Kosovo
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| Republika e Kosovës Република Косово Republika Kosovo Republik Kosovo |
|||||
|
|||||
|
Kedudukan Kosovo di Eropah |
|||||
| Ibu negara | Priština 42°40′ N 21°10′ E |
||||
| Bahasa rasmi | Bahasa Albania, Serbia | ||||
| Etnik | 92% Orang Albania 5.3% Serb 2.7% lain-lain [1] |
||||
| Kerajaan | Sementara1 | ||||
| - Wakil Khas Setiausaha-Agung | Joachim Rücker |
||||
| - Presiden | Fatmir Sejdiu | ||||
| - Perdana Menteri | Hashim Thaçi | ||||
| Kemerdekaan | daripada Serbia | ||||
| - Diisytiharkan | 17 Februari 2008 | ||||
| Keluasan | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| - Jumlah | 10,887 km² 4,203 km persegi |
||||
| Penduduk | |||||
| - Anggaran 2005 | 2.2 juta (-) | ||||
| - Kepadatan | 220/km² (-) 500/km persegi |
||||
| Mata wang | Euro (€)3 (EUR) |
||||
| Zon waktu | CET (UTC+1) | ||||
| - Musim panas (DST) | CEST (UTC+2) | ||||
| Domain Internet | tiada | ||||
Kosovo (bahasa Albania: Kosova atau Kosovë, bahasa Serbia: Косово и Метохија Kosovo i Metohija) merupakan sebuah republik di selatan negara Serbia di Eropah. Kosovo telah diletakkan di bawah pentadbiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak 1999, bersama Angkatan Keselamatan NATO selepas Perang Kosovo, iaitu konflik antara pihak pemisahan di Kosovo dan kerajaan pusat Yugoslavia Presiden Slobodan Milosevic. Sejak campur tangan NATO, kerajaan Yugoslavia dan negara pewarisnya yang kini, Serbia telah hilang kuasa pentadbiran de facto di Kosovo. Pada 17 Februari 2008, Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan daripada Serbia.
Status Kosovo sebagai negara merdeka ataupun wilayah Serbia sebelum kemerdekaan diisytiharkan dipertikaikan antara penduduk etnik Albania yang menginginkan kemerdekaan dan kerajaan Serbia, yang menegaskan kedaulatan Serbia terhadap wilayah tersebut. Rundingan antarabangsa bermula pada 2006 untuk menentukan status muktamad Kosovo, tetapi tidak mendapat resolusi yang dipersetujui semua pihak, terutamanya Serbia yang menentang kemerdekaan bekas wilayahnya. Akhirnya, penduduk Kosovo mengambil keputusan mengisytiharkan kemerdekaan tanpa pengiktirafan Serbia.

