Laut Adriatik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Imej satelit Laut Adriatik

Laut Adriatik ialah laut yang memisahkan Semenanjung Itali dengan Semenanjung Balkan, serta memisahkan sistem Pergunungan Apenina dari Alpen Dinarik dan kawasan pergunungan sekitarnya. Laut Adriatik merupakan sebahagian dari Laut Tengah.[1]

Pesisir barat Adriatik adalah wilayah Itali, sedangkan pesisir timur meliputi negara Croatia, Montenegro, Albania, Slovenia, serta Bosnia dan Herzegovina. Sungai-sungai utama yang bermuara di Adriatik ialah Sungai Reno, Sungai Po, Sungai Adige, Sungai Brenta, Sungai Piave, Sungai Soča, Sungai Zrmanja, Sungai Krka, Sungai Cetina, Sungai Neretva, serta Sungai Drin (Drini).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Adriatic Sea" Tiscali Encyclopedia Research Machines, 2008.