Michael Servetus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Michael Servetus

Michael Servetus (Miguel Servet), ahli geografi, tabib, psikologi, telah menyumbang bagi kesejahteraan manusia melalui penemuan-penemuan ilmiahnya. Michael Servetus hidup pada zaman pergolakan kekristenan di Eropah.

Pada tarikh 27 Oktober 1553, Michael Servetus dibakar di sebuah tiang di Geneva, Switzerland. Guillaume Farel pengeksekusi dan Vikaris, yang mewakili John Calvin, memberi peringatan kepada orang-orang yang menyaksikannya, "Servetus adalah lelaki bijaksana yang tak salah lagi menganggap dirinya mengajarkan kebenaran, namun dia jatuh ke tangan si iblis. Hati-hati agar perkara yang sama tidak menimpa kalian! "Apa yang telah dilakukan oleh korban yang naas ini sehingga mengalami nasib tragis demikian?

Michael Servetus lahir pada tahun 1511 di desa Villanueva de Sijena, Sepanyol. Sejak muda, dia adalah pelajar yang menonjol. Menurut seorang penulis biografi, "pada waktu berusia 14 tahun, ia telah belajar bahasa Yunani, Latin, dan Ibrani, serta mempunyai cukup banyak pengetahuan tentang falsafah, matematik, dan teologi. "

Sewaktu Servetus masih remaja, Juan de Quintana, pastor peribadi Maharaja Sepanyol, Charles V, menggaji dia sebagai pembantu. Dalam perjalanan tugasnya, Servetus dapat mengamati perpecahan yang mendasar dari agama-agama di Sepanyol, yang telah menghantar orang Yahudi dan Muslim ke pembuangan atau yang memaksa mereka menganut agama Katolik.

Pada usia 16 tahun, Servetus pergi ke Perancis untuk belajar undang-undang di Universiti Toulouse. Di sanalah, untuk pertama kali ia melihat Alkitab yang lengkap. Walaupun membaca Alkitab dilarang keras, Servetus melakukannya secara diam-diam. Setelah menyelesaikan pembacaannya yang pertama, ia bertekad untuk membacanya "seribu kali lagi". Boleh jadi Alkitab yang di pelajari Servetus di Toulouse adalah Poliglot Complutum, sebuah terjemahan yang membolehkan dia membaca Alkitab dalam bahasa asal (Ibrani dan Yunani), beserta terjemahannya dalam bahasa Latin. Pemelajaran Alkitabnya, serta kebobrokan moral dari golongan paderi yang telah ia lihat di Sepanyol membuatnya kehilangan kepercayaan terhadap agama Katolik.

Keraguan Servetus diperkukuhkan lagi ketika ia menghadiri penobatan Carles V. Raja Sepanyol itu dinobatkan sebagai maharaja Imperium Romawi Suci oleh Paus Clement VII. Sang Paus duduk di singgasananya dan menerima sang raja, yang mencium kakinya. Belakangan Servetus menulis, "Saya telah melihat dengan mata kepala saya sendiri bagaimana paus di usung di atas bahu para pangeran, dengan segala kemegahan, disanjung di jalanan oleh kumpulan orang banyak." Servetus tidak habis pikir bagaimana kemegahan yang berlebih-lebihan itu boleh disamakan dengan kesederhanaan yang terdapat dalam Injil.

Carian Servetus akan Kebenaran Agama[sunting | sunting sumber]

Dengan bijaksana Servetus berhenti bekerja pada Quintana dan mula berjuang sendirian mencari kebenaran. Ia percaya bahawa berita Kristus tidak ditujukan kepada kaum agamawan dan ahli falsafah melainkan kepada orang awam yang dapat memahami dan melaksanakannya. Maka, ia memutuskan untuk menyemak teks Alkitab dalam bahasa asal dan menolak ajaran apa pun yang tidak selaras dengan Alkitab. Menarik, kata "Kebenaran" dan kata turunannya lebih sering muncul daripada kata manapun dalam tulisan-tulisannya.

Pembelajaran Servetus dalam bidang sejarah dan Alkitab telah membantunya sampai kepada kesimpulan bahawa selama tiga abad pertama Tarikh Masehi, Kristian telah diselewengkan. Ia mendapati bahawa Konstantin dan para penggantinya telah memperkenalkan ajaran-ajaran palsu yang mengakibatkan diterimanya Tritunggal sebagai doktrin rasmi. Pada usia 20 tahun, Servetus menerbitkan bukunya On the Errors of the Trinity, karya tulis yang menyebabkan dia menjadi sasaran utama Inkuisisi.

