Kompos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kompos

Kompos merupakan bahan organik yang telah terurai dan dikitar semula sebagai baja dan pembetul tanah. Kompos merupakan bahan utama dalam pertanian organik. Pada paling asasnya, pengomposan memerlukan sekadar menimbun buangan dikawasan luar dan menunggu bahan terurai dari enam minggu atau lebih. Kaedah pengomposan moden merupalan proses beberapa langkah, dipantau dengan teliti dengan kemasukan air, udara, dan bahan yang kaya dengan karbon dan nitrogen. Proses pengomposan dibantu dengan bahan tumbuhan disiat, menambah air dan memastikan pengudaraan yang sempurna dengan menggembur campuran secara berkala. Cacing dan fungi menguraikan bahan dengan lebih lanjut. Bakteria aerobik mengurus proses kimia dengan menukar input sebagai haba, karbon dioksida, dan amonium. Amonium diubah lebih lanjut oleh bakteria sebagai zat tumbuhan nitrite dan nitrate melalui proses nitrifikasion.

Kompos adalah kaya dengan baja. Ia digunakan di taman, hiasan laman, hortikulture, dan pertanian. Kompos itu sendiri baik bagi tanah dalam pelbagai cara, termasuk sebagai perawat tanah, baja, tambahan humus penting atau asid humik, dan sebagai racun serangga semula jadi bagi tanah. Dalam sistem eko, kompos berguna bagi pengawalan hakisan, tebus guna tanah dan anak sungai, pembinaan tanah paya, dan sebagai penutup tebus tanah (see compost uses). Kandungan organik bertujuan bagi pengomposan juga boleh digunakan bagi menghasilkan gasbio melalui penghadaman anaerobik. Penghadaman anaerobik kini pantas menggantikan pengomposan disesetengah tempat di dunia termasuk Europah Tengah sebagai cara kurangkitar bahan buangan organik.

Isi kandungan

Sejarah [sunting]

Tong kompos moden yang diperbuat daripada plastik

Pengomposan diakui sebagai amalan sejak awal Empayar Rom sejak Pliny yang Tua (AD 23-79). Secara tradisi, pengomposan adalah menimbun bahan organik sehingga musim penanaman berikutnya, ketika mana bahan cukup terurai untuk sedia digunakan pada tanah. Kelebihan kaedah ini adalah kurag masa atau tiada masa atau usaha diperlukan bagi pengomposan dan ia muat dengan baik dengan amalan pertanian di cuaca serdahana. Kekurangan (dari pandangan moden) adalah ruang digunakan selama setahun, sesetengah zat mungkin larut keluar akibat dedahan kepada hujan, dan organisma dan serangga penyebab penyakit mungkin tidak dikawal dengan mencukupi.


Rujukan [sunting]

Bacaan lanjut [sunting]

  • Roger Tim Haug, Practical Handbook of Compost Engineering [Hardcover]. Lewis Publishers.
  • Insam, H; Riddech, N; Klammer, S (Eds.): Microbiology of Composting,Springer Verlag, Berlin New York 2002, ISBN 978-3-540-67568-6
  • Hogg, D., J. Barth, E. Favoino, M. Centemero, V. Caimi, F. Amlinger, W. Devliegher, W. Brinton., S. Antler. 2002. Comparison of compost standards within the EU, North America, and Australasia. Waste and Resources Action Programme Committee (UK)

Pautan luar [sunting]

Organisasi