Zambry Abdul Kadir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Diraja Dr.

Zambry bin Abdul Kadir

S.P.S.A. S.P.M.P. D.G.S.M. D.P.M.P. A.M.S.[1]
Zambry Abdul Kadir.jpg

Penyandang
Tempoh jawatan 
12 Mei 2009
Raja/Ratu Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (2009-2014)
Sultan Nazrin Muizuddin Shah (2014-)
Didahului oleh Mohammad Nizar Jamaluddin

Member of the Negeri Perak Assembly
for Pangkor
Penyandang
Tempoh jawatan 
4 Mac 2004
Didahului oleh Mohammad Wajdi Ishak[2]

Lahir 22 Mac 1962 (52 tahun)
Pulau Pangkor, Negeri Perak Perak
Parti politik Barisan Nasional (UMNO)
Pasangan Datin Seri Diraja Saripah binti Zulkifli
Anak 3 perempuan dan 2 lelaki
Kediaman Kampung Masjid Pulau Pangkor, Pulau Pangkor, Perak[1]
Pekerjaan ADUN
Religion Islam

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi kawasan Pangkor, Negeri Perak dan menjadi Menteri Besar Perak pada 6 Februari 2009 selepas 3 Adun Pakatan Rakyat menjadi Adun Bebas.

Beliau berkelulusan Ph.D dari Amerika Syarikat dan menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pada tahun 1998, beliau telah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana mempertikaikan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sejak kanak-kanak lagi, Zambry merupakan seorang individu yang aktif dalam bidang sukan dan suka bermain bola sepak sehingga digelar "Pele Pangkor" yang merujuk kepada pemain bola sepak silam Brazil, Pelé serta giat dalam permainan sepak takraw dan badminton.[3]

Beliau pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Anugerah Penulisan Esei Hari Kebangsaan negeri Perak (1982) yang memperoleh tempat kedua pada peringkat kebangsaan, Anugerah Penulisan Agama Kebangsaan (1986)[4] dan Pertandingan Penulisan Akademik peringkat kebangsaan (1987).

Beliau mula berpolitik ketika menjawat sebagai Ketua Pemuda Umno Pangkor pada tahun 1992 dan seterusnya memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Perak. Beliau bertanggungjawab dalam memajukan infrastruktur teknologi maklumat di negeri ini ketika memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Multimedia dan Sumber Manusia selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Semasa rombakan kecil pada September 2006, beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Inovasi, Sains dan Teknologi dan Pelajaran Tinggi dan menggunakan kuasanya bagi pembangunan selanjutnya ICT di Negeri Perak.[5]

Beliau juga telah mengarang beberapa buku antaranya "Umno dan Jiwa Merdeka" (1998), "Pemuda Umno Menebus Maruah, Menuju Arah" (2000) dan "Islam Malaysia dan Amerika" (2002).[4] Zambry juga pernah melibatkan diri dalam beberapa penerbitan sebagai penyunting termasuk Pendidikan dan Pembangunan" di Nurin Enterprise (1989), "Business Administration in Islam" oleh Hizbi (1991) dan "Imbas Gemilang KBS 98" (1998) untuk Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Kelulusan [6][sunting | sunting sumber]

Tahun Pendidikan Kelulusan
1987 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia B Econs (Kepujian)
1991 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia MA (Pemikiran Islam)
1992 Universiti Temple, Amerika Syarikat MA (Falsafah Politik dan Perbandingan Agama)
1995 Universiti Temple, Amerika Syarikat Ph.D (Pemikiran Politik)

Krisis perlembagaan Perak 2009[sunting | sunting sumber]

Selepas krisis perlembagaan Perak 2009, beliau pernah dilantik menjadi Menteri Besar Perak namun kemudian diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.[7]

Pada hari kemudiannya, Nizar akhirnya melaporkan diri untuk bertugas selaku Menteri Besar Perak.[8] Bagaimanapun, jawatan beliau ditarik balik secara tiba-tiba apabila hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali meluluskan penangguhan pelaksanaan keputusan kepada Zambry, sekaligus sini menetapkan 21 Mei bagi mendengar rayuan Zambry dan permohonan Nizar.[9]Pada 22 Mei, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar hujah-hujah mereka memutuskan Zambry sebagai menteri besar Perak yang sah, sekaligus membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengesahkan kedudukan asal Nizar, atas hujah bahawa "bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN."[10]

Pengundi Cina[sunting | sunting sumber]

Dr Zambry telah mengadakan sambutan Tahun Baru Cina di kediaman rasmi MB Perak di Ipoh. Beliau juga setuju dengan permohonan penduduk setinggan nelayan Cina di Kuala Sepetang yang menduduki tanah rezab KTMB agar tanah tersebut diberikan kepada mereka. Tanah rezab itu diduduki sejak 1941, iaitu setelah landasan kereta api Taiping - Port Weld tidak digunakan lagi.

