Masjid Al Fateh
| Masjid Besar Al-Fateh | |
| 250px
Masjid Al-Fateh pada waktu malam. |
|
| Maklumat umum | |
|---|---|
| Lokasi | Manama, |
| Koordinat geografi | 23°13′08″U 50°35′53″T / 23.21889°U 50.59806°T |
| Hubungan keagamaan | Islam |
| Daerah | Manama |
| Status ecclesiastical | Masjid |
| Keterangan seni bina | |
| Jenis seni bina | Masjid |
| Gaya seni bina | Seni bina Islam |
| Arah muka bangunan | Tenggara |
| Tarikh siap | 1990-an |
| Spesifikasi | |
| Kapasiti | 7,000 |
| Panjang | 100 m (328 kaki) |
| Lebar | 75 m (246 kaki) |
| Bilangan kubah | 1 |
| Diameter kubah (luar) | 24 m (79 kaki) |
| Bilangan menara masjid | 2 |
| Bahan | Konkrit, kaca gentian |
Masjid Al-Fatih (juga dikenali sebagai Pusat Islam Al-Fateh dan Masjid Besar Al Fateh) (Bahasa Arab: مسجد الفاتح; transliterasi: Masjid al-Fatih) merupakan salah satu masjid terbesar di dunia, yang boleh memuatkan seramai 7,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini merupakan tempat beribadat yang terbesar di Bahrain. Ia terletak bersebelahan Lebuhraya King Faisal di Juffair, sebuah bandar yang terletak di ibu negara Manama. Masjid ini terletak berdekatan dengan Istana Diraja Bahrain, iaitu kediaman rasmi Raja Bahrain Hamad ibn Isa Al Khalifah. Kubah besar yang dipasang di atas Masjid Al-Fatih dibuat daripada gentian kaca asli. Beratnya lebih 60 tan (60,000 kg), dan merupakan kubah gentian kaca terbesar di dunia. Perpustakaan Negara Bahrain yang dibuka kepada orang ramai pada 2006 juga terletak dalam perkarangan Masjid Al-Fateh. Masjid ini telah dibina oleh Allahyarham Sheikh Isa ibn Salman Al Khalifa pada tahun 1990-an. Ia dinamakan sempena penakluk Bahrain, Ahmed Al Fateh.