Shahidan Kassim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Dato' Seri
 Shahidan bin Kassim
Shahidan Kassim

Tempoh berjawat
16 Mei 2013 – kini

Ahli Parlimen
untuk P3 Arau, Perlis
Tempoh berjawat
5 Mei 2013 – kini
Majoriti 1,371 (PRU-13)

Kerakyatan Malaysia
Parti politik BN-100px.jpg BN-UMNO
Pekerjaan Menteri Kabinet, Ahli Parlimen
Agama Islam

YB Dato' Seri Shahidan bin Kassim merupakan seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Perlis. Beliau pernah memegang jawatan Menteri Besar Perlis sejak 1995 sehingga Mac 2008 apabila digantikan oleh Dato' Seri Md Isa bin Sabu. Shahidan berkeras untuk kekal dengan jawatan tersebut atas dasar dia adalah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis dan mendapat surat perlantikan daripada Perdana Menteri.[1] Bagaimanapun, mengikut Undang Tubuh Negeri Perlis, Raja Perlis boleh memilih sendiri sesiapa yang Tuanku perkenan atau mengikut kata putus kesemua wakil rakyat. Dato' Seri Md Isa Sabu telah mendapat sokongan majoriti wakil rakyat dan diperkenan Tuanku sebagai Menteri Besar Perlis yang baru. Shahidan pernah menjadi Ahli Parlimen Arau, pengerusi kelab penyokong kerajaan (BBC) di Parlimen, Pengerusi FAMA, Pengerusi Yayasan MARA dan Pengarah MARA. Di dalam bidang sukan pula, beliau juga memegang banyak jawatan. Di antaranya adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis(PBP) dan juga Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dan Persatuan Kabbadi Malaysia (KAM).[2]

Jawatan[sunting | sunting sumber]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

  • Adik beliau, bekas senator Datuk Ismail Kassim merupakan seorang Ahli Parlimen bagi P3 Arau.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kontroversi pelantikan MB Perlis - *Md. Isa diperkenan istana *Shahidan terima watikah PM, Utusan Malaysia, dicapai 15 Mac 2008
  2. [1], "Masalah kepada persatuan: Shahidan sedia lepas jawatan", Utusan Online, 5 Ogos 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]