Muhammad Ismail Abdul Latiff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muhammad Ismail bin Abdul Latiff
Menteri Besar Selangor Ke-5
Dalam jawatan
1956–1958
RajaSultan Hisamuddin Alam Shah
Didahului olehAbdul Aziz Abdul Majid
Digantikan olehAbdul Jamil Abdul Rais
Butiran peribadi
Lahir1894
Meninggal dunia1976 (umur 81-82)
PasanganDatin Maznah
Anak-anakRamli
Ayoub
Salleh
Hajijah
Mahathir

Tuan Muhammad Ismail bin Abdul Latif ialah seorang tokoh politik yang memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dari 1956 hingga 1958.

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Muhammad Ismail dilahirkan kepada Dr Abdul Latiff dan Che Safiah.[1] Dr Abdul Latiff merupakan doktor Melayu pertama di Kuala Lumpur manakala datuknya Abdul Razak ialah Majistret Melayu pertama di Selangor.[2] Adiknya ialah Tan Sri Yaakob Latiff, seorang Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1933, Muhammad Latiff dilantik sebagai pegawai Melayu di Seremban. Setelah menjadi Setiausaha Negeri Selangor, beliau telah dilantik agar menjadi Menteri Besar Selangor.

Beliau menyandang jawatan l Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum bersara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abd Rashid, Faridah (2012). Biography Of The Early Malay Doctors 1900-1957 Malaya And Singapore. Xlibris Corporation. m/s. 242. ISBN 9781477159941.
  2. ^ "Sejarah Menteri Besar Selangor". Laman Web Rasmi Kerajaan Selangor Darul Ehsan.