Monsun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Awam monsun menyelubungi bandaraya Lucknow, Uttar Pradesh.

Monsun pada mulanya memaksudkan angin pembalik bermusim yang diiringi oleh perubahan musim dalam kerpasan,[1] tetapi kini pula menyifatkan perubahan bermusim dalam peredaran atmosfera dan kerpasan.[2] Sistem-sistem monsun utama di dunia terdiri daripada monsun Afrika Barat dan monsun Asia-Australia, tetapi mungkin juga termasuk sekali monsun Amerika Utara dan Amerika Selatan yang mengalami pembalikan angin yang tidak lengkap.

Perkataan monsun berasal daripada bahasa Portugis iaitu monção, yang terbit daripada perkataan Arab mawsim (موسم "musim").[3] Dari istilah Arab tersebut, terbitnya juga perkataan mausam (मौसम, موسم) dalam bahasa Hindi, Urdu dan bahasa-bahasa India Utara lain yang bermaksud "cuaca".[4] Sebelum diperkenalkan dalam kosa kata bahasa Melayu, istilah monsoon mula dipakai dalam bahasa Inggeris di India British (kini India, Bangladesh dan Pakistan) dan negara-negara jirannya untuk memaksudkan angin kencang bermusim yang bertiup dari Teluk Benggala dan Laut Arab di barat daya yang membawa hujan lebat ke situ.[5] Dalam bidang hidrologi, dikira bahawa curahan hujan monsun berlaku di mana-mana kawasan yang menerima kebanyakan besar hujannya pada musim tertentu; oleh itu hujan monsun bukan sahaja turun di kawasan monsun bahkan juga tempat-tempat lain di dunia yang mengalami curahan hujan sedemikian (iaitu tidak dipastikan kewujudan sistem monsun).[6]

Proses[sunting | sunting sumber]

Monsun boleh dianggap sebagai bayu laut besar-besaran, disebabkan pemanasan bermusim, diikuti hasilnya iaitu timbulnya tekanan rendah terma yang melanda daratan kebenuaan, yang disebabkan oleh amplitud kitaran musim suhu daratan yang lebih besar berbanding lautan berdekatan. Pemanasan berbezaan ini berlaku kerana haba dalam lautan bercampur secara menegak melalui "lapisan bercampur" yang mungkin sedalam 50 meter, melalui tindakan gelora janaan angin dan keapungan, sedangkan permukaan darat perlahan pengaliran habanya, dengan penembusan isyarat bermusim yang lebih kurang sedalam semeter sahaja. Tambahan pula, muatan haba tentu air cecair jauh lebuh tinggi berbanding dengan bahan-bahan yang membentuk daratan. Faktor-faktor tersebut secara bersamanya bererti bahawa muatan haba lapisan yang terlibat dalam kitaran musim adalah lebih besar di atas lautan berbanding di atas daratan, dengan hasilnya iaitu udara di atas daratan lebih cepat memanas berbanding udara di atas lautan. Udara panas di atas daratan cenderung menaik, maka terjadinya kawasan tekanan rendah. Ini menjadikan angin mantap bertiup ke arah daratan, membawa bersamanya udara yang lembap dari dekat permukaan lautan.[7] Curahan hujan seumpamanya terjadi daripada udara lembap dari lautan yang dinaikkan oleh gunung,[8] pemanasan permukaan,[9] penumpuan di permukaan,[10] capahan di langit, ataupun aliran keluar hasil ribut pada permukaan.[11] Walaupun begitu, apabila dinaikkan, udara menyejuk kerana tekanan rendah yang mengembang, lalu menyebabkan penyejatan.

Pada musim sejuk, daratan cepat menjadi sejuk, tetapi lautan pula lebih lama menyimpan haba. Udara sejuk di atas daratan menimbulkan kawasan tekanan tinggi yang menghasilkan bayu dari daratan ke lautan.[7] Monsun adalah ibarat bayu laut dan darat, iaitu istilah yang biasanya memaksudkan kitaran peredaran harian berhampiran kawasan pantai setempat, itupun lebih besar, lebih kuat dan bermusim.[12]

Semakin mendalam pemahaman monsum, semakin luasnya pengertian istilah monsun untuk merangkumi hampir semua fenomena yang dikaitkan dengan kitaran cuaca tahunan dalam kawasan tanah tropika dan hampir tropika di Bumi.

