Konstitusi Republik Indonesia Serikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Konstitusi Republik Indonesia Serikat atau Undang-Undang Republik Indonesia Serikat (Bahasa Inggeris: Federal Constitution of 1949) merupakan suatu dokumen perlembagaan yang digubal untuk menggantikan Perlembagaan Republik Indonesia 1945 apabila kedaulatan dapat berpindah kepada Indonesia daripada tangan Belanda mengikut Konferensi Meja Bundar tahun 1949. Perlembagaan ini telah mula dikuatkuasakan sejak tarikh 27 Disember 1949 sehingga akhirnya digantikan dengan Perlembagaan Sementara 1950 sejak tarikh 17 Ogos 1950.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sejak hari selepas kemerdekaan Indonesia yang diisytiharkan pada 17 Ogos 1945, keaslian Perlembagaan Republik Indonesia 1945 yang diluluskan oleh Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia telah dikuatkuasakan. Lantaran Belanda semakin berminat untuk mengekalkan satu daripada tanah jajahannya iaitu Hindia Belanda atau Indonesia, maka peperangan kemerdekaan pun meletus antara tentera Belanda dan para republikan Indonesia. Bagaimanapun, dengan hadirnya tekanan daripada antarabangsa, maka diputuskan untuk dilaksanakan rundingan sehingga ia berhujung kepada Persetujuan Linggajati. Lantas, Republik Indonesia Serikat telah pun didirikan. Perhimpunan perlembagaan mula ditubuhkan dan pihak berkebangsaan Indonesia mula bersedia memulakan pengerjaan pada perlembagaan baru mereka untuk penubuhan negara baru mereka.[1][2] Mengikut Persetujuan Renville di bulan Januari 1948, kedua-dua ahli jawatankuasa Belanda dan Republikan Indonesia telah menyampaikan naskhah isi persetujuan daripada kedua-dua pihak.

Jawatankuasa Indonesia dipengerusikan oleh Soepomo nampak berbeza daripada Perlembagaan Republik Indonesia 1945 kerana ia mengandungi jaminan hak asasi manusia dan ada peruntukan bagi sistem dwidewan perundangan kerajaan (bicameral system of government) disertai dengan senat dan dewan rendah (lower chamber). Pada pengakhiran bulan Mac, kedua-dua pihak hampir semuafakat dalam persetujuan itu.[3] Walau bagaimanapun, pihak Republikan Indonesia malah menghendaki peranan yang amat berperkasa dalam negara persekutuan mereka, sementara Belanda menghendaki peranan yang lebih besar untuk negara-negara bukan Republik.[4] Hari-hari sehingga bermulanya Konferensi Meja Bundar bilamana Belanda mesti menyerahkan kedaulatan kepada Republik Indonesia Serikat (RUSI), Ide Anak Agung Gde Agung, perdana menteri Negara Indonesia Timur menjemput para pegawai masa hadapan kerajaan RUSI supaya boleh menghadiri Persidangan Antara Rantau Indonesia demi dapat bersetuju pada kedudukan rundingan dalam persidangan itu. Persidangan-persidangan diadakan sehingga dua kali iaitu pada bulan Julai dan Ogos 1949. Para perwakilan telah pun semuafakat terhadap pangkal prinsip dan garis besar untuk perlembagaan persekutuan Negara Indonesia Serikat.[5][6]

Isi kandungan perlembagaan Republik Indonesia Syarikat[sunting | sunting sumber]

Perlembagaan ini tersusun daripada mukadimah, isi dan piagam persetujuan. Perlembagaan ini mempunyai 197 pasal menerusi enam bab utama:[7]

  1. Negara Republik Indonesia Syarikat
  2. Negara Republik Indonesia Berserta Pembentukan Perpaduan Rantaunya
  3. Alat-Alat Kelengkapan Untuk Bernegeri
  4. Pentadbiran
  5. Perhimpunan Perlembagaan
  6. Pindaan, Peralihan & Peruntukan Akhir

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ricklefs 2008, m/s. 358-360.
  2. ^ Drooglever 1987, m/s. 69.
  3. ^ Drooglever 1987, m/s. 70-71.
  4. ^ Drooglever 1987, m/s. 72.
  5. ^ Ide Anak Agung 1973, m/s. 67.
  6. ^ Kahin 1962, m/s. 446.
  7. ^ Suradji et al 2000, m/s. 135-192.