Manohara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Manohara adalah nama salah satu makhluk setengah manusia setengah burung (kinnara) dalam kisah jataka dalam mitologi Buddha.

Kisah ini tersebar dari rantau Indochina merangkumi Myanmar, Kemboja,[1] Thailand dan Laos sampailah ke Sri Lanka, utara Semenanjung Malaysia dan Indonesia.[2][3][4][5] Kisah ini paling dikenali melalui pengabadiannya dalam seni persembahan menora.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Manohara adalah kinnari yang tinggal di Gunung Kailash. Dia merupakan puteri bongsu dari tujuh bersaudara dari raja Kinnara. Suatu hari, dia berpergian ke alam manusia dan ternyata dia tertangkap oleh seorang pemburu yang kemudian menyerahkannya kepada Pangeran Sudhana, pangeran kerajaan Pancala. Pangeran Sudhana ternyata jatuh cinta kepada Manohara dan kemudian menikahinya.

Ketika Putera Sudhana pergi berperang selama berbulan-bulan, Manohara dituduh membawa sial oleh suatu penasihat kerajaan yang jahat. Namun, Manohara berjaya terbang menyelamatkan diri kembali menuju ke kerajaan Kinnara, dia meninggalkan cincin kepada seorang resi di tengah perjalanan agar Sudhana dapat mengikutinya nanti.

Ketika Putera Sudhana kembali dari peperangan, dia sedar bahawa Manohara menghilang dan segera pergi untuk mencari jejaknya. Ini merupakan perjalanan yang panjang. Dia mengharungi banyak percubaan dan tantangan hingga akhirnya dapat bertemu dengan Manohara. Setelah itu mereka hidup berbahagia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Porée-Maspero, Eveline (1962). "III. Le cycle des douze animaux dans la vie des Cambodgiens". Bulletin de l'École française d'Extrême-Orient. 50 (2): 311–365. doi:10.3406/befeo.1962.1536.
  2. ^ Jaini, Padmanabh S. (1966). "The Story of Sudhana and Manoharā: An Analysis of the Texts and the Borobudur Reliefs". Bulletin of the School of Oriental and African Studies, University of London. 29 (3): 533–558. doi:10.1017/S0041977X00073407. JSTOR 611473. S2CID 190756276.
  3. ^ Jaini, Padmanabh S. (2001). Collected Papers on Buddhist Studies. Motilal Banarsidass. ISBN 978-81-208-1776-0.[halaman diperlukan]
  4. ^ "Sandakinduru Katava | Ceylonese dance-drama". Britannica.com. Dicapai pada 2017-04-16.
  5. ^ Yousof, Ghulam-sarwar (1 January 1982). "Nora Chatri in Kedah: A Preliminary Report". Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 55 (1 (242)): 53–61. JSTOR 41492911.