Keshvinder Singh
Yang Berhormat Keshvinder Singh | |
---|---|
Fail:Keshvinder.JPG | |
Anggota Dewan Undangan Perak untuk Malim Nawar, Perak | |
Memegang jawatan 8 Mac 2008 | |
Majoriti | 1, 362 |
Butiran peribadi | |
Lahir | 1972 |
Parti politik | DAP(??-2010) Bebas(15 Jun 2010-) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Singh dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri bebas, dulunya adalah bekas ahli DAP sebelum 15 Jun 2010. Beliau menang di kawasan Malim Nawar Perak dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008. Keshvinder Singh mengalahkan calon Barisan Nasional Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.
Laporan rasuah[sunting | sunting sumber]
Pada 25 Februari 2010, Keshvinder membuat laporan rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat. Katanya , agen Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.
Keluar DAP[sunting | sunting sumber]
Beliau kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat. Kini beliau tertarik dengan kepimpinanMenteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sebelum ini Adun DAP dari Jelapang, Datuk Hee Yit Foong melompat parti ke Bebas.Sidang akhbar diadakan di Hotel Holiday Villa, di Subang. Surat perletakan jawatan diserahkan kepada setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng. Mereka yang menuduhnya rasuah boleh memeriksa buku akaun banknya.
Kini bilangan pembangkang di dewan undangan negeri Perak adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh Barisan Nasional manakala wakil Bebas pula adalah 4 orang.[1]
Ekoran itu, DAP Perak mengutip tandatangan dari rumah ke rumah di Malim Nawar "untuk menuntut peletakan jawatan segera" ADUN Keshvinder [2].Timbalan pengerusi DAP Perak, M Kulasegaran menyatakan pengundi yang memilihnya atas tiket DAP dan merekalah yang harus memutuskan masa depan politiknya.