Muhamad Radhi Mat Din

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Radhi Mat Din
Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup dan Belia & Sukan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Memegang jawatan
21 Ogos 2023
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Alor Mengkudu
Memegang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului olehPhahrolrazi Mohd Zawawi
Butiran peribadi
LahirMuhammad Radhi bin Mat Din
(1965-07-17) 17 Julai 1965 (umur 58)
Pokok Sena, Kedah, Malaysia
Parti politik (-kini)
PasanganAdabiah Abdul Ghani
Anak-anak6
PekerjaanAhli politik, pemain bola sepak


Yang Berhormat Muhamad Radhi Mat Din (lahir 17 Julai 1965 di Pokok Sena, Kedah) di Malaysia merupakan seorang ahli politik, bekas jurulatih bola sepak dan bekas pemain bola sepak yang berasal dari Malaysia.

Karier bolasepak[sunting | sunting sumber]

Beliau menghabiskan keseluruhan karier bola sepak dengan bermain di bahagian tengah untuk [[Kedah FA]. Radhi membuat kemunculan sulungnya pada tahun 1986, mengukuhkan tempatnya dalam pasukan pertama dalam musim 1987 dan menggantikan Lee Kin Hong sebagai ketua pasukan Kedah pada tahun 1991.Sebagai pemain yang berprofilik dan berkarisma tinggi, beliau telah menjadi kapten pasukan bola sepak Kedah yang paling lama dalam sejarah, bermula dari tahun 1991 hingga 2000.

Radhi yang pernah bekerja sebagai kerani di pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, adalah sebahagian tonggak utama yang memacu era kegemilangan kelab Kedah di Darul Aman semasa tahun 1980-an dan 1990-an. Sepanjang era kegemilangan tersebut, pasukan bola sepak Kedah telah layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia sebanyak tujuh kali dari tahun 1987 hingga 1993. Beliau menjuarai Piala Malaysia pada tahun 1990 dan 1993; Merangkul gelaran Divisyen 1 pada tahun 1993; dan Piala FA pada tahun 1996. Semasa Kedah memenang dua kejuaraan pada tahun 1993, Radhi menerima penghormatan sebagai Pemain Terbaik.

Radhi bermain dengan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dari tahun 1987 hingga 1993 bersama pasukan Malaysia. Beliau telah memenangi pingat emas acara bolasepak pada Sukan Asia Tenggara 1989.[1]

Setelah bersara dari bermain secara professional, Radhi telah bertugas sebagai jurulatih untuk pasukan Kedah. Bersama dengan ketua jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah dan jurulatih penjaga gol dan bekas rakan sepasukan, Ahmad Sabri Ismail, mereka membantu Kedah mencipta kejayaan memenangi tiga kejuaraaan (Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super) pada musim 2006/07 dan 2007/08.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau juga aktif dalam politik, dan telah dipilih oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai calon untuk kerusi Parlimen Pokok Sena pada Pilihan raya umum Malaysia 2018.[2] Dalam pilihan raya tersebut, Radhi memperolehi 23401 undi dan dikalahkan oleh Mahfuz Omar dari Pakatan Harapan yang menyandang jawatan Ahli Parlimen tersebut, dengan majoriti 5558 undi.[3] Pada Julai 2023, beliau menyertai PN dan menjadi calon bagi DUN Alor Mengkudu.Beliau telah memenangi kerusi DUN Alor Mengkudu pada PRN-15. Beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO)Kerajaan Negeri Kedah yang bertanggungjawab atas portfolio Kepenggunaan & Kos Sara Hidup Serta Belia & Sukan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Courtney, Barrie (2 February 2005). "International Matches 1989 - Asisa". RSSSF.
  2. ^ Petah Wazzan Iskandar (15 April 2018). "Radhi Mat Din Calon PAS Pokok Sena". Berita Harian. Dicapai pada 14 May 2018.
  3. ^ Noorazura Abdul Rahman (10 May 2018). "Mahfuz pertahan Pokok Sena". Berita Harian. Dicapai pada 14 May 2018.