Kima gergasi
- Nama ini juga digunakan untuk spesies kima gergasi lain. Lihat Tridacnidae.
| Kima gergasi | |
|---|---|
| Status pemuliharaan | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Moluska |
| Kelas: | Bivalvia |
| Order: | Veneroida |
| Keluarga: | Tridacnidae |
| Genus: | Tridacna |
| Spesies: | T. gigas |
| Nama binomial | |
| Tridacna gigas Linnaeus, 1758 |
|
Kima gergasi, Chama gigantea (Perry, 1811) atau Tridacna gigas (Linnaeus, 1758), merupakan moluska dwicangkerang terbesar. Satu dari sejumlah besar jenis kerang yang merupakan spesies tempatan di terumbu karang di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi, ia mampu mencapai berat melebihi 200 kilogram (440 paun), berukuran sehingga 1.2 meter (4 kaki) melintang, dan memiliki jangka hayat liar sehingga melebihi 100 tahun.[1] Terdapat juga kima gergasi yang menghasilkan Mutiara Lao Tzu di persisiran Filipina.
Sungguhpun larva kerang ini bersifat seperti plankton, ia bersigat sesil apabila dewasa. Tisu cangkerangnya bertindak sebagai habitat kepada alga sel tunggal simbiotik dikenali sebagai dinoflagelat (zooxantela) dari mana ia mendapatkan zat. Pada hari siang, kima ini membuka cangkerangnya dan mengunjurkan tisu mantelnya agar alga menerima cahaya matahari yang diperlukan bagi fotosintesis.
Isi kandungan |
Sejarah dan lagenda [sunting]
Sebagaimana kes spesies yang besar, kima gergasi telah disalah faham dalam sejarah. Ia pernah dikenali pada satu masa sebagai kerang pembunuh atau kerang memakan manusia, dan buku panduan saintifik dan teknikal terkemuka pernah mendakwa bahawa moluska besar ini menyebabkan kematian; versi Buku Panduan Menyelam Tentera Laut Amerika Syarikat turut memberikan arahan terperinci bagi membebaskan diri seseorang dari cengkamannya dengan memotong otot aduktor yang digunakan bagi menutup cangkerangnya.
Galeri [sunting]
-
Green and blue giant clam from East Timor
-
Colorful giant clam from Komodo National Park
-
Fully opened giant clam from Komodo National Park
-
A giant clam from East Timor of over 1 meter in length.
Rujukan [sunting]
- ↑ "Giant Clam: Tridacna gigas". National Geographis Society. http://www3.nationalgeographic.com/animals/invertebrates/giant-clam.html. Capaian 2007-06-02.
Pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kima gergasi |
- Wells (1996). Tridacna gigas. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2006. IUCN 2006. www.iucnredlist.org. Dicapai pada 06 May 2006. Listed as Vulnerable (VU A2cd v2.3)
- ARKive - images and movies of the giant clam (Tridacna gigas)
- Tridacna gigas entry on Animal Diversity Web
- Giant clam entry on the IUCN Red List of threatened species
- Giant Clams of the Great Barrier Reef
- Microdocs: The solar powered clam