Tan (ukuran)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tan ialah unit jisim, daya, isi padu, tenaga, dan kuasa.


Unit jisim[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga unit jisim yang serupa yang dipanggil tan:

  1. Tan panjang (dirujuk dengan mudah sebagai "tan" di negara-negara seperti United Kingdom yang dahulunya menggunakan Sistem Timbang dan Ukur Imperial) ialah tan berat atau tan kasar yang tetap sama beratnya dengan 2,240 paun (1,016.0469088 kg). Di United Kingdom dan kebanyakan kawasan yang menggunakan sistem imperial, tan metrik (1,000 kg) yang amat serupa dengan tan panjang — kurang daripada 2% perbezaannya — merupakan satu-satunya bentuk tan yang sah dalam bidang perniagaan.
    • Dalam industri besi pada abad ke-17 dan ke-18, satu tan berat pendek (bahasa Inggeris: ton shortweight ) merupakan 2,240 paun piawai, manakala satu tan berat panjang (bahasa inggeris: ton longweight ) ialah 2,400 paun (1 ratus berat = 120 paun).
    • Tan panjang dipergunakan untuk keluaran-keluaran petroleum seperti bahan api penerbangan.
    • Tan berat (disingkatkan sebagai 'dwt') ialah ukurun untuk muatan kapal, termasuk minyak bunker, air tawar, anak kapal, dan bekalan keperluannya. Ia dinyatakan dalam tan metrik (1,000 kg) atau tan panjang (2,240 paun, iaitu kira-kira 1,016 kg) [1]. Ukuran ini juga dipergunakan dalam tanan kapal tentera laut Amerika Syarikat.
  2. Tan pendek yang dipanggil secara mudah sebagai "tan" di Amerika Syarikat atau kekadangnya sebagai "tan bersih" adalah tepat sama dengan 2,000 paun (907.18474 kg).
  3. Tan metrik ialah 1,000 kilogram (kg) (atau 1 Mg) atau lebih kurang 2,204.6 paun. Tan metrik semakin digunakan sebagai ganti kepada tan panjang untuk mengukur sesaran kapal. Sila lihat rencana Tanan.

Kedua-dua tan panjang dan tan pendek terdiri daripada dua puluh ratus berat, dengan setiapnya mempunyai nilai yang berbeza untuk ratus beratnya (masing-masing 112 paun dan 100 paun). Sebelum abad ke-15 di England, satu tan adalah tepat sama dengan 20 ratus berat, dengan setiap ratus berat sama dengan 108 paun untuk memberikan 2,160 paun bagi setiap tan.

Ton cerakin (bahasa Inggeris: assay ton, disingkatkan sebagai 'AT') bukannya satu unit ukuran tetapi merupakan kuantiti piawai yang dipergunakan untuk mencerakinkan bijih-bijih logam yang berharga. Ton cerakin pendek ialah ​29 16 gram, manakala ton cerakin panjang ialah ​32 23 gram. Angka jumlah sesuatu logam yang terdapat di dalam sesuatu sampel dalam miligram adalah tepat sama dengan angka jumlahnya dalam auns troy. Dengan kata yang lain, jika terdapat .015 miligram dalam sesuatu sampel, maka jumlah logam itu dalam unit auns troy adalah tepat 0.015 juga.

Dalam konteks loji kuasa nuklear, tHM dan MTHM bermaksud tan metrik logam berat, dan MTU bermasuk tan metrik uranium. Dalam industri keluli, akronim THM mempunyai makna yang sama dengan 'tan logam panas' yang merujuk kepada jumlah besi atau keluli cecair yang dihasilkan.

Satu tan kering mempunyai nilai jisim yang sama, tetapi bahan-bahan (enap cemar, buburan, kompos, dan campuran-campuran yang serupa yang bahan pepejalnya direndam atau diampai dalam air) telah dikeringkan sehingga tahap lembapan yang agak rendah, dan tekal (berat kering). Jika bahan itu berada dalam keadaan semula jadinya yang basah, ia dipanggil tan basah.

