Lebuhraya Tengah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

UK motorway symbol.svg

Lebuhraya Tengah
Maklumat laluan
Panjang: 15.8 km (9.8 bt)
Persimpangan utama
Penghujung
selatan:
Bukit Merah (AYE)
  SLE, TPE, PIE, AYE
Penghujung
utara:
Yio Chu Kang (SLE, TPE)
Lokasi
Kawasan: Seletar, Ang Mo Kio, Serangoon, Bishan, Toa Payoh, Central Area, Bukit Merah
Sistem jalan raya

Rangkaian Lebuhraya Singapura

Lebuhraya Tengah.

Lebuhraya Tengah (kependekan: CTE; Cina Ringkas: 中央高速公路; pinyin: Zhōngyāng Gāosù Gōnglù; Bahasa Inggeris: Central Expressway) adalah lebuh raya utama yang menghubungkan pusat bandar raya Singapura dengan kawasan kediaman di bahagian utara seperti Toa Payoh, Bishan dan Ang Mo Kio dan seterusnya menghala ke Lebuhraya Seletar dan Lebuhraya Tampines.

Peringkat pertama lebuh raya bermula sebagai 2 bahagian berasingan: arah dari Seletar ke Jalan Bukit Timah (bersebelahan dengan Jalan Cavenagh), dan yang kedua dari Jalan Chin Swee di Chinatown ke Lebuhraya Ayer Rajah di Radin Mas. Bahagian kedua lebuh raya melibatkan pembinaan 2 terowong yang melalui kawasan tepu bina termasuklah Sungai Singapura, Taman Fort Canning dan Jalan Orchard. Terowong CTE adalah satu-satunya jalan bawah tanah di Singapura sebelum pembinaan Terowong Fort Canning dan Lebuhraya Kallang-Paya Lebar yang dibuka pada tahun 2007.

Memandangkan CTE adalah satu-satunya lebuh raya laluan terus yang menghubungkan pusat bandar raya dengan kawasan kediaman di sebelah utara, CTE lebih cenderung mengalami masalah kesesakan jalan raya berbanding lebuh raya lain di Singapura. Cubaan terkini yang dilakukan kerajaan bagi mengurangkan kesesakan di lebuh raya tersebut adalah langkah Lembaga Pengangkutan Darat Singapura melanjutkan waktu bayaran tol elektronik ERP (Sistem Kadar Jalan Elektronik) sehingga pukul 8.00 malam bermula 1 Ogos 2005. Ini adalah kali pertama tol ERP dikenakan pada sebelah malam kerana kadar tol ERP di lebuh raya lain di Singapura hanyalah di sebelah siang sahaja.