Muhammad Haji Muhd Taib
| Tan Sri Muhammad bin Haji Muhammad Taib |
|
![]() |
|
|
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
|
|
| Tempoh berjawat 18 Mac 2008 – 9 April 2009 |
|
| Didahului oleh | Abdul Aziz Shamsuddin |
|---|---|
| Digantikan oleh | Mohd Shafie Apdal |
|
Menteri Besar Selangor ke-11
|
|
| Tempoh berjawat 14 Ogos 1986 – 14 April 1997 |
|
| Didahului oleh | Ahmad Razali Mohd Ali |
| Digantikan oleh | Abu Hassan Omar |
|
|
|
| Tempat lahir | Hulu Selangor, Selangor |
| Parti politik | |
| Pasangan | Asbi Rohani Asnan |
| Agama | Islam |
Tan Sri Muhammad bin Haji Muhammad Taib (dikenali dengan gelaran Mat Taib) ialah bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga bekas Menteri Besar Selangr. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2009, beliau dipilih menjadi calon Timbalan Presiden UMNO tetapi tewas di tangan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Di peringkat akar umbi, beliau masih lagi ketua UMNO bahagian Kelana Jaya.
Isi kandungan |
[sunting] Latarbelakang
[sunting] Peribadi
Beliau lahir di Kampung Sungai Manggis, Kuala Kalumpang, Hulu Selangor, Selangor pada 29 Julai 1945.Beliau pernah mengajar di SMK Kuala Kubu Baru, Selangor. Beliau melanjutkan pelajaran beliau di Universiti Malaya. Beliau telah berkahwin dengan Puan Sri Asbi Rohani Asnan. Beliau juga berkahwin tetapi kemudiannya bercerai dengan Tengku Puteri Zahariah binti Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (Kuyah) yang juga merupakan puteri almarhum Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.
[sunting] Politik
Beliau pernah menjadi Menteri Besar Selangor dari 1986 hingga 1997. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Selangor bagi penggal 1982, 1986, 1990 dan 1995.
Beliau pernah dilantik sebagai Senator di Dewan Negara dari 2006 hingga 2009.
[sunting] Jawatan
- Menteri Besar Selangor (1986 – 1997)
- Naib Presiden UMNO (2000-2003)
- Ketua Penerangan UMNO (Mac 2008 - April 2009)
- Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (Mac 2008 - 9 April 2009)
[sunting] Kontroversi
[sunting] Perkahwinan dengan Tengku Zahariah
Tengku Puteri Zahariah binti Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (Kuyah) merupakan puteri Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah. Dikatakan beliau telah membayar denda mutaah sebanyak RM16 juta apabila mereka bercerai. Perkahwinan mereka dilakukan di hadapan jurunikah di Kampong Tak Bai, Narathiwat, Thailand pada 17 Julai 1987 [perlu rujukan]. Lokasi tersebut di antara Rantau Panjang dan terpaksa menyeberangani Sungai Golok, sebelah Thailand. Sebenarnya Sultan Selangor tidak setuju dengan perkahwinan ini walaupun Kuyah pernah berkahwin sebelum itu dengan Syed Amir Zainal-Abidin ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 23 September 1971 dan mempunyai anak seperti Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail.
[sunting] Membawa wang keluar negara
Pada 11 April 1998, beliau terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor setelah Mahkamah Majistret Brisbae memutuskan beliau bersalah membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta ke Australia. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Brisbane, Australia pada 16 Disember 1996 kerana tidak mengisytiharkan wang milik adiknya untuk membeli tanah di Queensland . Wang tunai tersebut dalam bentuk ringgit Singapura, Malaysia dan New Zealand. Beliau didakwa di dibawah Financial Transaction Reports Act 1988, Australia. [1]
Perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Brisbane pada 19 Ogos 1997 kerana gagal memaklumkan membawa wang lebih A$5,000 . Beliau dan isterinya menginap beberapa minggu di Brisbane dan berhasrat membina rumah mewah di Gold Coast , barat Queensland di atas tanah seluas 4,500 hektar. Selepas itu beliau terbang ke New Zealand. Tanah di Sovereign Island itu didaftarkan atas nama isterinya Asbi Rohani Binti Asnan yang dibeli setahun sebelum itu dengan harga $3 juta. [2][3]
Dokumen menunjukkan tanah seluas 573 meter persegi di Pakurunga 18 Jun 1996; Tanah 1713 meter persegi di Otahuhu dibeli pada 27 November 1996 pada harga $550,000; dan 4 keping tanah di Mataitai seluas 144 hektardibeli pada 29 November 29 1996 dan 11 Mac 1997. Tanah di Pakurunga dibayar oleh Hasan Bin Muhamad Taib, adik kepada Tan Sri Muhammad dengan harga $520,000 pada 1990 di Singapura.[4]
Kontroversi timbul kerana biasanya jual beli tanah tidak melibatkan wang tunai , sebaliknya cek atau kad kredit sahaja sahaja. Apakah benar wang itu milik adiknya sungguhpun adiknya benar-benar kaya. Anehnya dia selaku Menteri Besar Selangor telah ditugaskan sebagai pegawai keselamatan kewangan. Kes ini terlepas begitu sahaja kerana tidak ada rekod bank atau individu untuk dirujuk kebenarannya. Jadi membawa wang tunai ini telah dirancang dengan teliti olehnya.
Sewaktu memberi keterangan dalam mahkamah, beliau dilaporkan memberikan alasan tidak memahami bahasa Inggeris dan kemudiannya didapati tidak bersalah.
[sunting] Blog
Muhammad Muhd Taib pernah mengkritik kuat penulis blog dan menggelar mereka yang menggunakan alamat web luar negara sebagai pengecut dan bersifat pondan.[5]
- "Why I say they are coward? Because they are afraid of using (web) addresses in the country but use overseas addresses to slam our country leaders. Is this the character of a man? This is not a man, this is a 'pondan'.
Sebaliknya, 15 April 2008, dia telah menubuhkan blognya dengan menggunakan nama sebenarnya.
[sunting] Kurang aktif
Pada 20 November 2010, menurut timbalan ketua UMNO bahagian Kelana Jaya, Datuk Yahya Bujang, Mat Taib telah menyerahkan tugas tersebut kepada Datuk Yahya semenjak dipilih memegang jawatan ketua bahagian tersebut tahun lepas kerana Mat Taib selalu keluar negara untuk urusan perniagaan.[6]
[sunting] Gelaran
[sunting] Lihat juga
[sunting] Rujukan
- ↑ FINANCIAL TRANSACTION REPORTS ACT 1988
- ↑ Speech (Part II) - DAP Malacca Anniversary Dinner
- ↑ UMNO candidate Mike Tyson was found guilty on appeal, even if acquitted
- ↑ Will Muhd Muhd Taib declare Aussie properties?
- ↑ 'Blog Writers Are Actually Coward' - Muhammad, Bernama.
- ↑ "Muhd Taib serah tugas pada timbalan", Malaysiakini.com, 20 November 2010.
[sunting] Pautan luar
| Penyandang Terdahulu | Menteri Luar Bandar dan Wilayah 2008–2009 |
Penyandang Kemudian |
| Dato' Seri Abdul Aziz Shamsuddin | Dato' Seri Mohd Shafie Apdal |
