Lebah tualang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk Naning sebagai tempat, sila lihat: Naning.
Naning
Gambar dekat pekerja-pekerja pada sarang
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Artropoda
Kelas: Serangga
Order: Hymenoptera
Keluarga: Apidae
Genus: Apis
Subgenus: (Megapis)
Spesies: A. dorsata
Nama binomial
Apis dorsata
Fabricius, 1793

Lebah tualang, lebah madu gergasi atau naning (nama saintifiknya Apis dorsata) (bahasa Inggeris: giant honey bee), ialah lebah madu yang berkoloni sepanjang Asia Tenggara sehinggalah selatan India. Ia mendapat nama lebah tualang bersempena dengan sarang atau haifnya yang dibina kebanyakannya di pokok Tualang. Ia menjadi agen pendebunga bagi hampir 50 peratus pokok di hutan hujan tropika menjadikan ia amat penting kepada eko-sistem hutan. Lebah tualang bersifat defensif dan tidak pernah diternak kerana sarangnya yang bersifat terbuka.

Lebah ini hidup di kawasan tropika dan di kebanyakkan tempat ia berhijrah secara bermusim. Beberapa bukti terbaru menunjukkan bahawa lebah ini kembali ke pokok yang sama untuk membuat sarang.[perlu rujukan] Lebah pekerja mungkin bertukar semasa proses penghijrahan. Mekanisma pengekalan memori ini masih kekal misteri.

Subspesies lebah tualang ini dengan individu terbesar ialah Lebah madu pergununan Himalaya - Apis dorsata laboriosa - namun Apis dorsata pekerja biasa daripada subspesies lain adalah sekitar 17–20 milimeter (0.7–0.8 in) panjang.

Lebah tualang pada pokok Tribulus terrestris di Hyderabad, India

Sarang[sunting | sunting sumber]

Sarang lebah tualang di Thailand dengan anggaran 1 m lebar.
Perbandingan ketiga-tiga spesis Apis utama di Malaysia.

Sarang lebah tualang berkonsepkan sarang terbuka (open nest). Ia dibina di kawasan terbuka jauh dari tanah seperti pokok, di bawah naungan gua, atau kadang-kala bangunan dengan jarak 3 hingga 25 meter dari atas tanah. Sarang matang berukuran 2 meter panjang dengan jumlah mencecah 50,000 ekor lebah pekerja. Hampir tiga suku populasi lebah pekerja menjaga sarang.

Setiap koloni terdiri dari satu indung madu (kadang-kala mencecah sehingga satu meter persegi) tergantung dari ats, dan kom diselebungi oleh lebah-lebah dalam beberapa lapisan. Apabila diganggu, lebah pekerja mungkin mempamerkan kelakuan defensif dikenali sebagai alunan pertahanan. Lebah di lapisan luar membusungkan abdomen mereka sembilan puluh darjah ke atas dan mengoyangkannya segerak. Ini mungkin juga disertai dengan pergerakan sayap. Isyarat ini dipindahkan ke lebah pekerja berdekatan yang juga menyesuaikan posisi abdomen yang sama, lalu membentuk kesan 'riak' yang jelas bersertakan bunyi alunan itu sepanjang permukaan kom itu. Ia sama seperti alunan penyokong di satu stadium yang penuh. Kelakuan ini memberi amaran kepada musuh berdekatan agar tidak datang menyerang atau akan menerima kesan padahnya nanti.

Burung selalunya menjadi musuh biasa lebah ini. Ia juga melindungi serangan daripada semut-semut, kerana tiada propolis yang dihasilkan di sarang lebah ini.

Di hutan tropika Thailand, banyak koloni lebah ini membina sarang di atas dahan pokok Dipterocarpus dari 12 hingga 25 kaki tinggi. Pokok ini mungkin disukai kerana ia lebih selamat dengan warna kulit yang lembut dan batang pokok yang hanya muncul bercabang 4 hingga 5 meter dari tanah. Ia akan memberi kesukaran kepada musuh yang datang dari atas tanah.

Di hutan hujan tropika Malaysia pula, pokok Tualang menjadi kesukaan untuk lebah ini membuat sarang. Ketinggian pokok ini yang boleh mencecah sehingga 70 meter tinggi membuatkan ia sangat sesuai untuk dibuat sarang. Satu pokok Tualang boleh dihuni sehingga 100 buah sarang lebah tualang.

Pengumpulan madu dan debunga[sunting | sunting sumber]

Khasiat madu[sunting | sunting sumber]

Komposisi dan perimeter bacaan khasiat serta kandungan madu lebah tualang dan madu lebah ternakan adalah sama. Ini dibuktikan oelh hasil ujian makmal UKM yang dijalankan secara kaedah saintifik.[perlu rujukan][1] Madu tualang dapat memulihkan luka lecur lebih cepat dan efektif berbanding cara konvesional.[2]

Pengutipan madu tualang[sunting | sunting sumber]

Di Kedah, Malaysia, pemburu madu tualang akan melakukan sedikit upacara pembacaan sebelum dan semasa memanjat pokok tualang.[3][4] Mantera yang dibaca semasa proses pengambilan madu dikatakan dapat menenangkan keagresifan lebah tualang.[5] Terdapat perbezaan cara pengambilan madu lebah tualang di negeri-negeri di Malaysia. Menurut Prof. Mahkdzir Mahdan, pemilikan pokok tualang hanya terdapat di Kedah sahaja dan tidak di negeri-negeri lain seperti Kelantan dan Terengganu.[6] Ini menyebabkan madu yang diambil di negeri seperti Terengganu dan Kelantan selalunya pada sarang yang belum matang lagi. Ini akan mengganggu populasi lebah tualang dan seterusnya proses pendebungaan di hutan hujan tropika Malaysia.


Penternakan[sunting | sunting sumber]

Di hutan Melaleuca, utara Vietnam, masyarakat di sana mengutip madu dan lilin lebah tualang secara tradisional sejak dahulu kala lagi. Kaedah yang dipanggil 'pemeliharaan lebah secara kasau' (rafter beekeeping) ini mula dilaporkan oleh Fougères.[7] Terdapat penurunan pengamalan kaedah ini apabila perang Vietnam berlaku dan pembangunan di sekitar hutan tersebut. Walaupun begitu, kaedah kasau ini masih lagi diamalkan dan banyak terdapat di ladang daerah Song Trem di hutan Uminh, utara Vietnam.[8]

Perosak dan penyakit[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Agro Jurnal
  2. Nur-Azida, M. N., Ahmad S Halim1, Kirnpal-Kaur B Singh, Ananda A Dorai1 and Mehru-Nisha M Haneef (2010) Antibacterial properties of tualang honey and its effect in burn wound management: a comparative study. BMC Complementary and Alternative Medicine 2010, 10:31
  3. Wong, S.L.. 4 Mac 2007.Collecting from ‘Hitam Manis’. The Star. Capaian 27-05-2013.
  4. __. 4 Mac 2007. Telling the hunter’s tale. The Star. Capaian 27-05-2013.
  5. Syed, Seru Si 'Hitam Manis'. Berita Harian. 9 Disember 2009
  6. __, (2010) Eye on Malaysia: Honey Hunters, National Geography Documentary video
  7. Fougères, M. 1902. Rapport sur l’apiculture coloniale. III Congrès Internationale l’apiculture pp. 53-58.
  8. Phung Huu Chinh, Nguyen Hung Minh, Pham Hong Thai and Nguyen Quang Tan (1995). Rafter Beekeeping in Melaleuca Forests in Vietnam. Bees for Development Journal 36 pp. 8-9.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]