkak uterin, dan pangkal rahim menjadi lembut. Satu peratus wanita akhirnya mengalami sakit bersalin palsu.

Untuk di diagnosis sebagai pseudocyesis sebenar, wanita tersebut mesti yakin bahawa dirinya sebenarnya mengandung. Apabila seseorang wanita dengan sengaja dan secara sedar memalsukan kehamilan, ia diistilah kehamilan tiruan (“simulated pregnancy”).

Punca[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai penjelasan, tidak satupun diterima secara menyeluruh. Teori psikodinamik menyandarkan kehamilan tiruan kepada konflik emosi. Ia dipercayai bahawa keinginan kuat bagi menjadi hamil, atau kebimbangan amat untuk mengandung mampu mencipta konflik dalaman dan perubahan pada system endokrin, yang mungkin menjelaskan sebahagian dari gejala pseudocyesis. Teori lain menyentuh mengenai memenuhi keinginan. Ia menyatakan bahawa jika wanita tersangat ingin hamil wanita tersebut mungkin menafsir perubahan kecil pada tubuhnya sebagai tanda kehamilan. Cadangan mekanisma biologi termasuk kesan tekanan pada paksi hipotalamik-pituitari-adrenal, sembelit, peningkatan berat badan, dan pergerakan gas dalam usus kecil.

Demografik[sunting | sunting sumber]

Kadar pseudocyesis di Amerika Syarikat telah menurun dengan jelas dalam abad lalu. Pada 1940-an terdapat satu kes bagi sekitar setiap 250 kehamilan. Kadar ini telah jatuh pada satu dan enam kes bagi setiap 22,000 kelahiran. (http://www.womens-health.co.uk/false_pregnancy.html). Usia purata wanita yang mengidapnya adalah 33, sungguhpun kes telah dilaporkan bagi wanita semuda 6 tahun dan setua 79 tahun. Lebih dari dua per tiga wanita yang mengalami pseudocyesis telah berkahwin, dan sekitar satu per tiga pernah mengandung sekurang-kurangnya sekali. Wanita yang menjadi mangsa haruan makan anak mempunyai risiko lebih besar bagi mengalami pseudocyesis.

Rawatan[sunting | sunting sumber]

Oleh kerana punca fizikal sebenar pseudocyesis tidak diketahui, tiada cadangan umum mengenai rawatan dengan ubat-ubatan. Bagaimanapun dalam sesetengah kes, pesakit mungkin diberikan ubat-ubatan bagi gejala seperti haid berhenti. Oleh kerana kebanyakan pesakit yang mengidap pseudocyesis mempunyai asas masaalah psychological, mereka patut dirujuk kepada “psychotherapist” bagi rawatan masaalah ini. Bagaimanapun adalah penting bahawa pada masa yang sama, hakikat gejala fizikal pesakit tidak diketepikan begitu sahaja Rawatan yang paling berjaya membuktikan kepada pesakit bahawa dirinya tidak mengandung adalah penggunaan teknik ultrasound atau pengimej yang lain. Terdapat laporan bahawa pesakit sembuh dari pseudocyesis melalui hipnosis, pencahar, berurut, opioid, atau selepas sembilan bulan gejala, dengan mengalami "kelahiran histeria," bagaimanapun tidak banyak data yang ada bagi keberkesanan prosedure ini atau procedure yang lainnya.

Pada mamalia lain (Kehamilan palsu)[sunting | sunting sumber]

Korpus luteum (sisa ovulat folikel ovari.(“ovarian follicle”)) bertanggung jawab bagi perkembangan tabiat keibuan dan penyusuan, yang dikawal dengan penghasilan progesteron oleh korpus luteum melalui sebahagian atau semua kehamilan. Dalam kebanyakan spesies korpus luteum terlerai dengan ketiadaan kehamilan. Bagaimanapun bagi sesetengah spesies, korpus luteum mungkin berkekalan tanpa kehadiran kehamilan dan menyebabkan " kepseudohamilan (“kepseudohamilan”)", dari mana haiwan betina akan menunjukkan tanda klinikal mengandung. [1]

Anjing[sunting | sunting sumber]

