MV Dayang Topaz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sejarah
 Malaysia
Nama: Dayang Topaz
Pemilik: DESB Marine Services
Pengguna: Dayang Enterprise Holdings
Dilancarkan: 2012[1]
Dalam perkhidmatan: 2013[2]
Pengenalan:
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal bantuan pesisir
Berat (tan): 5098 tan
Panjang: 80 m (260 ka)
Lunas: 22 m (72 ka)
Draught: 4 m (13 ka)
Halaju: 201.0 selsius / 0.3 kn

MV Dayang Topaz ialah kapal penyelenggaraan milik Malaysia.[3]

Dimiliki oleh DESB Marine Services, anak syarikat milik penuh Dayang Enterprise Holdings Berhad, kapal Dayang Topaz mula berlabuh pada tahun 2012 dan bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja operasi di platform Baram untuk Petronas Carigali, anak syarikat konglomerat minyak dan gas Malaysia, Petronas.[4]

Insiden 2020[sunting | sunting sumber]

Pada awal pagi 27 Oktober 2020, kapal Dayang Topaz karam di perairan Miri, Sarawak setelah merempuh pelantar minyak Baram B di Kuala Baram, Miri ketika cuaca buruk.[5] Dua orang anak kapal maut, sementara 185 orang lagi anak kapal berjaya diselamatkan. Kapal penyelenggaraan tersebut mengangkut 187 orang anak kapal yang terdiri daripada 185 orang anak kapal warganegara Malaysia dan dua orang anak kapal warganegara Indonesia.[6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dayang Topaz vessel information". Vessel Finder. Dicapai pada 6 November 2018.
  2. ^ "Dayang Topaz - Vessel details, current position and voyage information". Marine Traffic. Dicapai pada 6 November 2019.
  3. ^ "Dayang Topaz technical specifics" (PDF). DESB Marine Services. Dicapai pada 6 November 2015.
  4. ^ "Insiden Dayang Topaz: Petronas jalankan penilaian struktur pelantar". Sinar Harian. 27 Oktober 2020. Dicapai pada 6 November 2020.
  5. ^ Samadi Ahmad (27 Oktober 2020). "1 maut, 4 hilang, 121 selamat kapal Dayang Topaz karam". Harian Metro. Dicapai pada 6 November 2020.
  6. ^ Arrifin, Afiq (27 Oktober 2020). "Kronologi insiden Dayang Topaz: Ini apa anda perlu tahu". Astro Awani. Astro Awani. Dicapai pada 6 November 2020.
  7. ^ "Dayang Topaz: 2 kru maut, 185 yang lain berjaya diselamatkan". mStar Online. 27 Oktober 2020. Dicapai pada 6 November 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]