Sistem monsun[sunting | sunting sumber]

Dengan semakin bertambahnya pengetahuan mengenai monsun, definisi "monsun" telah melebar, dan kini termasuk segala fenomena yang berkaitan dengan siklus cuaca tahunan di benua Asia, Australasia, dan Afrika yang tropika dan subtropika serta lautan dan samudera di wilayah-wilayah tersebut. Di daerah-daerah inilah siklus-siklus peristiwa cuaca yang paling hebat dan dramatik di Bumi terjadi.

Selain itu, sistem Monsun juga diketahui selalunya terjadi saat pembentukan benua-benua raksasa seperti Pangea bersama dengan cuaca kontinental yang ekstrim.

Angin Monsun Barat (Asia)[sunting | sunting sumber]

Angin Monsun Barat adalah angin yang bertiup sekitar bulan Oktober - April di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Angin ini bertiup saat matahari berada di belahan bumi selatan, yang menyebabkan benua Australia musim panas, sehingga bertekanan minimum dan Benua asia lebih dingin, sehingga tekananya maksimum. Menurut hukum Buys Ballot, angin akan bertiup dari daerah bertekanan maksimum ke daerah bertekenan minimum, sehingga angin bertiup dari benua Asia menuju benua Australasia, dan kerana menuju ke Selatan Khatulistiwa/Equator, maka angin akan dibelokkan ke arah kiri. Pada waktu ini, Indonesia dan Malaysia khususnya akan mengalami musim hujan akibat adanya massa wap air yang dibawa oleh angin ini, saat melalui lautan luas di bahagian utara (Samudera (Lautan) Pasifik dan Laut Cina Selatan).

Angin Monsun Timur[sunting | sunting sumber]

Angin Monsun Timur adalah angin yang bertiup pada bulan April - Oktober di Indonesia dan Malaysia khususnya. Angin ini bertiup saat matahari berada di belahan bumi utara, sehingga menyebabkan benua Australasia musim dingin, sehingga bertekanan maksimum dan Benua asia lebih panas, sehingga tekananya minimum. Menurut hukum Buys Ballot, angin akan bertiup dari daerah bertekanan maksimum ke daerah bertekenan minimum, sehingga angin bertiup dari benua Australasia menuju benua Asia, dan karena menuju Utara Khatulistiwa/Equator, maka angin akan dibelokkan ke arah kanan. Pada waktu ini, Indonesia akan mengalami musim kemarau akibat angin tersebut melalui gurun pasir di bagian utara Australia yang kering dan hanya melalui lautan sempit.Angin Monsun Timur Laut bertiup merentasi Laut China Selatan dan sampai ke pantai timur Semenanjung Malaysia dengan kelajuannya 57 kilometer sejam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ramage, C., Monsoon Meteorology. International Geophysics Series, Vol. 15, 296 pp., Academic Press, San Diego, Calif. 1971.
  2. Trenberth, .K.E., Stepaniak, D.P., Caron, J.M., 2000, The global monsoon as seen through the divergent atmospheric circulation, Journal of Climate, 13, 3969-3993.
  3. OED online
  4. Richard Delacy, Parvez Dewan (1998), Hindi & Urdu phrasebook, Lonely Planet, ISBN 0864424256, http://books.google.com/books?id=QkJH90HBlekC, "... What's the weather like? Mausam kaisa hai? ..." 
  5. Glossary of Meteorology (June 2000). "Monsoon". American Meteorological Society. http://amsglossary.allenpress.com/glossary/search?p=1&query=monsoon&submit=Search. Capaian 2008-03-14. 
  6. International Committee of the Third Workshop on Monsoons. The Global Monsoon System: Research and Forecast. Retrieved on 2008-03-16.
  7. 7.0 7.1 Dr. Louisa Watts (2009). What causes the west African monsoon? National Centre for Environmental Science. Retrieved on 2009-04-04.
  8. Dr. Michael Pidwirny (2008). CHAPTER 8: Introduction to the Hydrosphere (e). Cloud Formation Processes. Physical Geography. Retrieved on 2009-01-01.
  9. Bart van den Hurk and Eleanor Blyth (2008). Global maps of Local Land-Atmosphere coupling. KNMI. Retrieved on 2009-01-02.
  10. Robert Penrose Pearce (2002). Meteorology at the Millennium. Academic Press, p. 66. ISBN 9780125480352. Retrieved on 2009-01-02.
  11. Glossary of Meteorology (June 2000). "Gust Front". American Meteorological Society. http://amsglossary.allenpress.com/glossary/search?p=1&query=gust+front&submit=Search. Capaian 2008-07-09. 
  12. BBC Weather (2004-09-01). "The Asian Monsoon". http://www.bbc.co.uk/weather/features/understanding/monsoon.shtml. Capaian 2008-05-22. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]