Maria Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mariah Abdullah atau nama asalnya 'M Nagamah' adalah satu lagi kes perebutan antara penganut Islam dan Hindu di Malaysia. Maria Abdullah dari Estet Byram , Pulau Pinang meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap, Pulau Pinang dan mayatnya dibakar oleh keluarganya di Krematorium Batu Berapit pada hari yang sama.

Berebut abu mayat[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Ogos 2012, Maria Abdullah telah meninggal dunia pada usia 64 tahun. Jabatan Agama Islam Seberang Perai Selatan telah mengambil abu mayat Maria Abdullah yang telah dibakar oleh keluarganya di Batu Berapit, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Menurut rekod, M Nagamah telah memeluk Islam pada November 2006 dan dikendalikan oleh pegawai / Ustaz Anuar Ismail. Suaminya Ibrahim Noyan sememangnya berugama Islam .Anak seramai 9 orang juga menggunakan nama Islam di Jabatan Pendaftaran Negara. Pegawai agama di JAISPS telah membuat laporan polis kerana keluarga si mati enggan membenarkan jasad wanita itu dituntut dari pusat pembakaran mayat Batu Berapit. Hal itu dimaklumkan oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang merangkap Adun PKR Batu Maung, Abdul Malik Abul Kassim.

Pada hari yang sama, anak M Nagamah dan 17 yang lain membuat laporan polis di Balai Polis Nibong Tebal tentang Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) 'mencuri' abu mayat M Nagamah.[1] Mereka juga membawa kain rentang bertulis 'Pulangkan Abu Ibu Kami. Hormatilah Kebebasan Beragama. Polis Tolong Kami Dapatkan Abu Ibu Kami'. Dua baris ayat lagi dalam tulisan Tamil.[2]

Anaknya , Kamasantheran Ibrahim Noyan mendakwa ibu mereka menganut dan mengamalkan agama Hindu . Upacara 'Karumakirei' sebagai upacara pengebumian terakhir sepatutnya diadakan 14 hari selepas kematian. Abu mayat akan dihanyutkan di sungai pada 28 Ogos 2012.[3]

Perlembagaan Persekutuan Perkara 11 (1) jelas menyatakan setiap rakyat Malaysia mempunyai hak menganut dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4) mengembangkan ugamanya. Penasihat Hindraf, N Ganesan menuntut penyerahan abu mayat Nagamah disegerakan.Mahkamah Sivil tidak terpakai kepada orang bukan Islam. [4] Adakah Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil mempunyai hak terhadap status agama si mati dan kewajaran undang-undang murtad.[5] Mufti Pulau Pinang Datuk Hassan Ahmad diminta menjelaskan perkara ini. [6]

Kemelut lama[sunting | sunting sumber]

Kemelut status M Nagamah telah dilaporkan oleh akhbar The Star pada 23 Februari 2007, ketika si mati masih lagi hidup. Laporan itu menyatakan bahawa 10 anaknya mahu agama Hindu dicatat dalam MyKad mereka kerana mereka mengamalkan agama Hindu. Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng cuba membantu masalah mereka yang mahu menukar status (murtad) dari Islam ke Hindu .

Walaupun bapa mereka Ibrahim Noyah berugama Islam namun membesar dengan amalan agama Hindu. Pada 16 Februari 2007, mereka mengemukakan pengakuan bersumpah di Mahkamah Majistret Seberang Perai Selatan mengaku bahawa mereka telah mengamalkan agama Hindu sejak lahir. Asalnya Ibrahim Noyah telah berkahwin dengan seorang Islam bernama Sabariah pada 1958. Selepas itu Ibrahim Noyah berkahwin dengan jirannya M Nagamah (seorang penganut Hindu) tetapi perkahwinan itu tidak didaftarkan. Malahan tiada syarat menukar agama ketika perkahwinan.

Pada 27 Februari 2007, akhbar The Star sekali lagi menyiarkan gambar keluarga M Nagamah yang masih mahu kekal sebagai Islam pula. Ibrahim Noyah dilaporkan buta pula . Tarikh 2005 atau 2006 memeluk Islam didapati bercanggah / perlu siasatan lanjut.

J Dhinagaran selaku Ketua Pemuda MIC mahu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan semua pemimpin India dalam Pakatan Rakyat bangkit menyelesaikan isu 'curi abu mayat' ini.

Kes bandingan[sunting | sunting sumber]

  1. Pada September 2011, jasad Lawrence Selvananthan, 33, juga telah diambil oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan .[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Exco: Mayat wanita dibakar seorang Islam
  2. ^ "No dignity in life or death". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-24. Dicapai pada 2012-08-24.
  3. ^ Outcry over seizure of woman's cremated remains by JAIPP
  4. ^ "No dignity in life or death". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-24. Dicapai pada 2012-08-24.
  5. ^ "Cremated woman was Muslim, says Abdul Malik". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-27. Dicapai pada 2012-08-24.
  6. ^ [Penang religious body seizes cremated remains of Indian woman, claims she's Muslim]
  7. ^ "Body ash grab: Penang MIC Youth wants CM to act". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-27. Dicapai pada 2012-08-24.