Protokol Kyoto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The Kyoto Protocol is an amendment to the United Nations Framework Convention on Climate Change
Kyoto Protocol
Opened for signature 11 Disember 1997 in Kyoto, Jepun
Entered into force 16 Februari, 2005.
Conditions for entry into force 55 parties and at least 55% CO2 1990 emissions by UNFCCC Annex I parties.
Parties 172 countries and other governmental entities (as of June 2007)
Protokol Kyoto bermatlamat mengurangkan pembebasan gas rumah hijau yang mengancam dunia

Protokol Kyoto merupakan persetujuan dalam Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim (UNFCCC), yang diterima sejagat tentang perihal pemanasan global. Negara-negara yang bersetuju untuk melaksanakan protokol ini di negara masing-masing berkomitmen untuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan lima gas rumah kaca lain, atau bekerjasama dalam perdagangan kontrak pembebasan gas jika mereka menjaga jumlah atau menambah pembebasan gas-gas tersebut, yang menjadi punca gejala pemanasan global.

Jika berjaya dilaksanakan, Protokol Kyoto berupaya menurunkan kenaikan suhu global antara 0.02 °C dan 0.28 °C setahun sehingga tahun 2050. (sumber:Nature, Oktober 2003)

Nama rasmi protokol ini ialah '"Kyoto Protocol to the United Nations Framework Convention on Climate Change (Protokol Kyoto dalam Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim). Protokol ini telah dibentangkan di Kyoto, Jepun pada Disember 1997, dibuka untuk penandatanganan pada 16 Mac 1998 dan ditutup pada 15 Mac 1999. Persetujuan ini mula berkuat kuasa pada 16 Februari 2005 setelah pengesahan rasmi dilakukan oleh Rusia pada 18 November 2004.

Penjelasan Protokol[sunting | sunting sumber]

Menurut kenyataan media Program Alam Sekitar PBB:

Protokol Kyoto merupakan persetujuan sah oleh negara-negara perindustrian bahawa mereka akan mengurangkan pembebasan gas rumah kaca mereka secara kolektif sebesar 5.2% berbanding tahun 1990 (tetapi jika dibandingkan dengan jumlah pengurangan pembebasan gas rumah hijau jika tidak wujud protokol ini, pada tahun 2010, ialah kira-kira 29%). Enam gas rumah kaca itu ialah karbon dioksida, metana, nitrus oksida, sulfur heksafluorida, kloroflurokarbon/CFC, dan perfluorokarbon/PFC. Manakala tahap pengurangan pembebasan gas rumah kaca mengikut zon pula diperkirakan 8% untuk Eropah, 7% untuk Amerika Syarikat, 6% untuk Jepun, 0% untuk Rusia, dan penambahan yang diizinkan sehingga 8% untuk Australia dan 10% untuk Britain.

Protokol Kyoto ialah protokol kepada Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim (UNFCCC), yang ditubuhkan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992. Hanya pihak yang bersekutu dalam UNFCCC berpeluang menandatangani atau mengesahkan Protokol Kyoto.

Sebahagian besar ketetapan Protokol Kyoto terlebih dahulu dikuatkuasakan oleh negara-negara maju yang disenaraikan dalam Annex I oleh UNFCCC (kerana negara-negara maju yang paling banyak membebaskan gas-gas rumah kaca).

Status Persetujuan[sunting | sunting sumber]

Pada Februari 2005, iaitu ketika protokol ini mula berkuat kuasa, protokol ini telah disahkan dan diterima pakai oleh 141 buah negara, yang mewakili 61% dari seluruh jumlah pembebasan gas rumah kaca. Sebenarnya, negara-negara berkenaan tidak perlu menandatangani apa-apa persetujuan untuk mengesahkannya: penandatanganan hanyalah suatu acara rasmi (ceremonial). Senarai terbaru pihak yang telah menerima pakai protokol ini ada di sini: [1].

Menurut syarat-syarat persetujuan protokol, protokol mula berkuat kuasa "pada hari ke-90 selepas tercapainya persetujuan 50 buah negara peserta UNFCCC, termasuklah pihak yang disenaraikan dalam Annex 1 yang bertanggungjawab membebaskan tidak kurang daripada 55% daripada jumlah gas rumah kaca global pada 1990, yang telah menyatakan persetujuan, pengesahan, penerimaan, atau penyertaan" Persetujuan 50 buah negara telah berjaya dicapai pada 23 Mei 2002 ketika Britain menerima pakai protokol ini. Penyertaan Rusia pada 18 November 2004 memenuhi syarat "55%" tadi sekali gus menetapkan tarikh berkuatkuasanya protokol ini, iaitu pada 16 Februari 2005.

Kadar pembebasan gas karbon dioksida sedunia antara tahun 1800-2000

Status Terkini Protokol[sunting | sunting sumber]

Hingga Februari 2005, 141 buah negara telah mengguna pakai protokol tersebut, termasuk Kanada, China, India, Jepun, New Zealand, Rusia dan 25 negara anggota Kesatuan Eropah, serta Romania dan Bulgaria.

Ada enam buah negara yang telah menandatangani protokol ini namun belum mengguna pakai protokol itu. Tiga antaranya ialah negara-negara Annex I:

Negara-negara berikut masih belum menyatakan persetujuan:

Sikap Amerika Syarikat yang tidak bersetuju dengan protokol ini dikatakan akan menjejaskan pelaksanaan dan matlamat protokol ini, dalam jangka masa panjang, dan seterusnya menyebabkan usaha-usaha mengurangkan kehadiran gas rumah kaca dalam atmosfera menemui jalan buntu. Templat:Pemanasan Global