Liga Super Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Liga Super Malaysia
Liga super.jpg
Negara Bendera Malaysia Malaysia
Bendera Singapura Singapura
Konfederasi AFC
Ditubuhkan 2004
Divisyen 1
Jumlah pasukan 14
Disingkirkan ke Liga Perdana Malaysia
Aras Tahap 1
Piala domestik Piala Malaysia
Piala FA Malaysia
Piala antarabangsa Piala AFC
Juara semasa Kelantan (2011)
Kelab paling berjaya Kedah (2)
Selangor(2)
Rakan TV Astro Arena
RTM
StarHub TV
MediaCorp Channel 5
Laman web http://www.malaysiansuperleague.com/
Soccerball current event.svg Musim 2012

Liga Super Malaysia merupakan pertandingan bola sepak tahap teratas dalam Liga Malaysia di Malaysia. Ia menggantikan Liga M sebagai divisyen tertinggi yang mana sesebuah pasukan profesional di Malaysia boleh melibatkan diri.

Liga Super mula diperkenalkan pada tahun 2004, yang merupakan kesinambungan kepada liga sebelumnya yang bermula semenjak 1982. Sebenarnya pertandingan liga agak lewat bermula di Malaysia, walaupun bola sepak telah lama bertapak di Malaysia semenjak lahirnya kejohanan Piala Malaysia pada 1921.Liga ini hanya menyajikan kepada lapan pasukan teratas di dalam negara ini. Pasukan dua terbawah biasanya akan disingkirkan kepada Liga Perdana Malaysia. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga telah memutuskan untuk menswastakan liga ini dan mencipta MSL Sendirian Berhad (atau MSL Proprietary Limited) untuk melihat aspek pemasaran permainan ini.

Liga ini pernah menggunakan lapan pasukan dan pasukan-pasukan akan bermain tiga pusingan perlawanan (jumlah 21 perlawanan). Dua pusingan yang pertama dimainkan berdasarkan format tuan rumah/pelawat manakala pusingan ketiga akan dihoskan oleh stadium yang mempunyai bilangan penonton yang lebih besar berdasarkan dua pusingan yang pertama.

Daripada Liga Super Malaysia 2009, liga ini akan mempunyai 14 pasukan, dan semua pasukan akan bermain sesama sendiri hanya dua kali (jumlah 26 perlawanan).Ianya telah diputuskan bahawa semua pasukan tidak akan dibenarkan memiliki pemain asing walaubagaimanapun pada tahun 2012, FAM telah memutuskan untuk membuka kembali peluang untuk menggunakan pemain import dari luar dengan syarat yang tertentu.

Isi kandungan

[sunting] Juara

Semenjak diasaskan pada 2004, empat pasukan telah menjuarai Liga Super dengan Pahang menjadi juara yang pertama. Kedah menjadi pasukan pertama yang menjuarai liga untuk dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008.

Musim Juara Naib Juara Tempat Ketiga
2004 Bendera Pahang Pahang Bendera Selangor Public Bank FC Bendera Perlis Perlis
2005 Bendera Perlis Perlis Bendera Pahang Pahang Bendera Negeri Perak Perak
2005-06 Bendera Negeri Sembilan Negeri Sembilan Bendera Melaka TM FC Bendera Negeri Perak Perak
2006-07 Bendera Kedah Kedah Bendera Negeri Perak Perak Bendera Brunei DPMM FC
2007-08 Bendera Kedah Kedah Bendera Negeri Sembilan Negeri Sembilan Bendera Johor Johor FC
2009 Bendera Selangor Selangor Bendera Perlis Perlis Bendera Kedah Kedah
2010 Bendera Selangor Selangor Bendera Kelantan Kelantan Bendera Terengganu Terengganu
2011 Bendera Kelantan Kelantan Bendera Terengganu Terengganu Bendera Selangor Selangor

[sunting] Pasukan

[sunting] Pasukan Bertanding

Pasukan berikut kini bermain di Liga Super Malaysia 2012.

[sunting] Kedudukan Semasa

Sila Rujuk Liga Super Malaysia 2012

[sunting] Sejarah

Liga Malaysia telah bermula sejak tahun 1982. Liga pada masa itu digunakan sebagai peringkat kelayakan ke Piala Malaysia. Sejak itu, kejohanan liga menjadi salah satu pertandingan terpenting dalam kalendar bola sepak Malaysia. Pada awalnya hanya pasukan negeri, Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan pasukan jemputan seperti Singapura dan Brunei menyertai Liga Malaysia. Apabila pertandingan secara professional diperkenalkan pada 1996, pasukan kelab mula menyertai Liga Malaysia.

