MasterChef Malaysia
| MasterChef Malaysia | |
| Genre | Memasak |
|---|---|
| Format | Rancangan Realiti |
| Pengacara | Moh Johari Edrus (Chef Jo), Yahaya Bin Hassan (Chef Yahaya),Priya Menon (Chef Priya), Chef Rizz |
| Negara asal | |
| Bahasa | Bahasa Malaysia |
| Bilangan musim | 1 |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Astro Ria |
| Format gambar | 480i (SDTV) |
| Format audio | Stereo |
| Siaran asal | 22 Oktober 2011 |
| Pautan luar | |
| Tapak sesawang rasmi | |
MasterChef Malaysia ialah pertandingan memasak seperti MasterChef di negara lain seperti Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, India, Sweden, Indonesia. Pertandingan ini akan datang pada musim pertama di Astro Ria dan bakal tayang pada 22 September 2011.
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah Masterchef Malaysia
Setelah menjalani ujibakat di 5 lokasi seluruh negara, program realiti hiburan berkonsepkan masakan yang bakal menemui anda di Malaysia, MasterChef Malaysia bakal menemui anda di Astro Ria (Saluran 104) mulai 22 Oktober 2011. Rancangan yang sudah lama dinantikan oleh penonton di Malaysia ini bakal bersiaran bermula 22 Oktober ini di Astro Ria (saluran 104) dan MasterClass (Kuliah Master) di STAR World (saluran 711) bermula 27 Oktober 2011.
Rancangan ini bermula pada tahun 2009 di Australia dan mengukir sejarah tersendiri apabila mencatatkan jumlah penonton tertinggi di sana untuk rancangan bukan sukan iaitu seramai 4 juta penonton pada peringkat akhir tahun 2010. Fenomena hebat ini diteruskan oleh MasterChef UK yang turut menayangkan rancangan ini di 145 negara. Turut menjadi perhatian adalah MasterChef US dan MasterChef France yang semakin popular dikalangan jutaan penonton diseluruh dunia.
STAR World akan menyiarkan Kuliah Master (MasterClass) yang akan menampilkan ramai selebriti dan para selebriti chef manakala program-program yang lain akan diudarakan di Astro Ria. Sebanyak enam program akan ditayangkan selama seminggu iaitu Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa (Sabtu), Ujian Sajian Pantas dan Penyingkiran (Ahad), Cabaran Chef Selebriti (Isnin), Cabaran Sajian Luar (Selasa), Penyingkiran (Rabu) dan Kuliah Master (Jumaat).
40 orang peserta yang telah terpilih rata-rata mempunyai kualiti yang baik dan berpotensi untuk pergi jauh. Mereka datang daripada pelbagai latarbelakang seperti pelakon, doktor pergigian, pereka fesyen, penoreh getah dan pelajar universiti. Sewaktu di Bootcamp, kesemua peserta terpaksa mengharungi beberapa siri rintangan dan penyingkiran sebelum 24 peserta terbaik berjaya meneruskan perjalanan mereka dalam MasterChef Malaysia. Pada penghujung rancangan ini, hanya seorang akan dinobatkan sebagai juara MasterChef Malaysia.
Jangan lupa untuk menyaksikan MasterChef Malaysia dengan episod Peti Saji Misteri dan Ujian Cipta Rasa di Astro Ria (saluran 104) bermula 22 Oktober 2011 dan Kuliah Master di Star World (saluran 711) bermula 27 Oktober 2011 manakala Kuliah Master di Astro Ria (saluran 104) akan bermula minggu berikutnya pada 4 November 2011. Selamat menonton!
[sunting] Format Masterchef Malaysia
MasterChef memberikan inspirasi dan peluang kepada chef baru mencungkil bakat mereka dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman di dalam industri masakan.Rancangan ini akan membuka ruang kepada chef chef ini untuk mengubah kerjaya, impian dan aspirasi kehidupan mereka ke suatu tahap yang boleh dibanggakan.
[sunting] Episod
MasterChef Malaysia mempunyai format yang berbeza dalam setiap episod. Format episod tipikal adalah seperti berikut:
1.Hari Sabtu adalah cabaran Peti Saji Misteri. Setiap peserta diberi kotak yang mengandungi bahan-bahan masak yang sama dan perlu menyediakan suatu hidangan yang menggunakan bahan-bahan yang diberikan saja. Hidangan ini akan dirasakan oleh Chef MCM, dan seorang pemenang akan dipilih. Pemenang Peti Saji Misteri akan diberi peluang untuk memilih sajian utama untuk cabaran Ujian Cipta Rasa. Peserta-peserta perlu mencipta satu hidangan dengan menggunakan Sajian Utama yang dipilih itu.
2.Hari Ahad membawakan Ujian Sajian Pantas ataupun Penyingkiran Uji Rasa. Tiga peserta yang tidak dapat memuaskan Chef MCM dari cabaran malam sebelumnya akan diberikan resipi untuk satu hidangan tertentu. Mereka perlu menghasilkan hidangan yang sama dalam masa yang diperuntukkan. Peserta yang membuat hidangan yang kurang memuaskan akan disingkir dari pertandingan ini.
3.Hari Isnin - Cabaran Chef Selebriti, di mana pemenang cabaran hari Sabtu akan bersaing dengan seorang chef tetamu. Pemenang cabaran ini akan dianugerahkan satu pin imuniti yang membenarkan peserta ini mengelakkan satu penyingkiran.
4.Hari Selasa membawakan Cabaran Sajian Luar. Para peserta akan dibahagikan kepada pasukan yang terdiri daripada bilangan yang sama dan diberi tugas dan jangka masa yang ditetapkan untuk melengkapkan cabaran ini. Tugas adalah seperti memasak untuk fungsi tali leher hitam atau kem tentera. Pasukan yang kalah akan menghadapi penyingkiran malam seterusnya.
5.Hari Rabu merupakan satu lagi pusingan penyingkiran. Peserta dalam pasukan kalah bersaing antara satu sama lain untuk menyingkirkan seorang lagi perserta dari pertandingan ini.
6.Hari Sabtu juga adalah Kuliah Master. Di sini, para hakim menjalankan satu kuliah untuk peserta yang masih tinggal dalam pertandingan ini. Biasanya, para hakim meninjau kembali cabaran yang telah diadakan dalam minggu yang lalu.
[sunting] Musim
[sunting] Musim 1
-
Lihat juga: MasterChef Malaysia (Musim 1)
MasterChef Malaysia Musim 1 secara rasmi ke udara pada 22 Oktober 2011 pada waktu 9:00 malam (Waktu Malaysia) di Astro Ria. Top 40 Peserta telah mengumumkan di Laman Web Rasmi MasterChef Malaysia.
[sunting] Pautan luar
|
||||||||||||||
|
||||||||||||||||