Kitaran karbon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rajah kitaran karbon cepat ini menunjukkan pergerakan karbon di antara darat, atmosfera, dan lautan dalam bilion tan karbon per tahun. Bilangan kuning ialah fluks semula jadi, merah ialah sumbangan manusia dalam bilion tan karbon per tahun. Bilangan putih menandakan karbon tersimpan.

Kitaran karbon ialah kitaran biogeokimia yang melibatkan karbon ditukarkan di antara biosfera, pedosfera, geosfera, hidrosfera, dan atmosfera Bumi. Bersama dengan kitaran nitrogen dan kitaran air, kitaran karbon terdiri daripada sederet kejadian yang merupakan kunci kepada menjadikan Bumi mampu mengekalkan hidupan; ini menggambarkan pergerakan karbon sebaik dikitar semula dan digunakan di seluruh biosfera.

Perbelanjaan karbon global ialah baki pertukaran (pendapatan dan kerugian) karbon di antara reservoir karbon atau di antara satu gelung tertentu (contohnya, atmosfera ↔ biosfera) kitaran karbon. Satu uj kaji perbelanjaan karbon sesebuah takungan atau reservoir boleh menyediakan maklumat tentang sama ada takungan atau reservoir itu berfungsi sebagai sumber atau singki untuk karbon dioksida.

Kitaran karbon pada mulanya ditemui oleh Joseph Priestley dan Antoine Lavoisier, dan dipopularkan oleh Humphry Davy.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Holmes, Richard. "The Age Of Wonder", Pantheon Books, 2008. ISBN 978-0-375-42222-5.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Templat:Kitaran biogeokimia Templat:Pemanasan global