Dr Zambry dan exco juga sedang giat belajar bahasa Cina bagi memahami permasalahan masyarakat Cina. Sebagai ahli politik, mereka mestilah mengetahui banyak bahasa pengundi.[11]

Saman Suara Keadilan[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Februari 2010, Zambry memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Wan Azizah selaku Presiden PKR, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali - ketua editor Suara Keadilan,Pelita Koridor Sdn Bhd dan Percetakan NPK Sdn Bhd.Suara Keadilan edisi 29 Disember 2009-5 Januari 2010, bertajuk “Zambry Disyaki Pengganas Gagal Masuk Ke Amerika Syarikat” mengandungi 9 perkatan berundur fitnah dan palsu.Malah Zambry tidak dihalang masuk ke Amerika Syarikat. Malahan diberikan pengiktirafan sebagai Menteri Besar Perak.

Lalu beliau menuntut ganti rugi RM100 juta, termasuk ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, faedah lapan peratus setahun dan juga injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan perkataan berunsur fitnah itu atau sebarang perkataan berunsur fitnah yang serupa terhadapnya.Defendan mengaku telah mohon maaf menerusi artikel “Mohon Maaf Dr Zambry”, artikel ditarik balik dan disiar dalam Suara Keadilan 30 Mac-6 April 2010.

Pada 30 November 2011, Hakim Datuk Hue Siew Kheng memutuskan memang wujud 9 unsur fitnah dalam artikel itu. Peguam Datuk Firoz Hussein Ahamd Jamaluddin mewakili Zambry .Peguam Jamie Wong mewakili PKR, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. dan tiga pihak lain.Taksiran ganti rugi dibuat di hadapan Timbalan Pendaftar.[12]

Pada 30 November 2011, Nga Kor Ming mohon maaf kerana menghina Zambry sebagai 'Black Metallic'. Nga adalah Setiausaha DAP Perak dan ahli parlimen Taiping. Namun katanya, istilah itu merujuk kepada tindakan tidak berpelembagaan UMNO/BN mengambil kuasa di Perak dan tidak dapat melupakannya.[13] Youtube menyiarkan rakaman ucapan Nga kor Ming bertajuk '1 Black Perak' - ‘Kini negeri Perak ada Menteri Besar Hitam Metalic yang haram dan masuk ke pejabat SUK menerusi pintu belakang menaiki kapal selam Najib’. [14]

Laporan polis - dokumen palsu[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Februari 2011, Datuk Azhar Ahmad selaku pegawai khas Datuk Dr Zambry membuat laporan polis di Balai Polis Pantai Remis dan Balai Polis Sungai Senam, Ipoh berhubung dua surat palsu. Surat bertarikh 13 Januari 2011 itu, kononnya ditandatangani oleh Dr Zambry bagi kelulusan 400 hektar tanah kerajaan di Pengkalan Hulu untuk projek pertanian.[15]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Profil Zambry Abdul Kadir". http://pangkor.today.com/calon/. Capaian 2009-02-06. 
  2. Keputusan Pilihan Raya ke-11 di Perak
  3. "Bapa terharu anak sulung dilantik" (Rencana), Berita Harian, 6 Februari 2009. Dicapai pada 2009-02-07. 
  4. 4.0 4.1 "Zambry's meteoric rise from Umno Youth" (Rencana), The New Straits Times, 6 Februari 2009. Dicapai pada 2009-02-06. 
  5. "Zambry to be sworn in today" (Rencana), The Straits Times, 6 Februari 2009. Dicapai pada 2009-02-06. 
  6. "Zambry MB Perak" (Rencana), Berita Harian, 6 Februari 2009. Dicapai pada 2009-02-06. 
  7. Zanariah Abdul Mutalib. "Nizar kembali MB Perak selepas 96 hari", mSTAR Online, 11 Mei 2009. Dicapai pada 11 Mei 2009. 
  8. Teoh, Shannon. "Nizar reports for work", The Malaysian Insider, 2009-05-12. Dicapai pada 2009-05-12. 
  9. "Rayuan Zambry Dan Permohonan Nizar Didengar Khamis", Bernama, 2009-05-15. Dicapai pada 2009-05-22. 
  10. "Hakim: Zambry MB sah Perak", Malaysiakini, 2009-05-22. Dicapai pada 2009-05-22. 
  11. Setelah politikkan Tahun Baru Cina, kini bahasa Mandarin pula
  12. Mahkamah: Suara Keadilan siar sembilan perkataan fitnah Zambry
  13. [DAP Nga Kor Ming apologises over 'Metallic Black Person ' Remark]
  14. DAP’s Nga eats crow over Zambry slur
  15. Zambry aide lodges reports over forgeries

Pautan luar[sunting | sunting sumber]