Singkatan biasa[sunting | sunting sumber]

Dalam industri pelombongan Amerika Syarikat, 'T' dipergunakan untuk membezakan tan tradisional daripada tan metrik, tetapi 'T' juga digunakan sebagai simbol SI untuk tesla. Simbol 't' yang secara tradisi digunakan untuk tan panjang atau pendek, kini dikhaskan untuk tan metrik.

Unit daya[sunting | sunting sumber]

Terdapat juga unit-unit daya yang berdasarkan salah satu daripada tiga unit jisim yang berikut, tetapi tiada satunya yang dapat diterima untuk kegunaan dalam SI. Serupa dengan kilogram-daya, tan-daya metrik tidak dikecualikan. Hanya tan metrik sebagai unit jisim dapat diterima untuk kegunaan bersama-sama SI.

  • 1 tan-daya pendek = 2,000 paun-daya (lbf) = 8.896443230521 kilonewton (kN)
  • 1 tan-daya panjang = 2240 lbf = 9.96401641818352 kN
  • 1 tan-daya = 1000 kgf = 9.80665 kN

Unit isi padu[sunting | sunting sumber]

Lihat juga Tanan.

Tan muatan (bahasa Inggeris: freight ton) atau tan ukuran (measurement ton) ialah unit isi padu yang digunakan untuk menghuraikan muatan kapal (tanan) atau kargo. Satu tan ukuran adalah sama dengan:

Tan ukuran biasanya disingkatkan sebagai M/T, MT, atau MTON dan oleh itu, boleh mengakibatkan kekelurian dengan tan metrik.

Tan berdaftar juga merupakan lagi satu unit isi padu yang digunakan untuk mautan kapal, dan ditakrifkan sebagai 100 kaki padu (lebih kurang 2.83 meter padu). Ia sering disingkatkan dalam bahasa Inggeris sebagai GRT untuk gross registered ton, iaitu tan berdaftar kasar. Tan berdaftar dikenali sebagai tonneau de mer di Belgium tetapi di Perancis, satu tonneau de mer bersamaan dengan 1.44 meter padu atau kira-kira 1.88 ela padu.

Tan bersih Terusan Panama merupakan unit isi padu yang digunakan untuk pembilan kapal-kapal yang melalui Terusan Panama, dan adalah sama dengan tan berdaftar. Umpamanya, yuran pada dekad 1990-an adalah lebih kurang beberapa dolar Amerika Syarikat bagi setiap unit.

Tan air yang dahulu digunakan di Great Britain ada sama dengan 224 gelen imperial (isi padu untuk jisim satu tan panjang di bawah keadaan-keadaan yang mentakrifkan gelen imperial).

Sila lihat 1 E-1 m³ dan peringkat magnitud (isi padu) untuk pembandingan dengan isi-isi padu yang lain.

(Perhatikanlah bahawa tan isi padu adalah unit yang digunakan dalam perkapalan untuk tujuan kemudahan dan tidak amat berguna dalam bidang sains, kecuali jika ia ditakrifkan dengan tepat.)

Unit tenaga dan kuasa[sunting | sunting sumber]

Tan TNT[sunting | sunting sumber]

  • Satu tan TNT atau tan metrik TNT ialah unit tenaga yang sama dengan 109 kalori (termokimia), juga dikenali sebagai gigakalori (Gkal), dan yang sama pula dengan 4.184 gigajoule (GJ).
  • Satu kilotan TNT atau kilotan metrik TNT ialah unit tenaga yang sama dengan 1012 kalori, juga dikenali sebagai terakalori (Tcal), dan yang sama pula dengan 4.184 terajoules (TJ).
  • Satu megatan TNT (1,000,000 tan metrik) atau megatan metrik TNT ialah unit tenaga yang sama dengan 1015 kalori, juga dikenali (walaupun jarang) sebagai petakalori (Pkal), dan yang sama pula dengan 4.184 petajoule (PJ).

Perhatikan bahawa kesemua ini merupakan kalori (kal) kecil. Kalori diet adalah berlainan dan sama dengan satu kilokalori.

