Komander
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Komander ialah salah satu pangkat yang terdapat dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Komander setara dengan Leftenan Kolonel Tentera Darat dan Leftenan Kolonel TUDM. Komander juga setaraf dengan Commander dalam kebanyakan tentera laut di dunia. Komander lebih kanan dari Leftenan Komander tetapi lebih muda (junior) dari Kepten.
Insignia [sunting]
Insignia Komander hampir serupa dengan insignia Kepten, tetapi mempunyai tiga "balak" atau tiga baris sahaja dengan gelung di baris teratas.