Hippocrates

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hippocrates: Imej lazim dalam arca "potret" Rom (turisan abad ke-19)

Hippocrates dari Cos (k.k. 460 SM – k.k. 377 SM) yang telah digelarkan "Bapa Perubatan" ialah salah seorang pakar perubatan Yunani yang paling terkenal pada zamannya. Menurut tradisi biografi, beliau dilatih di sebuah kuil perbomohan di Kos, dan mungkin merupakan pelajar Herodicus. Karya-karya yang dikatakan ditulisnya (Corpus hippocraticum, atau "Karya-karya Hippocrates") menolak kepercayaan karut dan kuasa ajaib "ubat" primitif dan mengasaskan perubatan sebagai satu cabang sains. Tidak banyak diketahui terhadap kehidupan peribadi Hippocrates, tetapi sebilangan daripada pencapaian perubatanannya telah didokumenkan oleh ahli-ahli sejarah seperti Plato dan Aristotle.


Karya[sunting | sunting sumber]

Askleipion di Kos, sebuah pulau Greece.

Karya-karya Hipprocrates memperkenalkan kerahsiaan penyakit, satu amalan yang masih dikekalkan pada hari ini. Ini diperihalkan di bawah Sumpah Hippocrates dan karya-karyanya yang lain. Hippocrates menyarankan bahawa pakar-pakar perubatan mencatatkan dapatan dan kaedah perubatan mereka supaya rekod-rekod itu boleh disampaikan dan digunakan oleh pakar-pakar perubatan yang lain.

Karya-karya Hipprocrates yang lain mengaitkan trait personaliti dengan kelimpahan relatif untuk empat humor dalam badan: kahak, hempedu kuning, hempudu hitam, serta darah, dan merupakan pengaruh yang utama kepada Galen dan perubatan zaman pertengahan yang kemudian.

Hippocratic Corpus merupakan satu himpunan yang terdiri daripada hampir 60 buah karya yang ditulis antara tahun 430 SM dan 200 Masihi. Himpunan ini sebenarnya merupakan sekumpulan teks yang ditulis oleh banyak orang yang mempunyai sudut pandangan yang berbeza dan yang telah salah digolongkan di bawah nama Hippocrates, mungkin oleh Perpustakaan Alexandria. Tiada sebarang teks yang termasuk dalam Corpus boleh dianggap sebagai ditulis oleh Hippocrates sendiri, dan sekurang-kurangnya satu daripada karya itu ditulis oleh Polybus, menantu lelakinya.

Karya Hippocrates yang paling terkenal ialah Sumpah Hippocrates; bagaimanapun, teks ini bukan ditulis oleh Hippocrates sendiri. Satu peraturan perubatan terkenal yang tak lapuk dek zaman dan dianggap berasal daripada Hippocrates ialah Primum non nocere ("pertama, buat yang tiada mudarat"); lagi satu ialah Ars longa, vita brevis ("seni adalah panjang, dan hidup pendek sahaja").

Senarai karya[sunting | sunting sumber]

Antara karya-karya berikut, tiada sebarang yang boleh membuktikan bahawa ini merupakan karya Hippocrates, tetapi telah dianggap sebagai sebahagian Corpus Hippocraticum:

"Potret" Hippocrates[sunting | sunting sumber]

Ikonografi lazim untuk para pemuisi dan ahli falsafah Yunani dikekalkan dalam "potret" arca (gambar di atas) yang dihasilkan dalam bentuk siri untuk menghiaskan vila-vila kelas beradab Rom. Kerjaya-kerya yang berubah-ubah bagi imej-imej "watak" yang diunggulkan telah dikaji oleh Paul Zanker, The Mask of Socrates: The Image of the Intellectual in Antiquity (Topeng Socrates: Imej Ahli Intelektual pada Zaman Purba) yang telah diterjemahkan oleh Alan Shapiro. Berkeley: Percetakan Universiti California, 1996. ISBN 0-520-20105-1. Sila lihat Ulasan Klasik Bryn Mawr.

Petikan[sunting | sunting sumber]

  • "Dia yang tidak memahami astrologi bukannya seorang doktor, tetapi seorang yang bodoh."
  • "Sebenarnya terdapat dua perkara: sains, dan pendapat; yang pertama menghasilkan pengetahuan, yang kedua mengakibatkan kejahilan."

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:
Wikisource