Malapetaka Hindenburg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Malapetaka Hindenburg.

LZ 129 Hindenburg merupakan sebuah kapal udara zeppelin Jerman serta pesawat terbesar yang pernah dibina. Pesawat itu dinamakan sempena Presiden Jerman, Paul von Hindenburg, sebagaimana kebiasaan untuk menamakan semua kapal udara Jerman dengan nama lelaki. Pada pukul 7.25 petang 6 Mei 1937, ia musnah terbakar dalam tempoh beberapa minit sahaja ketika sedang mencuba berlabuh dengan tiang pengikat di "Stesyen Udara Tentera Laut Lakehurst", New Jersey. Dalam kemalangan yang terkemuka itu, 35 orang terbunuh daripada sejumlah 97 orang yang menaikinya.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Hindenburg dibina oleh Luftschiffbau Zeppelin pada tahun 1935 dengan nilai £500,000. Ia terbang buat kali pertamanya pada March 1936 dan mencapai rekod menyeberangi Lautan Atlantik sebanyak dua kali dalam masa lima hari, 19 jam, 51 minit pada bulan Julai tahun itu.

Hindenburg sepatutnya diisi dengan gas helium tetapi sekatan ketenteraan Amerika Syarikat memaksa Jerman menggunakan gas hidrogen yang mudah terbakar sebagai gas pengapung.

Sebab utama kebakaran itu tidak diketahui dengan tepat. Salah satu punca letupan mungkin disebabkan oleh percikan eletrik statik yang terkumpul dari geseran dengan udara. Lapisan aluminium yang mudah terbakar ini mungkin terbakar, dan menyebabkan hidrogen terbebas. Gas hidrogen terbakar tanpa warna, oleh itu api yang menjulang mungkin menunjukkan api tersebut bukannya disebabkan oleh hidrogen. Selain itu gas hidrogen di dalam Hindenburg telah pun dicampurkan dengan bauan bawang putih bagi mengesan kebocoran. Tiada sesiapa pun yang terselamat melapurkan bau bawang putih ketika penerbangan atau ketika cubaan pendaratan sebelum malapetaka tersebut. Sekiranya Amerika Syarikat tidak mengenakan sekatan ketenteraan kepada eksport gas helium, api mungkin akan terpadam pada awal lagi, menyebabkan hanya kebocoran.

Terdapat beberapa kejadian kemalangan kapal udara sebelum Hindenburg (semuanya tidak membabitkan zeppelin), kebanyakannya disebabkan oleh cuaca buruk. Bagaimanapun Zeppelin mempunyai rekod keselamatan yang menakjubkan. Sebagai contoh, Graf Zeppelin telah terbang dengan selamatnya sejauh 1 juta batu termasuk mengelilingi dunia. Pihak Jerman mengetahui bahaya hidrogen dan telah mengamalkan kawalan keselamatan yang ketat sepanjang penerbangan dengan kapal udara Zepplin, termasuk mengutip semua pemetik api dan larangan merokok kecuali di dalam bilik yang dikhaskan. Syarikat Zepplin amat berbangga bahawa tiada seorang penumpang pun yang pernah tercedera ketika terbang dengan kapal udara mereka. Zepplin dianggap selamat.

Walau bagaimanapun, kemalangan Hindenburg menukar kesemuanya. Kepercayaan orang ramai hilang sepenuhnya apabila melihat gambaran wayang yang jelas lagi mengejutkan serta diiringi dengan rakaman bunyi secara langsung. Disebabkan laporan yang begitu meluas, pengangkutan zeppelin terhenti. Ia merupakan titik noktah kepada era kapal udara kaku gergasi pembawa penumpang. Malapetaka ini diingati kerana laporan berita wayang, gambar, dan rakaman radio Herbert Morrison mengenai lapuran saksi di lapangan pendaratan. Ulasan Morrison hanya disiarkan pada keesokan harinya.

Sebahagian daripada laporannya kemudiannya disunting kepada berita wayang (memberikan gambaran yang salah kepada mereka yang biasa melihat laporan langsung televisyen masa sekarang bahawa lapuran Morisson dan gambar diambil secara serentak.)

Pihak Jerman kemudiannya telah mengambil kembali rangka logam Hindenburg yang kemudiannya digunakan untuk menghasilkan kelengkapan peperangan yang digunakan oleh pihak Jerman dalam Perang Dunia II.

Tentuan Hindenburg[sunting | sunting sumber]

Hindenburg menggunakan reka bentuk terkini serta aloi aluminium yang terbaru. Berukuran sepanjang 245 meter (804 kaki) dan diameter sebanyak 41 meter (135 kaki), ia mengandungi 211,890 meter persegi gas hidrogen dalam 16 kampit atau sel dan boleh mengangkut 112 tan. Ia mampu membawa 72 orang (50 orang sekiranya menyeberangi Lautan Atlantik) dengan 61 anak kapal. Hindenburg mempunyai empat enjin diesel 1,100 kuasa kuda dengan kelajuan 135 kilometer sejam (83 batu sejam).

Hindenburg mempunyai bentuk yang licin dan cantik. Untuk mengekalkan bentuk aerodynamik, bahagian penumpang terletak di dalam beg udara dan bukan tersangkut di luar. Hindenburg diliputi dengan kain kapas yang disapu dengan campuran varnis selulus dan aluminium.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]