Kereta kebal Type 97

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jenis 97 Te-Ke
Type 97 (AWM P00001-361).jpg
Jenis 97 Te-Ke di New Britain pada tahun 1945
Spesifikasi
Berat 4.7 tan metrik
Panjang 3.70 meter
Lebar 1.80 meter
Tinggi 1.77 meter
Krew 2 (komander, pemandu)

Perisai 4–16 mm
Senjata
utama
37 mm Type 94 gun
Senjata
kedua
tiada
Enjin Ikega air-cooled 4-cylinder diesel
48 hp (36 kW)
Kuasa/berat 10 hp/tan metrik
Sistem
ampaian
2-wheel bogie
Jarak
operasi
250 kilometer
Kelajuan 42 km/h


Kereta kebal Jenis 97 Te-Ke ialah sejenis kereta kebal ringan Jepun (4.5 tan) yang direka semasa Perang Dunia II sebagai pengganti kepada Type 94 Te Ke yang lebih awal.


Isi kandungan

Sejarah[sunting]

Jenis 97 berasal daripada prototaip Jenis 94 berenjin diesel. Sungguhpun badannya kelihatan sama pada keseluruhannya, reka bentuk kereta kebal Type 97 adalah berlainan dengan kereta kebal Type 94, dengan enjinnya terletak di belakang. Ini menyebabkan komander dialih ke tengah kereta kebal dan pemandu ke sebelah kiri komander, suatu kedudukan yang lebih baik untuk berkomunikasi.

Penghasilan[sunting]

Kereta kebal Type 97 yang dikilangkan mulai dari tahun 1937 dikeluarkan dalam jumlah yang besar dan merupakan kereta kebal kecil yang paling meluas digunakan. Sebagaimana dengan Jenis 94, ia juga dipergunakan untuk menarik treler bekalan. Sesetengah kenderaannya dilengkapi dengan mesingan Jenis 97 7.7 mm, dan bukannya meriam 37 mm.

Biasanya, Type 97 diagihkan berkembar bagi menyokong unit infantri, dan sering kali digunakan sebagai traktor berperisai dan kenderaan bekalan. Menjelang tahun 1943, kebanyakan Type 97 telah dilupuskan sepenuhnya.

Meriam utama Jenis 97 ialah meriam kereta kebal Type 94 yang mempunyai spesifikasi yang berikut:

  • Kaliber: 37 mm
  • Panjang laras: 1.3585 m (L36.7)
  • Sudut tembakan EL: -15 hingga +20 darjah
  • Arah tembakan: AZ 20 darjah
  • Pecutan laras 600 m/s
  • Penembusan: 45 mm/300 m

Meriam ini juga digunakan oleh kereta kebal ringan Jenis 95 (model awal).

Prestasi[sunting]

Walaupun perbaikan-perbaikan telah dilakukan, Type 97 masih tidak sesuai untuk digunakan sebagai kereta kebal pertempuran. Badannya masih terlalu kecil untuk menampung lebih banyak askar dan oleh itu, pengisian dan penembakan meriam utama masih harus dilakukan oleh komandernya sendiri. Lagi satu kekurangan ialah perisainya. Amat serupa dengan pendahulunya, Type 97 mengalami kekurangan perlindungan perisai yang amat teruk — sehinggakan tembakan senjata api kecil juga boleh menembusi badannya.

Selain daripada kedua-dua kecacatan ini, meriam 37-mm tidak berkesan terhadap sebarang kereta kebal Pihak Berikat pada masa itu. Satu kelainan Te-Ke ialah kereta kebal Type 98 APC "So-Da" yang direka bentuk sebagai sebuah pengangkut amunisi serta juga sebagai pengangkut askar.

Rujukan[sunting]

  • Gander, Terry J (1995). Jane's Tanks of World War II. Harper Collins. ISBN 0-00-470847-4

Pautan luar[sunting]