5 Februari
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Februari 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | |||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
| 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
| 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
| 26 | 27 | 28 | 29 | |||
| MMXII | ||||||
5 Februari merupakan hari ke-36 dalam kalendar Gregory. Tinggal 329 hari (atau 330 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Perlembagaan di Mexico (1917);
- Hari Kashmir di Pakistan.
[sunting] Peristiwa
- 1576 - Henry dari Navarre memeluk agama Katolik Rom agar berhak untuk menaiki takhta Perancis.
- 1597 - Sekumpulan Kristian Jepun terawal dibunuh atas arahan kerajaan Jepun yang memandang mereka sebagai ancaman kepada masyarakat Jepun.
- 1782 - Sepanyol menewaskan tentera British lalu menawan Minorca.
- 1862 - Domnitor Alexandru Ioan Cuza (gambar) menggabungkan dua prinsipalitinya, Wallachia dan Moldavia, untuk membentuk Prinsipaliti Dunărene, pendahulu Romania kini.
- 1885 - Raja Leopold II dari Belgium mewujudkan Negeri Bebas Congo sebagai jajahan peribadinya di Afrika.
- 1900 - Amerika Syarikat dan United Kingdom menandatangani perjanjian Terusan Panama.
- 1919 - Charlie Chaplin, Mary Pickford, Douglas Fairbanks, dan D.W. Griffith melancarkan syarikat United Artists.
- 1924 - Isyarat Masa Greenwich mula disiarkan setiap jam dari Balai Cerap Diraja, Greenwich oleh BBC.
- 1958 - Gamal Abdel Nasser dicalonkan menjadi presiden pertama Republik Arab Bersatu.
- 1988 - Hari Hidung Merah yang pertama memungut £15 juta di United Kingdom untuk pertubuhan amal.
- 2004 - Barisan Penentang Artibonite Revolusioner menawan bandar Gonaïves, Haiti memulakan pemberontakan menentang kerajaan Presiden Jean-Bertrand Aristide.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||