Mauricio Funes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mauricio Funes
Mauricio Funes (Brasilia, May 2008).jpg

Penyandang
Tempoh jawatan 
1 Jun 2009
Naib Presiden Salvador Sánchez Cerén
Didahului oleh Antonio Saca

Lahir 18 Oktober 1959 (54 tahun)
San Salvador, El Salvador
Parti politik Farabundo Martí National Liberation Front
Pasangan Wanda Pignato
Religion Katolik Rom

Carlos Mauricio Funes Cartagena (lahir 18 Oktober 1959 di San Salvador) merupakan Presiden El Salvador. Dia memenangi pilihan raya presiden El Salvador 2009 sebagai calon sayap kiri Parti Pembebasan Kebangsaan Farabundoí Marti (FMLN) mulai 1 Jun 2009

Kewartawanan[sunting | sunting sumber]

Funes merupakan seorang wartawan popular di televisyen. Dia bertugas di Channel 12 dan CNN en Español. Dia menjadi pemberita semasa Perang Saudara Salvadora. Dia pernah menemubual ketua pemberontak haluan kiri.

Pilihan raya 2009[sunting | sunting sumber]

Funes dicalonkan menjadi calon parti FMLN pada 28 September 2007 menentang calon Parti Nasionalis Republikan iaitu Rodrigo Ávila iaitu bekas timbalan pengarah Polis San Salvador. Funes memenangi pilihan raya presiden El Salvador 2009, dengan majoriti mutlak 51.23% undi. Dia pemimpin FMLN pertama yang tidak berjuang di perang saudara. Kempen presidennya menekankan dasar politik sederhana. Dia berjanji menaikkan cukai pada orang kaya demi penjagaan kesihatan di kawasan luar bandar dan pencegahan jenayah. Pengkritik menuduhnya pro [[Venezuela]. Tetapi beliau menekankan tumpuan kepada integrasi dengan Amerika Tengah dan diplomasi dengan Amerika Syarikat.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Funes berkahwin dengan Dr Vanda Pignato yang aktif dalam Parti Buruh Brazil. Mereka mempunyai anak lelaki, Jibrail. Funes menerima diploma Sekolah Tinggi (Bachillerato) daripada Externado San José dan kemudian meneruskan jurusan kesusasteraan di Universidad Centroamericana "José Simeón Cañsebagai" (UCA) di San Salvador. Pada 1994 dia dianugerahkan Maria Moors Cabot Prize daripada Universiti Columbia kerana meningkatkan kebebasan akhbar dan pemahaman inter-Amerika.

Abang Funes terbunuh semasa Perang Saudara San Salvador.Anak lelaki tertuanya, Alejandro Funes Velasco, (27 tahun) mati selepas diserang penjenayah Morocco di Paris, Perancis, ketika belajar fotografi.