Kopiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Seorang lelaki Amerika memakai kopiah

Dalam Islam, kopiah atau Kufi atau juga dikenali sebagai ketayap merujuk kepada sejenis penutup kepala. Menutup kepala bagi lelaki hukumnya sunat, dan memakai kopiah adalah salah satu cara yang mudah.

Ia adalah sunat dan juga merupakan sunnah Rasulullah SAW. Selalu juga pemakaian kopiah dikenakan di dalam lilitan serban, iaitu dengan cara melilitkan serban pada kopiah. Menurut Imam Sayuti Rahimahullah bahawa yang dipakai oleh Nabi SAW dan sahabat RA di bawah serban ialah al-Qalansuah atau kopiah.[1] Oleh kerana ia adalah satu sunnah, pemakaian kopiah merupakan amalan yang meluas yang terdapat di kesemua negara-negara Islam. Dengan ini, pemakaian kopiah adalah berbeza dengan penutup kepala yang lain seperti songkok, bandana, topi dan penutup kepala yang lain yang hanyalah dianggap sunat, tetapi bukannya satu sunnah.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Penutup kepala yang dikenakan dengan dashiki adalah dinamakan untuk bandar Kufi, Nigeria, disebut sebagai coo-FEE. Dalam bahasa Yoruba, kufi bererti mahkota, manakala fila bererti topi. Bandar Kufi terletak di Yorubaland berdekatan Ibadan. Nama-nama Afrika Barat lain termasuklah fula, fila, dan topi malo (malo hat). Topi ini disebut kofia dalam bahasa Swahili di Afrika Timur, sila lihat artikel berkenaan kanzu untuk penerangan selanjutnya. Di Amerika Syarikat, nama Afrika barat, kufi, adalah kerap digunakan.

Nota[sunting | sunting sumber]

Pada kebiasaannya pemakaian penutup kepala oleh lelaki merupakan tanda ketenangan minda dan peribadi pemakai, kesalihan dan ketaatan kepada tuhan, erti pembaharuan dan taubat, serta menjaga kepala, perwatakan dan minda yang cergas.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Multimedia[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Thony C. Anyiam, Jumping the Broom in Style (Authorhouse 2007).
  • Diane Hoyt-Goldsmith, Celebrating Kwanzaa (Holiday House 1993).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. [SERBAN, KOPIAH DAN SONGKOH: MANA YANG SUNNAH DAN LEBIH SUNNAH.]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]