Pada tahun 1989 hingga 1993, Liga Malaysia dikenali sebagai Liga Semi-pro Malaysia. Pada tahun 1994 hingga 2003, nama Liga Semi-pro ditukar kepada Liga M.


[sunting] Nama liga

Semenjak liga diasaskan pada 1982, nama bagi Liga Malaysia sering diubah mengikut format pertandingan.

Musim Nama
1982 - 1988 Liga Malaysia
1989 - 1993 Liga Bahagian 1
1994 - 1997 Liga Perdana
1998 - 2003 Liga Perdana 1
2004 - Liga Super

[sunting] Jumlah pasukan

Jumlah pasukan juga sering berubah-ubah. Pada 2004, perubahan drastik dilakukan oleh FAM dengan membenarkan hanya 8 pasukan bertanding di Liga Super. Manakala 16 lagi pasukan bersaing di Liga Perdana yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Selepas tiga musim FAM sekali lagi mengubah jumlah pasukan kepada 13 pasukan. Pada musim 2008, FIFA mengkritik format liga yang digunakan FAM. FAM menerima kritikan tersebut dan mereka menambah jumlah pasukan kepada 14 pasukan.

Musim Jumlah Pasukan
1982-1984 16 pasukan
1985 17 pasukan
1986-1987 16 pasukan
1988 17 pasukan
1989 9 pasukan
1990-1993 10 pasukan
1994 16 pasukan
1995-1997 15 pasukan
1998 12 pasukan
1999 10 pasukan
2000-2001 12 pasukan
2002 14 pasukan
2003 13 pasukan
2004-2006 8 pasukan
2007-2008 13 pasukan
2009-2011 14 pasukan

[sunting] Anugerah

[sunting] Kasut Emas

Musim Pemain Pasukan Gol
2011 Bendera Malaysia Abdul Hadi Yahaya Bendera Terengganu Terengganu 20
2010 Bendera Malaysia Mohd Ashaari Shamsuddin Bendera Terengganu Terengganu 18
2009 Bendera Malaysia Mohd Nizaruddin Yusof Bendera Perlis Perlis 18
2007-08 Flag of Saint Vincent and the Grenadines.svg Marlon Alex James Bendera Kedah Kedah 23
2006-07 Bendera Guinea Keita Mandjou
Bendera Brunei Mohd Shahrazen Said
Bendera Negeri Perak Perak
Bendera Brunei DPMM Brunei
21
2005-06 Bendera Guinea Keita Mandjou Bendera Negeri Perak Perak 17
2005 Bendera Brazil Julio Cesar Rodriguez
Bendera Zambia Zacharia Simukonda
Bendera Sabah Sabah
Bendera Perlis Perlis
18
2004 Bendera Malaysia Indra Putra Mahayuddin Bendera Pahang Pahang 15
2003 Bendera Zambia Phillimon Chepita Bendera Perlis Perlis 23
2002 Bendera Malaysia Muhamad Khalid Jamlus Bendera Negeri Perak Perak 17
2001 Bendera Malaysia Norizam Ali Hassan Bendera Negeri Perak Perak 13
2000 Bendera Malaysia Azizul Kamaluddin Bendera Pahang Pahang 12
1999 Bendera Malaysia Azman Adnan Bendera Pulau Pinang Pulau Pinang 13
1998 Bendera Rusia Viatcheslav Melnikov Bendera Pahang Pahang 17
1997 Bendera Hungary Laszlo Repasi Bendera Negeri Perak Perak 19
1996 Bendera Australia Scott Ollerenshaw Bendera Sabah Sabah 18
1995 Bendera Australia Scott Ollerenshaw Bendera Sabah Sabah 22
1994 Bendera Malaysia Mohd Hashim Mustapha Bendera Kelantan Kelantan 25
1993 Bendera Malaysia Mohd Hashim Mustapha Bendera Kelantan Kelantan 13
1992 Bendera Malaysia Zainal Abidin Hassan Bendera Pahang Pahang 12
1991 Bendera Australia Abbas Saad Bendera Johor Johor 11
1990 Bendera Australia Alistair Edwards Bendera Singapura Singapura 13
1989 Bendera Malaysia Zainal Abidin Hassan Bendera Selangor Selangor 12

[sunting] Lihat juga

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain