Mega Man (permainan video)
| Mega Man | |
|---|---|
| Pembangun | Capcom |
| Penerbit | Capcom |
| Pereka | Tokuro Fujiwara (permainan) Keiji Inafune (watak) Manami Matsumae dan Yoshihiro Sakaguchi (penggubah muzik) |
| Siri | Mega Man Classic |
| Pelantar | NES/Famicom, PC, telefon bimbit, Virtual Console |
| Tarikh keluaran | NES MS-DOS 1990 Virtual Console |
| Genre | Aksi/Platformer, Cereka sains |
| Mod | Seorang pemain |
| Penilaian | ESRB: E (Everyone) (sebahagian dari Mega Man Anniversary Collection) |
| Bahantara | 1-megabit kartrij |
| Kaedah input | Pad permainan |
Mega Man, dikenali sebagai Rockman (ロックマン Rokkuman?) di Jepun, ialah sebuah permainan video yang dimajukan dan diterbitkan oleh Capcom pada tahun 1987 bagi NES/Famicom. Ia adalah permainan video pertama yang menampilkan Mega Man selaku watak utama.
Isi kandungan |
Watak [sunting]
Gaya permainan [sunting]
Mega Man terdiri dari enam tahap, dengan Robot Master di akhir setiap tahap mengawal senjata khas. Pemain boleh memilih untuk bermain maha-mana tahap dahulu, dan apabila kesemua enam tahap telah ditewaskan, tahap ketujuh dan terakhir akan dipaparkan di tengah-tengah skrin pemilihan tahap. Tahap terakhir ini boleh dikatakan serupa dengan empat tahap biasa yang bersambung, walaupun sesetengahnya agak pendek, tetapi dengan bos yang lebih hebat dari biasa.
Tahap [sunting]
| Tahap | Robot Master | Senjata (Nama Amerika) | Kelemahan |
|---|---|---|---|
| 1 | Cut Man | Rolling Cutter (Cut Blade) | Super Arm |
| 2 | Guts Man | Super Arm (Guts Power) | Hyper Bomb |
| 3 | Ice Man | Ice Slasher | Thunder Beam |
| 4 | Bomb Man | Hyper Bomb | Fire Storm |
| 5 | Fire Man | Fire Storm | Ice Slasher |
| 6 | Elec Man | Thunder Beam (Elec Beam) | Rolling Cutter |
Kubu bos [sunting]
Selepas mengalahkan kesemua Robot Master, Mega Man terpaksa menghadapi beberapa bos yang dianggap sebagai ketua akhir.
| Bos | Kelemahan |
|---|---|
| Yellow Devil (awalnya dirujuk sebagai "Rock Monster" di Amerika disebabkan peraturan dalaman Nintendo Amerika mengenai rujukan keagaman) | Thunder Beam, Fire Storm (Mega Man Powered Up) |
| Copy Robot, meniru bentuk Mega Man, tetapi tidak dapat meniru bentuk Mega Man Powered Up. | Tiada, Senjata Sepadan (Mega Man Powered Up) |
| CWU-01P | Super Arm |
| Wily Machine Number 1 (Fasa I) | Fire Storm, Senjata Sepadan (Mega Man Powered Up) |
| Wily Machine Number 1/Wily Capsule 1 (Fasa II) | Tiada, Senjata Sepadan (Mega Man Powered Up) |
Penerimaan [sunting]
Mega Man mendapat tempat ke-61 dalam senarai Top 200 Nintendo Power.[1]
Rujukan [sunting]
- ↑ "NP Top 200", Nintendo Power 200: 58-66, Februari 2006.