Khaled Mashal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Khaled Mashal
Khaled Mashal

Tempoh berjawat
1996 – sekarang

Tarikh lahir 1956 (1956)
Tempat lahir Silwad, Jordan
Kerakyatan Palestin/ Jordan
Parti politik Hamas
Tempat tinggal Damsyik, Syria
Agama Sunni Islam

Khaled Mashal, juga dikenali sebagai Khaled Mashaal, Khaled Meshaal, dan Khalid Mish'al, (Bahasa Arab: خالد مشعل‎) (lahir pada tahun 1956) adalah seorang pemimpin Hamas—pertubuhan politik, sosial dan organisasi ketenteraan Palestin sejak ketika era pemerintahan Abdul Aziz al Rantisi lagi dalam tahun 2004.[1] Tambahan dari itu, Mashal pernah menjadi ketua cawangan biro politik Hamas di Syria.[2]

Mashal lahir di Silwad, sebuah perkampungan terletak di utara Ramallah dan pindah ke Jordan pada tahun 1967. Beliau pernah melanjutkan pelajarannya ke Universiti Kuwait. Di sana, Mashal pernah menjadi ketua pelajar Islam, beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya Palestin yang yang ketika itu tampuk pemerintahan didominasi oleh Yasser Arafat dan Pertubuhan Pembebasan Palestin, beliau juga pernah menyertai Islamic Haqq Bloc, dimana ia bersaing dengan gerakan Fatah untuk menyandangi tampuk kepimpinan Kesatuan Umum Pelajar-Pelajar Palestin di Kuwait. Selepas pengasasan Hamas pada tahun 1987, Mashal mula memimpin cawangan pertubuhan Palestin itu di Kuwait.[1] Mashal beredar dari Kuwait dan berpindah ke Jordan dalam tahun 1991. Sejak tragedi pembuangan barisan kepimpinan Hamas dari Jordan pada Ogos 1999, Mashal telah menetap di Qatar sebelum berpindah ke ibu kota Syria iaitu Damsyik pada tahun 2001.

Rujukan [sunting]

  1. 1.0 1.1 Profile: Khaled Meshaal of Hamas
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan JPS tidak disediakan

Pautan luar [sunting]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: