Astrolab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sukuan astrolab, England, 1388
Astrolab abad ke-16 dengan rete tulip dan pembaris

Astrolab (Bahasa Yunani Kuno: ἀστρολάβον astrolabon, "pengambil bintang")[1] merupakan sejenis alat inklinometer penuh perincian yang pernah digunakan oleh ahli astronomi, pengemudi, dan ahli astrologi. Antara pelbagai kegunaannya adalah menentukan kedudukan serta meramal kedudukan Matahari, Bulan, planet, dan bintang, menentukan waktu tempatan berpandukan latitud setempat dan sebaliknya, mengukur, penyegitigaan, serta menilik horoskop. Astrolab digunakan dalam baharian klasik, termasuk Zaman Kegemilangan Islam, Zaman Pertengahan Eropah dan Zaman Pembaharuan untuk kesemua tujuan ini. Di dunia Islam, astrolab juga digunakan untuk menghitung arah kiblat serta mendapat pasti waktu solat.

Biarpun berguna untuk menentukan latitud di daratan, namun astrolab yang biasa kurang sesuai digunakan di atas kapal yang terhuyung-hayang atau dalam angin kuat. Oleh itu, astrolab pelaut direka untuk mengatasi masalah-masalah itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. astrolabe, Oxford English Dictionary 2nd ed. 1989

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikisource-logo.svg
Wikisource mempunyai sumber asli 1911 Encyclopædia Britannica teks berkaitan kepada: Astrolab.