Nilai-nilai awal untuk tenaga letupan yang dibebaskan oleh trinitrotoluena (TNT) berbeza-beza antara 900 dan 1,100 kalori bagi setiap gram. Untuk memiawaikan penggunaan istilah TNT sebagai satu unit tenaga, suatu nilai sembarangan telah diterima, berdasarkan 1,000 kalori (1 kkal, 4.184 kilojoule) bagi setiap gram. Oleh itu, unit TNT tidak lagi mempunyai sebarang hubungan langsung dengan bahan kimia TNT pada dirinya, dan kini hanya merupakan satu unit tenaga yang secara kebetulan dinyatakan dengan menggunakan perkataan-perkatan yang biasanya dikaitkan dengan jisim (umpamanya, kilogram, tan metrik, paun) (rujukan IAEA: [2], [3]). Takrif ini merangkumi kedua-dua tan TNT  dan tan metrik TNT.

Tan batu arang setara[sunting | sunting sumber]

Satu tan batu arang setara atau tan metrik batu arang setara  (TCE) merupakan nilai konvensional sebanyak 7 Gcal (IT) = 29.3076 GJ.

Tan minyak setara[sunting | sunting sumber]

  • Satu tan minyak setara atau tan metrik minyak setara  (TOE) ialah nilai konvensional sebanyak 10 Gcal (IT) = 41.868 GJ ≈ 10.0067 tan TNT. Lihat juga rencana GTOE.

Tan penyejukan[sunting | sunting sumber]

Unit "tan" dipergunakan dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara untuk mengukur penyerapan haba. Sebelum kemunculan penyejukan mekanik, penyejukan dilaksanakan dengan menggunakan ais. Pemasangan satu tan penyejukan menggantikan penggunaan satu tan ais.

Di Amerika Syarikat, satu tan penyejukan piawai = 12,000 BTU sejam = 200 BTU seminit ≈ 3517 W. Ia lebih kurang sama dengan kuasa yang diperlukan untuk menyejukkan 1 tan pendek air sebanyak 1°F bagi setiap 10 minit; atau kuasa yang diperlukan untuk mencairkan satu tan pendek (2,000 paun) air pada suhu 0°C dalam 24 jam.

Satu tan juga merupakan unit tenaga yang sama dengan kuasa itu untuk tempoh sehari atau 24 jam × 12,000 BTU sejam = 288,000 BTU ≈ 303.9 megajoule.

Kegunaan yang kurang biasa ialah kuasa yang diperlukan untuk menyejukkan air satu tan panjang sebanyak 1 °F bagi setiap 10 minit = 13,440 BTU sejam ≈ 3 939 W.

Unit penyejukan British ialah 237.6 BTU sejam = 4117.8 W [1] [2] [3]

Tan-tan yang lain[sunting | sunting sumber]

Bagi kenderaan bermotor, banyak lori digolongkan ke dalam kumpulan-kumpulan yang lebih kurang berkait dengan berat muatannya di luar jalan raya, umpamanya 1/4-tan (jip pertama dikelaskan sebegini), 1/2-tan, 3/4-tan, 2 1/2-tan, 5-tan, dan sebagainya. Sudah tentu, kenderaan-kenderaan adalah lebih berat daripada ini dan menurut pengelasan tentera, dibenarkan membawa dua kali lebih banyak muatannya di atas jalan raya.

Dalam sesetengah kes, berat tersebut merujuk kepada berat kasar maksimum di atas jalan raya, termasuk muatannya. Umpamanya, van 3.5-tan merupakan kenderaan terbesar yang boleh dipandu di sisi undang-undang dengan lesen memandu yang biasa.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Laman web Sizes.com : Tan (penyejukan)". Dicapai pada 2006-09-01.
  2. ^ Gérard P. Michon. "Ukuran dan Unit". Dicapai pada 2006-09-01.
  3. ^ Buku Panduan Marks untuk Jurutera Jentera, Edisi ke-8, McGraw Hill, m.s. 19-3