Mohd Daudsu Jamaluddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohd Daudsu Jamaluddin
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Daudsu Jamaluddin
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Johor Darul Takzim FC
Nombor 15
Kerjaya remaja
2002-2003 Kelantan FA
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003-2004 Kelantan TNB 0 (0)
2005-2006 Kelantan FA 0 (0)
2006-2008 Johor FC 0 (0)
2009-2013 Kelantan FA 0 (0)
2014-2015 Johor Darul Takzim FC 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2006-2007 Malaysia Malaysia B-23 15 (0)
2007- Malaysia Malaysia 10 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 1 Disember, 2013
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 1 Disember, 2013

Mohd Daudsu Jamaluddin (lahir pada 18 Mac, 1985 di Kota Bharu, Kelantan) merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia yang bermain bersama Johor Darul Takzim FC di Liga Super Malaysia. Dia merupakan pemainPasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Daudsu memulakan kerjaya bola sepak bersama skuad Kelantan TNB. Dia kemudiannya menyertai Kelantan FA dimana dia hanya bertahan selama semusim. Daudsu kemudian berhijrah ke Johor dan menyertai Johor FC. Pencapaian terbaik Daudsu bersama Johor FC ialah membawa pasukan itu ke separuh akhir Piala Malaysia 2008.

Daudsu membuat penampilan pertama bersama skuad utama Malaysia ketika kelayakan Piala Dunia 2010 zon Asia menentang Bahrain. Dia merupakan salah seorang tonggak pasukan bawah 23 tahun Malaysia yang menjuarai Pesta Bola Merdeka 2007. Pada tahun 2008, Daudsu terpilih untuk menentang Chelsea F.C. tetapi tidak diturunkan semasa perlawanan.

Kehidupan sekarang[sunting | sunting sumber]

Daudsu telah mengakhiri kerjayanya sebagai pemain bola sepak berikutan bergelut kecederaan dan ketiadaan mana-mana kelab ingin ambil beliau selepas menamatkan kontrak dengan Macerra Kuantan , kini beliau menceburkan perniagaan padang Sintetik dengan sebuah syarikat tanaman tempatan Sebelum itu ketika pandemik Covid 19 Daudsu melibatkan dalam permainan E-Sukan disamping menjana pendapatan semasa pandemik berlangsung

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]