Servetus memahami permasalahannya dengan jelas. "Dalam Alkitab," tulisnya, "Tritunggal tidak pernah disebutkan. Kita dapat mengenal Allah, bukan melalui konsep falsafah yang kita banggakan, tetapi melalui Kristus. "Dia juga sampai pada kesimpulan bahawa roh suci, bukan suatu pribadi melainkan tenaga aktif Allah.

Servetus berjaya membangkitkan beberapa reaksi yang positif. Tokoh Reformasi Protestan, Sebastian Franc, menulis, "Servetus, orang Sepanyol itu, dalam risalahnya memberikan argumentasi bahawa hanya ada satu peribadi dalam diri Allah. Tetapi, Gereja Katolik Rom berpegang pada ajaran bahawa ada tiga peribadi dalam satu oknum. Saya lebih sependapat dengan orang Sepanyol itu. "Namun demikian, baik Gereja Katolik Roma maupun gereja-gereja Protestan tidak pernah mengampuni Servetus kerana menentang doktrin utama mereka.

Pembelajaran Alkitab juga membuat Servetus menolak doktrin-doktrin lain dari gereja, dan ia menganggap penggunaan patung-patung tidak berdasarkan Alkitab. Maka, satu setengah tahun selepas ia menerbitkan On the Errors of the Trinity, Servetus dengan respek mengatakan kepada orang Katolik dan Protestan, "Saya tidak bersetuju ataupun menolak semua yang dikatakan oleh setiap pihak. Nampaknya, bagi saya kepercayaan mereka semua sebahagian benar dan sebahagian salah, namun setiap orang melihat kesalahan orang lain dan tidak menyedari kesalahannya sendiri. "Ya, dia berjuang sendirian mencari kebenaran.

Meski tulus, Servetus juga membuat kesimpulan yang keliru. Misalnya, ia mengambil kira bahawa Armagedon dan [[Pemerintahan Milenium Kristus]] akan terjadi semasa hidupnya.

Mencari Kebenaran Sains[sunting | sunting sumber]

Kerana terpaksa melarikan diri dari para penindasnya, Servetus menukar namanya menjadi Villanovanus dan menetap di Paris. Di sana, ia mendapatkan gelar dalam bidang seni dan perubatan. Kerana rasa ingin tahunya akan sains, ia mengamalkan pembedahan mayat agar dapat memahami cara bekerjanya tubuh manusia. Sebagai hasilnya, Servetus mungkin menjadi orang Eropah pertama yang menjelaskan adanya peredaran darah di paru-paru. Penemuannya ini dicantumkan dalam karyanya The Restitution of Christianity. Ia menemukan hal baru ini 75 tahun sebelum sistem peredaran darah yang lengkap dijelaskan oleh William Harvey.

Servetus juga mempersiapkan sebuah edisi baru Geography Ptolemeus. Karya ini begitu bagus sehingga ada yang menjuluki dia sebagai bapak geografi dan etnografi. Belakangan, sewaktu diadili di Geneva, Servetus dikecam kerana telah melukiskan negeri Palestin sebagai suatu daerah yang tandus dan kurang subur. Servetus membela diri dengan mengatakan bahawa penjelasannya memaksudkan keadaan pada waktu itu, bukan padazaman Musa, yang pasti melimpah dengan susu dan madu.

Servetus juga menulis buku Universal Treatiseon Syrups yang memberikan pendekatan baru dan seimbang terhadap suatu bentuk ubat-ubatan. Banyaknya pengetahuan perubatan dalam buku itu membuat dia menjadi perintis dalam bidang farmatologi dan penggunaan vitamin. Mengingat keahlian Servetus dalam begitu banyak bidang, seorang sejarawan menggambarkan dia sebagai "orang yang paling pintar sepanjang sejarah manusia, orang yang memberi sumbangan bagi kebudayaan universal".

Penentang yang Sengit[sunting | sunting sumber]

Pencari kebenaran selalu mempunyai banyak penentang. (Lukas 21:15) Salah satu dari antara sekian banyak musuh Servetus adalah John Calvin, yang telah mendirikan sebuah negara Protestan yang autoritarian di Geneva. Menurut sejarawan Will Durang, "kediktatoran [Calvin] tidaklah dipengaruhi oleh undang-undang atau kekerasan melainkan oleh kehendak dan keperibadiannya yang kuat," dan Calvin "sama mutlaknya dengan paus manapun dalam menolak kepercayaan individu".

Servetus mungkin bertemu dengan Calvin di Paris sewaktu mereka masih muda. Sejak awal sudah ada pertentangan keperibadian di antara mereka, dan Calvin menjadi musuh Servetus yang sengit. Walaupun Calvin seorang pemimpin Reformasi, akhirnya ia menuduh Servetus di hadapan Inkuisisi Katolik. Servetus berhasil lolos dari Perancis dengan susah payah, hanya patungnya atau tiruannya yang dibakar. Namun, ia dikenali dan dipenjarakan di sempadan Geneva. Di daerah itu, ucapan Calvin merupakan undang-undang.

