Kerajaan Manila

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kerajaan Manila (juga dipanggil Kota Seludong) adalah gabungan kerajaan-kerajaan Islam yang pernah memerintah kawasan Manila, Filipina. Pada pertengahan abad ke 16, terdapat tiga raja yang memerintah kawasan ini. Mereka ialah Rajah Sulayman, Raja Matanda dan Raja Lakandula. Manila ketika ini adalah negeri Islam yang terutara di Nusantara dan menjalinkan hubungan yang rapat dengan Kesultanan Brunei, Kesultanan Sulu dan Kesultanan Ternate. Islam pula tiba di Manila pada tahun 1565 menerusi pedagang-pedagang Melayu dari Indonesia.[1]

Raja Sulayman[sunting | sunting sumber]

Raja Sulayman atau Rajah Sulayman (سليمان) adalah raja muslim yang memerintah kawasan Tondo dan Manila. Turut sama memerintah orang Tagalog ialah Raja Lakandula dan Raja Matanda. Suku Tagalog ketika itu bertumpu di kawasan selatan Sungai Pasig di Manila

Raja Sulayman pada mulanya menyambut baik kedatangan orang Sepanyol yang dikepalai Martín de Goiti dan Juan de Salcedo. Beliau malah menjalinkan persahabatan dengan mereka dan menawarkan rempah ratus dan dayang-dayang sebagai hadiah. Tetapi setelah beberapa minggu berlalu, beliau mulai sedar bahawa Sepanyol mula mengambil kesempatan terhadap budi baiknya dan mereka cuba untuk menawan Manila kerana kekayaan hasil buminya. Raja Sulayman kemudiannya melancarkan serangan ke atas penempatan Sepanyol di Manila.

Raja Lankandula[sunting | sunting sumber]

Raja Lankandula atau Rajah Lakandula (juga dieja Lakan Dula, "Lakan" bermaksud pemerintah dalam Bahasa Kapampangan) adalah pemerintah tempatan Tondok di Manila ketika Sepanyol mula menapak di sana. Beliau memerintah beberapa masyarakat Islam di utara Sungai Pasig.

Kejatuhan Manila[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Mei 1570, Raja Sulayman, Raja Lakandula dan Raja Matanda mengapalai sebuah serangan ke atas pasukan Sepanyol didalam Perang Bangkusay. Namun begitu, kehebatan teknologi senjata Sepanyol dan juga bantuan suku-suku Filipina yang telah dikristiankan menyebabkan ketiga-tiga raja ini kalah dalam peperangan ini dan ditangkap oleh tentera Sepanyol. Tentera Sepanyol kemudiannya membakar kota Manila.

Tentera Islam yang berjaya melarikan diri kemudiannya menyusun semula pasukan mereka dan melancarkan pemberontakkan ke atas penjajahan Sepanyol. Pada 24 Jun 1561, seorang general Sepanyol Miguel López de Legazpi, tiba dengan bantuan ketenteraan dari Sepanyol menyebabkan pemberontak ini terpaksa menyerah kalah. Mereka kemudiannya dikristiankan dan dijadikan rejim boneka kerajaan Sepanyol.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Agoncillo, Teodoro C. (1990) [1960]. History of the Filipino People (edisi 8th edition). Quezon City: Garotech Publishing. m/s. p. 22. ISBN 971-8711-06-6. 

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]