Kuching City F.C.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kuching City FC
Nama penuhKuching City Football Club
GelaranIl Gatto (The Cats)
Nama pendekKCFC
Diasaskan2015; 9 tahun yang lalu (2015) sbg Kuching FA
2020; 4 tahun yang lalu (2020) sbg Kuching City FC
StadiumStadium Negeri Sarawak, Kuching, Sarawak
(Kapasiti: 30000)
PemilikMalaysia Fazzrudin Abdul Rahman
Malaysia Kamaludin Akil
JurulatihSingapura Aidil Sharin Sahak
LigaLiga Super Malaysia
2022Ke-3, Liga Premier Malaysia
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Musim semasa

Kuching City Football Club atau Kuching City FC adalah persatuan bolasepak profesional yang bertempat di Kuching, Sarawak. Pasukan ini beraksi dalam Liga Super Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2015, Liga Bola Sepak Rakyat diperkenalkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Tujuan liga ini adalah demi membuat perubahan liga tahap rendah di Malaysia dengan mempromosikan bola sepak amatur di semua daerah dan negeri di seluruh Malaysia. Oleh itu, Kuching F.A. ditubuhkan di sampingnya untuk mewakili daerah Kuching di Sarawak.

Pasukan ini menyertai Liga Bolasepak Rakyat iaitu liga yang dianjurkan oleh Liga Bolasepak Rakyat Limited Liability Partnership (LBR-LLP) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melibatkan pasukan setiap daerah di seluruh Malaysia. Pasukan ini mewakili Kuching, serta menjadi Juara LBR edisi pertama pada tahun 2016.[1]. Pasukan ini memenangi edisi sulung dengan mengalahkan Padang Besar 3-1 di Stadium Selayang. Dengan kejuaraan ini, Kuching FA mendapat promosi automatik ke Liga FAM Malaysia 2017.

Pada musim pertama mereka di Liga FAM 2017, Kuching FA meraih tempat ke-4 dalam Kumpulan B, melayakkan pasukan ke play-off. Mereka tersingkir di peringkat suku akhir dengan UKM FC, yang kemudian mendapat promosi ke Liga Premier Malaysia 2018 sebagai finalis play-off. Musim kedua Kuching FA di Liga FAM 2018, menyaksikan mereka berada di tempat ke-4 dalam Kumpulan A, sama seperti musim sebelumnya. Malangnya, perubahan dalam kelayakan play-off menyaksikan mereka ketinggalan di peringkat kalah mati kerana hanya dua pasukan teratas dari setiap kumpulan yang dipilih. Kuching FA layak bermain di Liga FAM 2019, tetapi juga diundang oleh Persatuan bola sepak Malaysia untuk bermain di Liga Premier Malaysia 2019, ketika sejumlah pasukan menarik diri dari liga. Untuk musim 2020, pasukan ini beraksi di Liga Premier Malaysia. Pada pertengahan musim 2020, Kuching FA berubah nama menjadi Kuching City FC oleh Kuching City FC Sdn. Bhd.

Stadium[sunting | sunting sumber]

Penajaan[sunting | sunting sumber]

Musim Pengeluar Kit Penaja Jersi
2017-2023 Starsport LSC & Kuching City of Unity
LSC, Yakult & Kuching City of Unity
Serba Dinamik, LSC & Yakult

Organisasi Pasukan[sunting | sunting sumber]

Team Management
Role Person
Presiden
Pengarah Teknikal Malaysia Wan Jamak Wan Hassan
Pengurus Malaysia Kamaludin Akil
Penolong Pengurus Malaysia Ismail Hamdin
Ketua Jurulatih Singapura Aidil Sharin Sahak
Penolong Ketua Jurulatih Malaysia Firdaus Morshidi

Malaysia Zulkarnien Poasa

Jurulatih Penjaga Gol Malaysia Mohd Azley Abdullah
Jurulatih Kecergasan Malaysia Edward Jamid Unting
Doktor Pasukan Malaysia Abang Mohd Nurfarhan Abang Samatan

Malaysia Muhamad Karbela Reza Ramlan

Fisioterapi Malaysia Mohd Khairul Nizam Suhaimi

Malaysia Ferdinand Lisa Satu

Pentadbir Malaysia Zaiwi Mazdiani Bolhi
Pegawai Keselamatan Pasukan Malaysia Mohamad Nizam Bujang
Pegawai Media Malaysia Mohd Darul Imran Mohd Azmi
Kitman Malaysia Mohamad Hisyam Adenan

