Kerajaan Negeri Perlis 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kerajaan Negeri Perlis 2008 merupakan kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Terdapat 15 Dewan Undangan Negeri Perlis dan hanya 1 terlepas kepada PAS . Barisan Nasional menang 14 kerusi DUN dan 3 kerusi Parlimen.

Kemelut Penamaan Calon[sunting | sunting sumber]

Sebelum hari penamaan calon lagi , Menteri Besar Perlis , Datuk Shahidan Kassim berulang-ulang kali menemui Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya. Punca utama ialah Abdullah Ahmad Badawi sibuk berjumpa dengan semua Menteri Besar dan pengerusi setiap parti yang ingin mendapatkan kepastian dan pengesahan calon Barisan Nasional. Setiap Menteri Besar mestilah menghantar senarai nama calon Barisan Nasional dan disahkan menjadi calon Barisan Nasional.


Kemelut Menteri Besar[sunting | sunting sumber]

Walaupun Barisan Nasional Perlis menang 14 dari 15 kerusi tetapi pembentukan kerajaan negeri tidak juga berjalan lancar. Selama 6 hari rakyat menunggu dan terasa ada sesuatu yang tidak kena. Rakyat Perlis dikatakan mahukan perubahan Menteri Besar.

Perlembagaan Negeri Perlis , Artikel 39 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis menyatakan bahawa Raja hendaklah melantik seorang yang pada fikirannya mendapat kepercayaan ramai ahli menjadi Menteri Besar bagi mengetuai majlis kerajaan negeri.

Pada 10 Mac 2008 , Dr Md Isa Sabu telah berjumpad dengan Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya dengan bantuan Anggota Parlimen Kangar Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang juga Setiausaha Agung Umno.[1] Namun Radzi Sheikh Ahmad bukan dalang kemelut ini.


Pada pagi 15 Mac 2008, Datuk Seri Shahidan Kassim telah menemui Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail berhubung perlantikan Menteri Besar.

Pada petang 15 Mac 2008, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail melantik Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis dibuat berdasarkan sokongan majoriti 9 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional. Yip Sun Onn (ADUN Titi Tinggi), Mohd Rawi Kassim (Beseri), Sabry Ahmad (Santan), Abdul Jamil Saad (Sena), Dr Por Choo Chor (Indera Kayangan), Mat Hassan (Kuala Perlis), Ahmad Bakri Ali (Kayang) dan Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (Pauh) dan Datuk Dr Md Isa Sabu menemui Raja Perlis itu. Surat tauliah pelantikan telah disampaikan Raja Perlis kepada Dr Md Isa Sau untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar berkuatkuasa serta merta.


Sebelum ini , Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hanya menghantar surat cadangan dan bukan surat tauliah melantik Datuk Seri Shahidan Kassim .Perdana Menteri selaku pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia berhak memberi cadangan kepada Tuanku Raja tetapi akhirnya Raja yang ada hak untuk membuat pilihan.

Shahidan Kassim menyifatkan mereka sebagai munafik. Ramai penyokong Shahidan berkumpul di kediaman Menteri Besar Perlis dan mengumpul tandatangan sokongan.Sementara kain rentang yang dipasang menyatakan sokongan kepada Dr Md Isa Sabu.


Pada 15 Mac 2008, Abdulah Ahmad Badawi telah memanggil 10 dari DUN Barisan Nasional ke bangunan Putra, Putrajaya bagi mendapatkan maklumbalas tentang isu terkini Perlis. Ini kerana Dr Md Isa Sabu tidak mendapat kepercayaan dari Barisan Nasional. Tidak ada kata putus buat sementara waktu.

Shahidan menyatakan beliau mungkin akan menjadi pembangkang jika Dr Md Isa menjadi Menteri Besar.Beliau mempunyai 120 hari untuk 'berbuat sesuatu' (?). Rakyat telah pilih BN, maka sepatutnya BN yang memerintah. Sesiapa yang tidak menyokong watikah pengerusi Barisan Nasional, bermakna itu pembagkang. [2]

Perlantikan Menteri Besar[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Mac 2008, akhirnya Upacara angkat sumpah Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis. Upacara berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan disaksikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada jam 5.30. Datuk Seri Shahidan Kassim tidak dapat hadir tetapi 13 DUN yang lain hadir. ADUN Simpang Empat, Rus'sele Eizan yang mewakili PAS turut hadir.

Sebelum itu Dr Md Isa Sabu diiringi 5000 penyokong beliau dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah menuju ke Stadium Utama, Kangar , Perlis.[3]

Barisan Exco[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Mac 2008, tujuh exco kerajaan negeri Perlis mengangkat sumpah jawatan di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis . Turut hadir ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Md Isa Sabu.

Nama Penuh DUN Portfolio
Dr Md Isa Sabu Pentadbiran, kewangan, perancangan, keselamatan dan pembangunan luar bandar.
Ahmad Bakri Ali Kayang Pelancongan dan Kesihatan
Yip Sun Onn Titi Tinggi Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Bandar Baharu
Sabry Ahmad Santan Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail Pauh Pelaburan, Perdagangan dan Industri
Mat Rawi Kassim Beseri Tanah, Perhutanan, Alam Sekitar dan Penguatkuasaan
Abdul Jamil Saad Sena Belia, Sukan, Kebudayaan, Kesenian, Sumber Manusia dan Perpaduan
Jefperi Othman Guar Sanji Agama Islam dan Pembangunan Hadhari
Rus'sele Eizan

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga anggota dewan undangan negeri kawasan Tambun Tulang tidak muncul.

Dasar-dasar baru[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]