Naga (zodiak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dua belas haiwan
dalam zodiak Cina:
Tikus Lembu
Harimau Arnab
Naga Ular
Kuda Kambing
Monyet Ayam
Anjing Khinzir
Dragon.svg

Naga (Cina Tradisional:

, Cina Ringkas: ) ialah bintang haiwan yang kelima dan satu-satunya makhluk mitos dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Bintang naga dilambangkan oleh dahan duniawi . Di China, naga dikaitkan dengan kekuatan, kesihatan, harmoni dan tuah; patung naga diletakkan di atas pintu atau bumbung untuk mengusir iblis dan puaka. Dalam budaya Cina, tahun Naga paling digemari ibu bapa untuk melahirkan anak.

Tahun-tahun dan Lima Unsur[sunting | sunting sumber]

Sesiapa yang lahir dalam mana-mana lingkungan tarikh berikut boleh dikatakan lahir pada "Tahun Naga," serta juga membawa lambang unsur yang berikut:

Sifat[sunting | sunting sumber]

Sifat
Kedudukan zodiak ke-5
Waktu naungan 7 – 9 pagi
Mata angin Timur-tenggara
Musim dan bulan Musim bunga, April
Bulan qamari 5 April hingga 5 Mei
Zodiak Barat yang bersamaan Aries
Polariti Yang
Unsur Kayu
Sifat positif Mulia, menimbulkan rasa hormat, berkarisma, bersemangat, baik hati, ramah, berkuasa, yakin, berwarna-warni, pemaaf, aktif, menyeronokkan, terus terang, ceria, spontan, suka berseronok, serba boleh, petah, suka bergaul, berdikari, mencintai kebebasan
Sifat negatif Tidak berhati perut, mengerah, gopoh, cerewet, angkuh, dogmatik, bongkak, zalim, tidak bertoleransi, tamak, egotis, suka bercakap besar, panas baran, tidak mudah puas hati, ganas, agresif, cuai, tidak peka
Paling serasi Tikus, Monyet, Ular, Ayam
Sederhana serasi Naga, Khinzir, Lembu
Tidak serasi Kuda, Harimau, Kambing, Arnab, Anjing