Malaysia Azarul Nazriq Bolhi

Jurulatih[sunting | sunting sumber]

Tahun Jurulatih
2015—2016 Malaysia Shahrizan Sahari
2016—2017 Malaysia Khairol Jamel
2017—2018 Malaysia Lucas Kallang Laeng
2018—2019 Malaysia Shahrizan Sahari
2019—2020 Malaysia Ideris Untong
2020—2023 Malaysia Irfan Bakti
2023– Malaysia Aidil Sharin Sahak

Pemain[sunting | sunting sumber]

Skuad Utama[sunting | sunting sumber]

Sehingga 6 Januari 2023

Note: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK Filipina Julian Schwarzer
2 DF Malaysia Jimmy Raymond
5 DF Brazil Célio Santos
6 MF Uzbekistan Sirojiddin Kuziev
7 FW Liberia Abu Kamara
8 MF Malaysia Joseph Kalang Tie (captain)
9 MF Malaysia Adam Shreen
10 MF Nigeria Michael Ijezie
11 MF Malaysia Hidhir Idris
12 DF Malaysia Ramesh Lai
13 DF Malaysia Dzulazlan Ibrahim
14 MF Malaysia Amir Amri
15 DF Malaysia Izray Iffarul
16 DF Malaysia Che Mat Arif
17 MF Malaysia Rafiezan Razali
18 MF Malaysia Amirul Shafik
20 GK Malaysia Shaiful Wazizi
21 GK Malaysia Norazlan Razali
22 MF Malaysia Zahrul Nizwan
23 DF Malaysia Qayyum Marjoni
25 MF Malaysia Azriddin Rosli
28 MF Malaysia Wan Faiz Sulaiman
No. Pos. Negara Pemain
29 DF Malaysia Arham Khusshairi
30 GK Malaysia Andy Nicholas Nipen
31 DF Malaysia Badrul Affendy
32 DF Serbia Mihailo Jovanović
33 DF Brazil Aylton Alemão
37 GK Malaysia Wan Azraie
39 DF Malaysia Nazrul Abdul Samad
40 DF Malaysia Iskandar Shah
41 DF Malaysia Aiman Joanny
44 MF Malaysia Alif Hassan
50 MF Malaysia Diego Baggio
51 FW Malaysia Amirrul Iqmal
59 FW Malaysia Wan Badzreen
64 DF Malaysia Badrul Hisham
70 FW Burundi Sudi Abdallah
77 MF Jepun Yuki Tanigawa
89 DF Malaysia Mazwandi Zekeria
MF Côte d'Ivoire Bruno Dybal
MF Côte d'Ivoire Dechi Marcel N'Guessan
FW Timor Leste Pedro Henrique

Rekod Mengikut Musim[sunting | sunting sumber]

Setakat 1 November 2022.

      Juara       Naib-juara       ke-3

Musim Divisyen Kedudukan Piala Malaysia Piala FA Malaysia Piala Sumbangsih Rantau Asia Penjaring Terbanyak (Kesemua Kejohanan)
2015–16 Liga Bolasepak Rakyat Juara Tidak Layak
2017 Liga FAM 4 daripada 7 Kumpulan B DNQ
2018 Liga FAM 4 daripada 7 Kumpulan A DNQ Pusingan kedua Malaysia Shafitri Salim (4)
2019 Liga M3 Kedua DNQ Pusingan kedua Malaysia Joseph Kalang Tie (18)
2020 Liga Premier Keempat Tidak dianjurkan Tidak dianjurkan Brazil Bryan Jones (4)
2021 Liga Premier Kelima Ketiga dari empat Kumpulan B Tidak dianjurkan
2022 Liga Premier Ketiga Suku akhir Suku akhir Liberia Abu Kamara (12)
2023 Liga Super Pusingan kedua

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Liga[sunting | sunting sumber]

Layak ke Play-off Promosi, Naib Juara Liga dan Pemenang Play-off Promosi: 2019
  • Liga Bolasepak Rakyat
Juara: 2015–16

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kuching FA juara sulung LBR 2016". 29 Mei 2016.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]