Calvin melayan Servetus dengan kejam di penjara. Tetapi, sewaktu berdebat dengan Calvin selama pengadilannya, Servetus menawarkan untuk mengubah pandangannya asalkan penentangnya boleh memberikan alasan berdasarkan Alkitab untuk meyakinkan dia. Calvin tidak berjaya melakukannya. Setelah diadili, Servetus divonis untuk dibakar di tiang. Menurut beberapa sejarawan, Servetus adalah satu-satunya penentang di bidang agama yang patungnya dibakar oleh orang Katolik dan orangnya sendiri dibakar hidup-hidup oleh orang Protestan.

Pencetus Kebebasan Beragama[sunting | sunting sumber]

Walaupun Calvin menyingkirkan saingan peribadinya, dia kehilangan wewengan moralnya. Pelaksanaan yang tidak adil terhadap Servetus menimbulkan kemarahan orang-orang yang rasional di seluruh Eropah, dan menjadi hujah yang sangat kuat bagi para pejuang kemerdekaan individu yang mendesak bahawa seseorang tidak boleh dibunuh kerana kepercayaan agamanya. Para pejuang itu semakin bertekad untuk terus memperjuangkan kebebasan beragama.

Penyair Itali Camillio Renato memprotes, "Baik Allah maupun roh-Nya tidak menganjurkan tindakan demikian. Kristus pun tidak melayan orang-orang yang menyangkal dia dengan cara demikian. "Dan humanis Pranis, Sebastien Chateillon menulis," Membunuh seseorang tidaklah melindungi suatu doktrin, itu tetap suatu pembunuhan. "Servetus sendiri pernah berkata, "Saya menganggap hal yang serius bila orang-orang dibunuh hanya kerana mereka salah dalam menafsirkan Alkitab, apalagi kalau kita tahu bahawa orang-orang yang dipilih pun boleh terjerumus ke dalam kesalahan."

Berkenaan kesan yang sangat kuat dari pelaksanaan Servetus, buku Michael Servetus-Intellectual Ciant, Humanist, and Martyr berkata, "Kematian Servetus merupakan titik balik dalam ideologi dan cara berfikir yang umum sejak abad keempat." Buku itu juga mengatakan, " dari sudut pandang sejarah, Servetus mati agar kebebasan hati nurani dapat menjadi hak sivil seseorang dalam masyarakat moden. "

Pada tahun 1908, sebuah monumen untuk Servetus ditubuhkan di bandar Annemasse, di Perancis, kira-kira 5 kilometer dari lokasi dia dibunuh. Di sana, terdapat sebuah tulisan yang berbunyi, "Michael Servet [us], ahli geografi, tabib, ahli psikologi, telah menyumbang bagi kesejahteraan manusia melalui penemuan-penemuan ilmiahnya, pengabdiannya terhadap orang sakit dan miskin, dan perjuangan yang gigih demi kebebasan berfikir dan berhati nurani ... Keyakinannya tak berbelah bahagi. Dia mengorbankan hidupnya demi kebenaran. "

Usaha pencarian Servetus akan kebenaran telah membuatnya menggunakan nama Yehuwa. Beberapa bulan selepas William Tyndale menggunakan nama ini dalam terjemahan Pentateuch-nya, Servetus menerbitkan buku On the Errors of the Trinity-yang di dalamnya ia menggunakan nama Yehuwa. Dalam karya ini ia menjelaskan, "Nama lain, yang paling kudus dari semuanya, [Yehuwa], dapat diertikan sebagai berikut, .. 'Ia yang menyebabkan ada', 'Ia yang menjadikan ada', 'penyebab existensi'. Dia mengatakan, "Nama Yehuwa dengan tepat hanya disandang oleh sang Bapak."

Pada tahun 1542, Servetus juga mengedit Alkitab terjemahan Latin oleh Santes Pagninus yang terkenal. Dalam catatan pinggirnya yang menyeluruh, Servetus kembali menonjolkan nama ilahi. Dia menyenaraikan nama Yehuwa dalam catatan pinggir dari ayat-ayat kunci seperti Mazmur 83:18, yang memuat kata "Tuhan" dalam teks ayat itu. "

Dalam karya tulisannya yang terakhir, The Restitution of Christianity, Servetus mengatakan berkenan nama ilahi, Yehuwa, "Jelaslah ... bahawa ada banyak yang mengucapkan nama ini pada zaman dulu."

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Michael Servetus Penyelidikan