MEASAT

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Juruteknik Angkasa Boeing dan kemudahan pengilangan satelit Sistem Pintar di El Segundo, California, menyediakan satelit perhubungan MEASAT-3.
Gambar MEASAT-1 mengorbit atas Malaysia

MEASAT (Malaysia East Asia Satellite) merupakan nama barisan satelit komunikasi Malaysia yang dimiliki dan dikendali oleh MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd. (dahulunya Binariang Satellite Systems Sdn. Bhd.). Sehingga awal 2007, jaringan satelit MEASAT terdiri daripada tiga satelit geopegun yang direka dan dibina oleh Boeing Satellite Development Center (dahulunya Boeing Satellite Systems). MEASAT-1 dan MEASAT-2 dilancarkan pada 1996 dan MEASAT-3 pada 2006.

Satelit MEASAT-1 dan 2 direka bagi membenarkan khidmat televisyen langsung kepada pengguna selama 12 tahun di Malaysia dan juga bagi khidmat perhubungan awam di kawasan dari Malaysia kepada Filipina dan dari Beijing hingga ke Indonesia. Dengan pelancaran MEASAT-3, perkhidmatan perhubungan ini dikembangkan lebih jauh sehingga menjangkau 70% dari penduduk dunia.

MEASAT-1 dan MEASAT-2[sunting | sunting sumber]

Pada Mei 1994, Binariang Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur dan Boeing Satellite Systems menandatangani kontrak bagi pembinaan sistem Malaysia East Asia Satellite (MEASAT). Sistem ini memerlukan kapal angkasa model Boeing 376, perkakasan bagi stesen kawalan satelit di Pulau Langkawi, dan latihan bagi pengendali kapal angkasa Malaysia. Binariang menggunakan pilihan ini bagi satelit kedua pada Januari 1995.

MEASAT 1 memiliki lima transponder berkuasa tinggi dalam jalur-Ku bagi khidmat langsung-ke-pengguna, kuasa dibekalkan oleh penguat tiub gelombang-menjalar (travelling-wave) 112-watt. Khidmat wilayah dikendalikan oleh 12 transponder dalam jalur-C, menggunakan 12-watt penguat keadaan pepejal (solid state). MEASAT-2 mempunyai 11 transponder aktif dalam jalur-Ku. Lapan darinya menggunakan penguat gelombang-menjalar 95-watt, dan tiga yang lain pada 62 watt. Terdapat juga enam transponder aktif dalam jalur-C, kuasa dibekalkan oleh penguat keadaan pepejal 12-watt.

Sebagai kapal angkasa Boeing 376, satelit MEASAT dilengkapi dengan tiga kelebihan berbanding model piwaian. Ia merupakan yang pertama dalam siri Boeing 376 yang dilengkapi dengan panel solar galium arsenida, yang membawa 40 peratus lebih muatan berbanding sel solar silikon sebelumnya. Ia juga Boeing 376 yang pertama yang menggunakan antena ringan, penerimaan tinggi Sistem Satelit Boeing. Satelit ini juga menggunakan sistem dwiperejang yang lebih cekap bagi mengekalkan kedudukan dan pergerakan awalan atitud.

Kedua-dua satelit MEASAT-1 & 2 dilancarkan dengan menggunakan roket Ariane dari Centre Spatial Guyanais di Kourou, Guiana Perancis. MEASAT-1 dilancarkan pada Januari 1996, dan MEASAT-2 dilancarkan pada November 1996. MEASAT-1 terletak pada orbit geopegun pada 91.5 darjah Timur, dan MEASAT-2 terletak di orbit geostationari 148 darjah Timur.


MEASAT-1
Lokasi orbit: 91.5° Timur
Liputan geografi: Asia Tenggara, utara Australia dan Guam
Tahun pelancaran: 1996
Status terkini: Beroperasi
Jenis satelit: Boeing 376 HP
Kenderaan pelancar: Ariane 4
Jangka hayat: 12 tahun
Kuasa SSPA: 12 Watt
Lebar jalur transponder: 12×36 MHz
Pengutuban saluran: Linear

MEASAT-3[sunting | sunting sumber]

Imej MEASAT-3 mengorbit atas Malaysia

Pada Mac 2003, MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd. Malaysia memesan satelit Boeing 601HP, dinamakan MEASAT-3. MEASAT-3 akan menyertai satelit MEASAT-1 dan MEASAT-2 binaan Boeing sedia ada dalam sistem Malaysia-East Asia Satellite (MEASAT).

International Launch Services mendapat kontrak sebagai pembekal pelancar. Boeing turut memberikan peningkatan kepada kemudahan satelit darat di Malaysia, termasuk juga khidmat latihan dan sokongan pelancaran.

MEASAT-3 berjaya dilancarkan pada 12 Disember 2006 7.35 am (Waktu Malaysia, GMT +8.00 jam) dari Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan [1]. Majlis Pelancaran diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia, bersama siaran pelancaran MEASAT-3 launch secara lansung melalui penyiaran satelit.

MEASAT-3 dilancarkan menggunakan kenderaan khidmat ILS, Proton M/Breeze M dengan lima-pembakaran keturutan orbit. Ia mula berkhidmat pada 25 Jan 2007 pada orbit geopegun 91.5 darjah Timur (tempat sama dengan MEASAT-1). Jalur-C dan Jalur-Ku kini merangkumi kawasan terpencil termasuk Sabah, Sarawak, dan India Utara dan meningkatkan jangkauan armada MEASAT kepada lebih 100 buah negara termasuk Australia, Timur Tengah, Eropah Timur dan Afrika.

Spesifikasi transponder MEASAT-3:

TRANSPONDER Jalur-C

EIRP (dBW): 41 (pancaran sejagat), 45 (pancaran Asia)
G/T (dB/K): +0.5 (pancaran sejagat), +2.8 (pancaran Asia)
Kuasa TWTA: 65 Watt
Lebar jalur transponder: 24x36 MHz
Pengutuban saluran: Linear
Jalur fekuensi:
Naik: 5,925-6,725 MHz, Turun: 3,400-4,200 MHz

TRANSPONDER Jalur-Ku

EIRP (dBW): 57 (Maksimum)
G/T (dB/K): +14 (Maksimum)
Kuasa TWTA: 120 Watt
Lebar jalur transponder: 24x36 MHz
Pengutuban saluran: Linear
Jalur frekuensi:
Naik: 13.75-14.5 GHz, Turun: 10.95-12.75 GHz

Pautan luar[sunting | sunting sumber]