Maghribi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Morocco)
Lompat ke: pandu arah, cari
Kerajaan Maghribi
المملكة المغربية
Al-Mamlakah al-Maghribīyyah

Royaume du Maroc
Bendera Maghribi Lambang Maghribi
Bendera
Cogan kata الله، الوطن، الملك  (Arab)
"Allāh, Al-Waţan, Al-Malik"  (transliteration)
"Allah, Negara, Raja"
LaguHymne Chérifien
Lokasi Maghribi
Kawasan berjalur di dalam peta menunjukkan Sahara Barat, yang mana sebahagian besarnya adalah de facto ditadbir oleh kerajaan Maghribi sebagai "Wilayah Selatan". Kedaulatannya bagaimanapun masih dipertikaikan.
Ibu negara Rabat
34°02′U 6°51′B / 34.033°U 6.85°B / 34.033; -6.85
Bandar raya terbesar Casablanca
Bahasa rasmi Bahasa Arab
(Arab Maghribi adalah dialek bahasa.)
Bahasa Perancis
(Bahasa Amazigh, bahasa Sepanyol juga digunakan)
Kerajaan Raja berperlembagaan
 -  Raja Mohammed VI
 -  Perdana Menteri Driss Jettou
Kemerdekaan
 -  dari Perancis 2 Mac 1956 
 -  dari Sepanyol 7 April 1956 
 -  Air (%) negligible
Penduduk
 -  Anggaran 2005 33,241,259 (ke-37)
KDNK (PPP) Anggaran 2005
 -  Jumlah $135.74 bilion (ke-54)
 -  Per kapita $4,503 (ke-109)
HDI (2004) 0.640 (medium) (ke-123)
Mata wang dirham Maghribi (MAD)
Zon waktu UTC (UTC+0)
 -  Musim panas (DST) UTC (UTC+0)
Internet TLD .ma
Kod panggilan 212
Semua data tidak termasuk Sahara Barat All data excludes Western Sahara, much of which is under Moroccan de facto administrative control.

Maghribi (المغرب), (Bahasa Arab: Al-Mamlakah al-Maġribiyyah - المملكة المغربية‎ ; bahasa Berber: Tageldit n Lmeghrib Km logo.jpg) ialah sebuah negara di Afrika Utara yang mempunyai satu garis pinggir laut yang panjang di sepanjang Lautan Atlantik yang menjangkau Selat Gibraltar sehingga Laut Mediterranean. Negara ini bersempadan dengan Algeria di timur, Laut Mediterranean dan Sepanyol di utara, dan Lautan Atlantik di barat. Sempadan selatannya telah dipertikaikan. Maghribi menuntut hak milik Sahara Barat dan telah mentadbirkan kebanyakan wilayah itu sejak tahun 1975.

Maghribi, sebuah negara yang mengamalkan raja berperlembagaan, merupakan negara Afrika tunggal yang bukan ahli Kesatuan Afrika. Bagaimanpun, Maghribi adalah ahli Liga Arab, Kesatuan Maghrib Arab, Pertubuhan Persidangan Islam, Kumpulan Dialog Mediterranean, Kumpulan 77, La Francophonie serta sebuah sekutu bukan NATO Amerika Syarikat yang utama.

Isi kandungan

[sunting] Nama

Nama penuh untuk Maghribi dalam bahasa Arab bermaksud "Kerajaan Barat". Untuk rujukan sejarah, ahli-ahli sejarah biasanya merujuk kepada Maghribi sebagai Al Maghrib al Aqşá ("Yang Paling Barat") untuk membezakannya dengan kawasan sejarah yang digelarkan Maghrib (المغرب العربي al-Maġrib al-ʿArabī). Nama Morocco yang digunakan dalam banyak bahasa yang lain berasal daripada nama Marrakech, ibu kotanya yang dahulu. Marrakech pula berasal berasal daripada ungkapan bahasa Berber yang bermaksud "Tanah Tuhan".

[sunting] Sejarah

Rencana utama: Sejarah Maghribi

Kawasan Maghribi moden telah didiami oleh manusia sejak Zaman Neolitik, iaitu sekurang-kurang sejak 8000 SM ketika kawasan Maghrib adalah kurang kering berbanding dengan hari ini. Kebenaran ini telah diakui oleh tanda-tanda budaya Kapsian.

Banyak ahli-ahli teori mempercayai bahasa Berber mungkin tiba pada masa yang lebih kurang sama dengan pertanian (sila lihat Berber), dan diterimaguna oleh penduduk-penduduk di sana bersama-sama dengan pendatang-pendatang yang membawanya. Analisis genetik moden telah mengesahkan bahawa selain daripada kelompok etnik yang utama, iaitu Berber dan Arab, berbagai-bagai kaum yang lain telah menyumbang kepada penduduk-penduduk kini. Ini termasuk orang-orang Phoenicia, Yahudi Sephard, serta Afrika sub-Sahara.

Orang-orang Berber, yang sering dirujuk dalam lingkungan aktivis etnik moden sebagai "Amazigh," lebih biasa dikenali sebagai Berber sahaja, atau mengikut identiti etnik kawasan mereka, umpamanya Chleuh. Pada zaman klasik, Maghribi dikenali sebagai Mauretania, satu nama yang harus tidak dikelirukan dengan negara Mauritania yang moden.

[sunting] Lihat juga

[sunting] Pautan luar

Dinding kota di Rabat.

[sunting] Kerajaan

[sunting] Berita

[sunting] Gambaran keseluruhan

[sunting] Direktori

[sunting] Komuniti

[sunting] Perdagangan dan hubungan luar

[sunting] Tinjauan mengenai Maghribi

[sunting] Pelancongan dan budaya

Wikitravel   Maghribi - Panduan pelancongan daripada Wikitravel.

Koordinat: 34°02′U 06°51′B / 34.033°U 6.85°B / 34.033; -6.85

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain