Kelas Laksamana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
LaksamanaTunAmin.jpg
KD Laksamana Muhammad Amin
Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia
Jenis: Korvet (FSG)
Kelas: Assad/Laksamana
Pembuat: Limbungan Fincantieri SpA Breda, Itali
Ditempah: Oktober 1995
Mula dibina:
Dilancar: Julai 1983(134), Disember 1983(135), Julai 1983(136), Mac 1984(137)
Ditauliah: Julai 1997(134/135), Julai 1999(136/137)
Khidmat: skuadron korvet ke-24
Spesifikasi
Sesaran: 705 tan (berat penuh)
Panjang: 62.3 meter (204.4’)
Lebar: 9.3 meter (30.5’)
Draf kedalaman: 2.5 meter (8’)
Propulsi: 4x Diesel MTU 20V 956 TB 92 14800kW
Kelajuan: 36 knots
Persenjataan: Peluru Berpandu: 6x OTO Melara/Matra Otomat Teseo Mk2 anti kapal,4x pelancar Selenia Elsag Albatros untuk Aspide SAM
Meriam: 1x OTO Melara 76mm/62 Super Rapid, 2x Breda 40mm/70 sekunder kembar
Torpedo: 2x3 ILAS-3 324mm (12.75in) Whitehead A244S
Penderia: Penjejak udara/permukaan: Selenia RAN 12L/X

Navigasi: Kelvin Hughes 1007 Kawalan Tembakan: 2x Selenia Orion 10X Sonar: Atlas Elektronik ASO 84-41 Peperangan elektronik: Selenia INS-3 ESM, Selenia TQN-2 ECM

Helikopter: tiada
Krew: 47
Motto:

Korvet Kelas Laksamana adalah merupakan satu kelas kapal korvet yang digunakan oleh flotila serangan Tentera Laut Diraja Malaysia. Kapal-kapal ini ditugaskan dalam skuadron korvet ke-24 TLDM.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kapal-kapal ini asalnya dipesan Tentera Laut Iraq pada tahun 1981 dan dikenali sebagai kelas Assad. Setelah kapal-kapal ini siap bagaimana pun, Pertubuhan Bangsa Bersatu telah mengenakan sekatan ke atas Iraq yang menghalang kapal-kapal ini diserahkan disebabkan Perang Iran-Iraq yang telah tercetus. Kerajaan Malaysia mula menyatakan hasrat untuk mengambil alih kapal-kapal ini pada Oktober 1995 dan akhirnya telah membeli melalui pemeteraian dua kontrak pada Julai 1996 dan Februari 1997. Kapal-kapal ini seterusnya ditauliahkan ke perkhidmatan TLDM pada Julai 1997 dan Julai 1999 setelah radar navigasi Kelvin Hughes yang baru ditambah. Kapal-kapal kelas Laksamana dinamakan sempena laksamana-laksamana tersohor kerajaan-kerajaan Melayu. Tentera Laut Ecuador mengoperasikan 6 buah kapal yang mempunyai rekabentuk serupa dikenali sebagai kelas Esmeraldas.

Kapal-kapal dalam kelas Laksamana[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah kapal-kapal kelas Laksamana dalam perkhidmatan TLDM beserta nama dan nombor pennant asalnya.

No. Pennant Nama Kapal Nama Asal Tarikh Pelancaran Tarikh Ditauliah
134 Laksamana Hang Nadim Khalid Ibn Al Walid (F216) 5 Julai 1983 28 Julai 1997
135 Laksamana Tun Abdul Jamil Saad Ibn Abi Waccase (F218) 30 Disember 1983 28 Julai 1997
136 Laksamana Muhammad Amin Abdullah Ibn Abi Sarh (F214) 5 Julai 1983 Julai 1999
137 Laksamana Tan Pusmah Salahi Ad Deen Al Ayoobi (F220) 30 Mac 1984 Julai 1999

Kelengkapan tempur[sunting | sunting sumber]

Walaupun bersaiz kecil, kapal-kapal ini sangat berupaya kerana ia dilengkapi untuk menangani ancaman dari ketiga-tiga aspek peperangan maritim. Sebelum ketibaan kapal-kapal ini, tiada kapal TLDM yang dilengkapkan peluru berpandu anti udara kecuali KD Rahmat. Setiap unit Laksamana membawa empat buah peluru berpandu Aspide anti udara pada pelancar Albatross. Peluru berpandu Aspide yang merupakan versi yang telah melalui peningkatan dari peluru berpandu Sea Sparrow. Kelas Laksamana juga membawa enam buah peluru berpandu Otomat Teseo Mark2 yang mempunyai jangkauan sehingga 120km untuk memusnahkan sasaran permukaan. Torpedo anti kapal selam pula dilancarkan dari dua pelancar Alenia ILAS-3 di kedua-dua sisi kapal. Seperti kebiasaan rekabentuk kapal Itali yang mementingkan kelajuan, Hang Nadim, Tun Abdul Jamil, Muhammad Amin dan Tan Pusmah mempunyai kelajuan maksima 36 knots.

Konfigurasi semula[sunting | sunting sumber]

Setelah dioperasikan hampir sepuluh tahun, kapal-kapal kelas Laksamana memerlukan pengubahsuaian untuk menepati keperluan semasa TLDM. Terdapat cadangan dari dalam TLDM untuk mengkhususkan peranan kapal-kapal ini kepada tugas anti udara . Disebabkan saiz kapal yang kecil, peralatan terkini yang lebih berat sukar dimuatkan. Peranan anti kapal selam mungkin terpaksa dilucutkan bagi memberi laluan kepada cadangan menambah bilangan peluru berpandu Aspide kepada lapan. Dalam konfigurasi begini kapal-kapal kelas Laksamana akan bertindak sebagai payung pertahanan udara armada.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]