Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

MPKLM atau Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia merupakan sebuah Negeri Pengakap yang terdapat di seluruh Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru (MPKLM/BPG) ialah sebuah Negeri Pengakap yang ditubuhkan pada 10 Ogos 1985 di Institut Pengurusan Pendidikan Negara yang kini dikenali sebagai Institut Aminuddin Baki (IAB). Perasmian telah dilakukan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Dr. Hj. Sulaiman Hj. Daud selaku Ketua Pengakap Negara merangkap Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia. Perkara ini telah direstui oleh Y.B. Dato’ Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Menteri Pelajaran pada 8 Ogos 1985, semasa merasmikan Seminar Penubuhan MPKLM/BPG di tempat yang sama.

MPKLM/BPG ditubuhkan sebagai negeri bagi mentadbirkan pergerakan pengakap di maktab-maktab perguruan (kini Institut Pendidikan Guru) di Malaysia yang merangkumi 31 buah semasa penubuhannya. Kini, selaras dengan pentadbiran Institut Pendidikan Guru secara induk, MPKLM/BPG ditukarkan kepada MPKL/IPG KPM dan terdapat 6 zon MPKLM/IPG KPM iaitu MPKLM/IPG KPM ZON TIMUR, MPKLM/IPG KPM ZON UTARA, MPKLM/IPG KPM ZON SELATAN, MPKLM/IPG KPM ZON TENGAH, MPKLM/IPG KPM ZON SABAH dan MPKLM/IPG KPM ZON SARAWAK.

  • Pesuruhjaya Negeri MPKLM/IPG KPM :
  • 1. Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ahmad (KLM 14) 1985 - 1994.
  • 2. Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohsin (BPG) 1994 - Julai 2007.
  • 3. Tuan Haji Ahmad Kamar Zainuddin (KLM 10) 2007 - 2010 .
  • 3. Tuan Haji Mohd. Radzi bin Johari (KLM 22) 2011 - kini .

MPKLM/IPG KPM beribu pejabat di Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

Senarai Daerah MPKLM/IPG KPM[sunting | sunting sumber]

  1. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Malaysia, Lembah Pantai, Kuala Lumpur (KBMM), KLM 02
  2. Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan (KKB), KLM 03
  3. Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, Gelugor, Pulau Pinang (KPPP), KLM 05
  4. Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka (KPMM), KLM 07
  5. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa-Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur (KBA), KLM 10
  6. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur (KPT), KLM 12
  7. Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban (KRM), KLM 14
  8. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Ilmu Khas,Kuala Lumpur (KPIK), KLM 15
  9. Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru (KTI), KLM 17
  10. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut (KSMB), KLM 18
  11. Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Kangar (KPERLIS), KLM 19
  12. Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra (KDA), KLM 20
  13. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani (KSAH), KLM 21
  14. Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta (KIPOH), KLM 22
  15. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor (KPIS), KLM 23
  16. Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah (KTS), KLM 24
  17. Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu (KGKK), KLM 25
  18. Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah (KKTS), KLM 26
  19. Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Sarawak (KRS), KLM 27
  20. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri (KSM), KLM 28
  21. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching (KBL), KLM 29
  22. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, Batu Rakit, K.Terengganu (KDRI), KLM 30
  23. Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Keningau (KKg), KLM 32
  24. Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang (KTAA), KLM 34
  25. Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor (KTHO), KLM 35
  26. Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam (KTB)[1], KLM 36
  27. Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak (KTAR), KLM 37

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.