Menteri Besar Perak
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Menteri Besar Perak | |
![]() Jata Negeri Perak |
|
| Penyandang | Zambry Abdul Kadir |
|---|---|
| Gelaran | Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr |
| Mula bertugas | |
| Kediaman | |
| Pembentukan | 1948 |
| Laman | |
Menteri Besar Perak ialah orang yang bertanggungjawab mentadbir Negeri Perak. Zambry Abdul Kadir disahkan sebagai Menteri Besar setelah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberikan status memihak kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada 11 Mei 2009 berjaya ditangguhkan dan kemudian Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir diputuskan sebagai menteri besar yang sah setelah mendengar rayuannya[1]
[sunting] Senarai Menteri Besar
Berikut merupakan senarai Menteri Besar Perak:
| Nama | Tempoh perkhidmatan | Parti |
|---|---|---|
| Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz | 1948 - 1957 | Parti Kebangsaan Perak |
| Mohamed Ghazali bin Jawi | 1957 - 1960 | UMNO |
| Shaari bin Shafie | 1960 - 1964 | UMNO |
| Ahmad bin Said | 1964 - 1970 | UMNO |
| Kamaruddin bin Mohd Isa | 1970 - 1974 | UMNO |
| Mohamed Ghazali bin Jawi | 1974 - 1977 | UMNO |
| Wan Mohamed bin Wan Teh | 1977 - 1983 | UMNO |
| Tan Sri Ramli Ngah Talib | 1983 - 1999 | UMNO |
| Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali | 1999 - 2008 | UMNO |
| Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin* | 2008 - 2009 | PAS |
| Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir** | 2009 (96 Hari)[2] | UMNO |
| Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin | 2009 (17 Jam)[3][4] | PAS |
| Dato' Seri Dr.Zambry Abdul Kadir*** | 2009 - kini | UMNO |
Nota:
- * Kerajaan Perak yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat telah diambil alih oleh Barisan Nasional selepas 3 ADUNnya keluar parti dan menjadi ahli Bebas.
- ** Zambry Abdul Kadir dilantik oleh Sultan Perak menjadi Menteri Besar namun kemudian diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur[2]
- *** Zambry Abdul Kadir kekal de facto menjadi Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi KL[3] dan kemudian disahkan sebagai menteri besar.[1]
[sunting] Lihat juga
- Senarai Residen British di Perak
- Krisis kerajaan Perak 2009
- Perbicaraan Menteri Besar Perak 2009
- Sultan Perak
[sunting] Rujukan
- ↑ 1.0 1.1 Khirul Bahri Basaruddin dan Saufi Hamzah. "Zambry kekal MB", Berita Harian, 23 Mei 2009. Dicapai pada 24 Mei 2009.
- ↑ 2.0 2.1 Zanariah Abdul Mutalib. "Nizar kembali MB Perak selepas 96 hari", mSTAR Online, 11 Mei 2009. Dicapai pada 11 Mei 2009.
- ↑ 3.0 3.1 G. Manimaran. "Tidak ada kerajaan efektif di Perak?", mSTAR Online, 12 Mei 2009. Dicapai pada 12 Mei 2009.
- ↑ "Zambry kekal MB, Nizar cabar lagi", Malaysiakini, 12 Mei 2009. Dicapai pada 12 Mei 2009.
|
||||||||