Anjing mengalami kepseudohamilan selepas fasa estrus darimana anjing betina tidak membiak, atau telah mengawan dengan jantan mandul. Kebanyakan spesies memerlukan isyarat dari embrio (seperti IFN-τ dalam ruminan) bagi memberitahu kehamilan dalam tubuh betina. Pengakuan keibuan berkenaan kehamilan ini akan menyebabkan pengekalan korpus luteum dan perkembangan cirri-ciri dan tabiat yang diperlukan bagi penjagaan anak. Penyelidikan terhad mencadangkan bahawa rembesan progesteron adalah sama dalam kes anjing betina yang hamil dan tidak hamil, dengan itu penyelidik jagaan haiwan membuat hipotesis bahawa anjing tidak memerlukan factor molekul dari embrio bagi pengakuan keibuan bagi kehamilan, dan sebaliknya korpus luteum kekal tanpa mengira samaada hamil atau tidak. Oleh kerana korpus luteum tidak terurai, ia akan mencetus perkembangan ciri-ciri keibuan tanpa memerlukan kehamilan. Anjing betina kepseudohamilan akan membentuk kelenjar mama, menyusu, dan membina sarang pada tahap berbeza bergantung kepada baka. Sungguhpun anjing betina hanya mempunyai satu kitaran (anjing betina monestrous) atau dua kali (anjing betina diestrous) setahun, kepseudohamilan bagi anjing adalah perkara biasa kepseudohamilan kerana anjing betina tidak perlu mengawan bagi mengalami kepseudohamilan..[2]

Kucing[sunting | sunting sumber]

Kucing mengalami kepseudohamilan selepas estrus dalam mana kucing mengawan dengan jantan mandul. Ratu kucing merupakan ovulator paksaan (“ induced ovulators”), bererti mereka hanya ovulate dan menghasilkan korpus luteum sekiranya mereka mengawan. Sebagaimana pada anjing, the korpus luteum kekal seolah-olah ratu kucing mengalami kehamilan, kerana tubuh ratu tidak mampu membezakan antara keadaan hamil atau tidak hamil (kecuali picu mekanisma awal koitus). Ratu kucing yang mengalami pseudohamilan akan berkembang kelenjar mama, menyusu, dan membina sarang. Kepseudohamilan pada kucing adalah jarang kerana ratu kucing perlu mengawan dengan jantan “mandul” untuk mencetus pseudohamil, ditambah lagi dengan fakta bahawa kucing merupakan pembiak bermusim..[3]

Tikus[sunting | sunting sumber]

Tikus mengalami pseudohamil selepas estrus di mana tikus betina mengawan dengan jantan mandul. Sebagaimana anjing, tikus merupakan ovulator spontan. Bagaimanapun, tikus tidak mengalami pseudohamil selepas estrus dalam mana tikus betina tidak mengawan kerana korpus luteum akan terurai dengan cepatnya dengan ketiadaan koitus. Apabila tikus betina mengawan dengan tikus jantan mandul, korpus luteum kekal tanpa embrio, mendorong kepada kepseudohamilan. Tikus betina akan membentuk kelenjar mama, laktat, dan membina sarang dalam keadaan pseudohamil. Kepseudohamilan pada tikus adalah agak biasa dalam persekeliling penyelidikan kerana ia sering dipaksa bagi penyelidikan, tetapi jarang dipersekitaran liar kerana kebanyakan tikus jantan adalah subur dan akan mencetuskan kehamilan.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. James G. Cunningham and Bradley G. Klein. Textbook of Veterinary Physiology. Fourth Edition. Elsevier Inc: St. Louis, 2007.
  2. C Gobello et al.. Canine Kepseudohamilan: A Review. International Veterinary Information Service, Ithaca, New York. 23 Aug 2001.
  3. Tsutsui T, Stabenfeldt GH. Biology of ovarian cycles, pregnancy and kepseudohamilan in the domestic cat. J Reprod Fertil Suppl. 1993;47:29-35.
  4. James G. Cunningham and Bradley G. Klein. Textbook of Veterinary Physiology. Fourth Edition. Elsevier Inc: St. Louis, 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]