Napuh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Napuh
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Mamalia
Order: Artiodactyla
Famili: Tragulidae
Genus: Tragulus
Spesies: T. napu
Nama binomial
Tragulus napu
(F. Cuvier, 1822)

Napuh (bahasa Inggeris: Greater Mouse Deer) adalah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Tragulus napu.

Napuh merupakan spesies "even-toed ungulate" dalam keluarga Tragulidae. Ia terdapat di Sumatera, Borneo dan kepulauan kecil di Malaysia dan Indonesia, dan di selatan Myanmar, selatan Thailand dan Semenanjung Malaysia. Ia dipercayai pupus di daerah Singapura sehinggalah ia dijumpai di pulau luar pantai pada tahun 2008.[1][2] Lapuran mengenai kehadirannya di tempat lain kemungkinannya tidak tepat.[1] Habitat semulajadinya adalah di hutan tanah rendah separa-tropika atau tropika.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Tragos adalah perkataan Yunani bagi "kambing" dan –ulus dalam bahasa Latin bererti "kecil". Napu merupakan nama tempatan, dari perkataan Melayu "Napuh". Nama Inggeris (rusa-tikus - "mouse-deer") merujuk kepada saiznya yang kecil dan bukannya ia sebagai rusa sebenar. Ia juga digelar "greater" (lebih besar) kerana ia lebih besar berbanding spesies Tragulus yang lain.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Napuh terdapat di Sumatera, Borneo dan pulau kecil di Malaysia dan Indonesian, dan di selatan Myanmar, selatan Thailand dan Semenanjung Malaysia. Ia tinggal berhampiran dengan air, di hutan tropika dan semak berpaya. Ia merupakan haiwan darat, tetapi banyak menghabiskan masa di kawasan lecak berpaya.

Pengekalan[sunting | sunting sumber]

Napuh merupakan haiwan yang dilindungi and memerlukan lesen pemburuan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 Timmins, R.J., Duckworth, J.W., Steinmetz, R. & Pattanavibool, A. (2008). Tragulus napu. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 29 March 2009. Database entry includes a brief justification of why this species is of least concern
  2. Chua, M.; N. Sivasothi, Teo. R (2009). "Rediscovery of the greater mousedeer (Tragulus napu) (Mammalia: Artiodactyla: Tragulidae) in Pulau Ubin, Singapore". Nature in Singapore 2: 373–378.