Mohd Nasril Nourdin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohd Nasril Nourdin
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Nasril bin Mat Nourdin
Tarikh lahir (1986-04-17) 17 April 1986 (umur 38)
Ketinggian 1.85 m (6 ka ​ 1316 in)
Posisi permainan penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
PerakPerak FA
Kerjaya remaja
PerakPerak FA
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005-2008 PerakPerak FA
2009 SelangorSelangor FA
2010 MalaysiaATM FA
2011 PerakPerak FA
Pasukan kebangsaan
2005-2009 MalaysiaMalaysia B-23 4 (0)
2011 MalaysiaMalaysia 0 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada October 29, 2008
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga October 29, 2008

Mohd Nasril Nourdin (lahir 17 April 1986) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia sebagai seorang penjaga gol bagi Perak FA. Beliau adalah ahli pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Karier[sunting | sunting sumber]

Permulaan[sunting | sunting sumber]

Nasril merupakan graduan dari Sekolah Sukan Bukit Jalil. Beliau melibatkan diri di dalam Sukan Sukma 2002 , mewakili Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia(MSSM).[1] Bagi Sukma 2006 , walau bagaimana pun, beliau mewakili negeri Perak.[2]

Nasril memulakan kariernya bermain untuk pasukan simpanan Perak FA, tetapi kecederaan kepada penjaga gol pilihan pertama Mohd Hamsani Ahmad, ditambah dengan kehilangan prestasi bagi penjaga gol gantian Tay Sin Kiat memaksa jurulatih Steve Darby untuk menurunkan Nasril.

Pasukan utama Perak[sunting | sunting sumber]

Nasril membuat penampilan sulungnya untuk pasukan utama Perak pada Disember 4, 2005 di dalam perlawanan Piala Sumbangsih Malaysia menentang Selangor yang berkesudahan Perak menang 4-1. Persembahan Nasril mendapat pujian media dan jurulatihnya Steve Darby.

Nasril terus dipilih sebagai penjaga gol utama Perak, walaupun Hamsani pulih daripada kecederaan.

Nasril telah dicalonkan sebagai salah seorang daripada tiga penjaga gol terbaik di dalamAnugerah Bola Sepak Malaysia, yang telah diadakan pada tahun 2006. Calon-calon lain termasuklah Terengganu's Mohd Syamsuri Mustafa dan Negri Sembilan Azizon Abdul Kadir. Syamsuri kemudiannya telah memenangi anugerah berkenaan.[3]

Minat Blackburn[sunting | sunting sumber]

Pada September 2006, wujudnya laporan bahawa kelab Liga Perdana Inggeris Blackburn Rovers sedang memantau perkembangan Nasril. Dilaporkan bahawa pegawai pemantau bakat Blackburn, Mike Riggs mahu memberi tempoh percubaan terhadap Nasril di Blackburn. Namun begitu, terdapat halangan dari segi permit kerja di England kerana pasukan Malaysia hanya berada di tangga ke-154 dalam ranking FIFA, sedangkan untuk mendapatkan permit kerja, pasukan kebangsaan perlu berada sekurang-kurangnya di tangga ke 70. Sehingga April 2007, tiada sebarang susulan dari pihak Blackburn.[4]

Berhijrah keluar[sunting | sunting sumber]

Nasril berhijrah ke Selangor FA untuk musim 2009, bersama-sama Hamsani.[5] Selepas satu musim bersama Selangor, di mana Nasril hanya menjadi penjaga gol kedua di belakang Hamsani, beliau beralih arah ke pasukan ATM FA untuk musim 2010.[6]

Kembali ke Perak[sunting | sunting sumber]

Nasril kembali ke Perak untuk musim 2011. Beliau telah dipilih sebagai penjaga gol utama oleh ketua jurulatih baru Perak Norizan Bakar.

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Januari 2006, kurang dari sebulan setelah membuat penampilan sulung bersama Perak, Nasril telah dipanggil untuk latihan pusat dengan skuad kebangsaan dan terpilih dalam skuad untuk perlawanan persahabatan menentang New Zealand, walaupun tidak bermain dalam perlawanan tersebut.

Pada tahun 2007, beliau telah bermain dengan pasukan Malaysia bawah 23 dalam dua perlawanan Kelayakan Sukan Olimpik 2008 menentang Syria dan Jepun. Beliau juga menjadi penjaga gol utama di dalam Piala Antara Benua 2008 yang telah diadakan di Petaling Jaya apabila beliau telah bermain untuk pasukan Olimpik Malaysia di dalam dua perlawanan menentang pasukan Olimpik Iraq dan Nigeria.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 2002 player records[pautan mati kekal]
  2. ^ Sukma 2004 player records[pautan mati kekal]
  3. ^ football award winners[pautan mati kekal]
  4. ^ "Blackburn fan site report on Nasril interest". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-28. Dicapai pada 2011-06-28.
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-26. Dicapai pada 2011-12-14.
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-19. Dicapai pada 2011-12-14.

Templat:Perak FA